Sabtu, September 05, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms056

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms056

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 7
26 mei 13.

Misykatul masabiih 56

(3) Perkataan حياء الاجلتل Malu kerana terlalu memuliakan seseorang dan kerana sedar akan kedudukannya yang amat tinggi. Antara contohnya inilah malunya 'Amar bin al-'Aash r.a. kepada Nabi s.a.w. bin al-îAash r.a. menceritakan, kata beliau: 
فَوَاللهِ إِنْ كُنْتُ لَأَشَدَّ النَّاسِ حَيَاءً مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَلَا رَاجَعْتُهُ بِمَا أُرِيدُ حَتَّى لَحِقَ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَيَاءً مِنْهُ
Bermaksud: ”Demi Allah! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling malu kepada Rasulullah s.a.w. Kerana malulah mataku tidak pernah puas melihat Baginda s.a.w. Tidak juga aku dapat mengemukakan kehendakku kepadanya, sehinggalah Baginda s.a.w. menemui Allah." 
(Hadits riwayat Ahmad). 
(4) Perkataan حياء الكرم Malu berkata atau bertindak kerana menjaga hati .Antara menyuruh beberapa orang sahabatnya yang masih leka berbual-bual setelah selesai menjamu selera mereka supaya pulang. Peristiwa ini berlaku ketika kenduri kahwin Baginda s.a.w. dengan Zainab r.a. 
(5) Perkataan  حياء الحشمة Malu kerana ada hubungan persemendaan dengan seseorang. Antara contohnya ialah malunya Saiyyidina 'Ali bertanya Rasulullah s.a.w. tentang hukum air mazi, mengingatkan Rasulullah s.a.w. itu adalah mertuanya 
(6)Perkataan حياء الاستحقار واستصغار النفس Malu kerana berasa hina diri. Antara contohnya ialah malunya Nabi Musa as. apabila hendak meminta sesuatu keperluan duniawinya. Kata Baginda a.s.:
يا رب إن٥ لتعرض لي الحاجة من الدنيا فاستحي أن أسالك اياها يا رب
Tuhanku! Sesungguhnya aku ada hajat duniawi. Tetapi aku malu memintanya denganMu Tuhanku!" Atau seperti seseorang berasa malu untuk  berada di samping orang yang sangat  
(7)Perkataan  حياء المحبة  Malu kerana cinta. Hakikatnya ialah malu seseorang kekasłh kepada kekasihnya. Kesannya ternyata misalnya apabila wajah orang yang dicintai terbayang di dalam hati. Ia boleh menyebabkan wajah orang yang bercinta berubah kerananya. 
(8)Perkataan  حياء العبودية Malu kerana sedarkan (menginsafi) diri hanya seorang hamba.Perasaan ini timbul hasil percampuran dua perasaan lain iaitu rasa Cinta dan rasa takut. Seseorang yang mempunyai perasaan malu ini akan merasakan dirinya tidak layak menjadi hamba pun kepada Tuhannya. Dia merasakan kedudukan Tuhannya sangat agung, tidak mampu dicapai oleh kedudukannya yang sangat hina. 
(9)Perkataan حياء الشرفف والعزة Malu kerana kemuliaan jiwa dan keluhuran budi. Orang yang berjiwa mulia dan berbudi luhur akan berasa malu apabila telah melakukan sesuatu yang rendah dan tidak layak dengan dirinya. 
(10)  Perkataan  حياء المرء من نفسه Malu seseorang kepada dirinya sendiri. Perasaan malu ini timbul di dalam hati orang yang berjiwa mulia apabila jiwanya berpuas hati dengan sesuatu yang rendah. Ia seolah-olahnya menyesali perasaan puas hatinya terhadap sesuatu yang rendah itu. Inilah perasaan malu yang paling tinggi dan sempurna. kerana apabila seseorang malu kepada dirinya sendiri, sudah tentulah kepada orang-orang lain dia akan lebih malu. Antara pengajaran dan panduan yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Iman adalah sesuatu yang sangat istimewa kerana ia membuahkan banyak sekali sifat-sifat yang baik dan mulia. (2) Iman diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sepohon pokok. Pokôk sempurna ialah yang berdahan, berdaun, berbunga dan berbuah. Demikian juga iman, iman yang sempurna ialah yang mendorong orang yang memilikinya bersifat dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. 
(3) Konsep tauhid merupakan ungur yang paling utama dan istimewa dalam iman. 
(4) Iman menuntut kita menjaga hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. 
(5) Tuntutan iman tidak sama tarafnya, Ada yang bcrat dan ada juga yang modali dilaksanakan. 
(6) Keelokan membuat perumpamaan dalam pengajaran dan pendidikan. Kesannya amat mendalam kepada jiwa manusia. 
(7) Sifat malu sejati adalah satu sifat yang berkait rapat dengan iman. Selain Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasaa'i, Ibnu Majali, Ahmad, Ibnu Ilibbaan, at-Thabaraani, Baihaqi dan lain-lain juga turut meriwayatkan hadits ini,

56



Tiada ulasan:

Catat Ulasan