Selasa, September 08, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(151)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(151)
Sesi 07(15,16,17).

Zaman Diturunkan
Nama kedua bagi Surah Bani Israil ialah Surah al-Israa', maksud Israa' ialah perjalanan di waktu malam yang telah berlaku bermula dari Ka'bah hingga ke Baitul Maqdis, kemudian pulang dari sana ke Ka'bah kembali. Surah ini besar kemungkinan diturunkan ketika berlaku Israa' dan Mi'raj kepada Rasul'ullah s.a.w. pada tahun ke-12 Kenabian, setahun sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Ketika itu
pemimpin-pemimpin Quraisy telahpun membuat pakatan jahat untuk menghalau Rasulullah s.a.w. dan pengikut- pengikutnya dari Mekah atau membunuh mereka. Dalam perjalanan pada waktu malam untuk Mi'raj (naik ke langit) itu, Jibril a.s. telah menunjukkan juga kepada Rasulullah Madinah al-Munawwarah yang mana isyarat kepada hijrah ke sana terdapat di dalam ayat ke-80 surah ini. Mengikut
pendapat yang sahih, peristiwa Mi'raj telah berlaku pada bulan Rejab tahun ke-12 Kenabian.

Kelebihan Surah Bani Israil .
Aisyah berkata:
كَان النَّبِيُّ الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنَامُ  عَلَى فِرَاشِهِ حَتَّى يَقْرَأَ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ وَالزُّمَرَ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. tidak tidur di atas tilamnya sebelum membaca Surah Bani Israil dan Surah az-Zumar. Hadits riwayat Sunan Tirmizi: Kitab Fadha'il al-Qur'an, hadits nombor 2920,Imam Tirmizi menghukumkan hadits ini hasan gharib.


Perkaitan Surah Bani Israil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah an-Nahl sudahpun diramalkan akan berlaku hijrah ke Madinah dan disebut juga
kelebihannya (Ayat: 4I dan 110). Di dalam Surah Bani Israil pula siap diajarkan doa untuk berhijrah dengan jelas. (Ayat: 80-81).
2. Di dalam Surah Bani Israil ini diberikan berita gembira akan tertegaknya sebuah negara Islam setelah
berhijrah ke Madinah, prinsip-prinsip asas negara Islam juga dikemukakan. Sepuluh perintah yang diberikan untuk Bani Israil di dalam Taurat juga diberikan untuk umat terakhir sebagai persiapan mereka membina sebuah masyarakat Islam dan juga sebuah negara Islam.
3. Di dalam Surah al-Kahfi dinyatakan bahawa salah satu tujuan al-Qur'an diturunkan ialah untuk mengingatkan Ahli Kitab tentang kesalahan mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak (al-Kahfi ayat: 4). 
Di dalam Surah Bani Israil dibentangkan ringkasan sejarah jatuh bangun Bani Israil.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Bani Israil selain dinyatakan keistimewaan dan keutamaan al-Our'an.
Dinyatakan juga sikap orang-orang musyrikin terhadapnya.
(a) Qur'an menunjukkan jalan yang lurus (Ayat: 9).

151

Tiada ulasan:

Catat Ulasan