Selasa, September 08, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms058

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms058

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.

Misykatul masabiih 58

 __________________________________________________________
tabi in tidak mahu mengambil riwayat beliau atau mereka lebih berhati-hati terhadap riwayat-riwayatnya, 
(5) Pada asalnya 'Abdullah bin 'Amar bin al-Aas termasuk salah seorang sahabat yang bercadang hendak melakukan ibadat sepanjang masa. Antara ibadat yang hendak dilakukannya  ialah berpuasa tiap-tiap hari, mengkhatam al-Qur'an tiap-tiap hari, beribadat sepanjang malam dan mengkhasi diri supaya tidak Iagi mempunyai nafsu yang mungkin mcnjadi penghalang kepadanya beribadat. Setelah dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w., amalan ibadat yang terus dilakukan oleh 'Abdullah bin 'Amar bin al-'Aash sampai ke akhir hayatnya dengan izin Rasulullah s.a.w. ialah: 
(a) Berpuasa selang sehari. 
(b) Mengkhatam al-Qur'an setiap minggu. 
(c) Bersembahyang malam dengan membaca satu hizib daripada al-Qur'an setiap malam, Tentu sekali orang yang beriltizam dengan amalan-amalan seperti itu di samping menjaga dan melaksanakan pula tanggungiawab- tanggungjawab lain sebagai seorang Islam yang ta'at, tidak akan mempunyai masa Iagi untuk mengajar dan meriwayatkan hadits, 'Abdullah bin Amar bin al-Aash mendahului ayahnya dalam memeluk agama Islam. Ibunya juga telah memeluk agama Islam. Perbezaan umur beliau dengan ayahnya 'Amar, dikatakan hanya dua belas tahun sahaja. Berdasarkan satu riwayat yang dikemukakan oleh Imam az-Zahabi di dalam Tazkiratu al-Huffaaz, 'Abdullah bin 'Amar bin al-'Aash meninggal dunia di Mesir pada tahun.
 
⁷³ Perkataan المسلم  di dalam hadits ini boleh diterjemahkan dengan dua terjemahan.
(1) Terjemahan yang diberikan di atas adalah berdasarkan ال (alif laam) pada perkataan dipakai sebagai alif laam hakikat. Menurut ابن جني (Ibnu Ginni ialah 'Utsman bin Ginni, Abu al-Fath al-MaushiIi m,392H), orang-orang 'Arab kalau hendak memuji dan menyatakan kelebihan dan kesempurnaan sesuatu akan menggunakan perkataan isim jenis yang diawali dengan ال seperti untuk  البيت atau بيت الله atau  Ka'bah dan  الكتتب untuk kitab Nahu yang dikarang Sibawaih. Qaedah ilmu Balaghah yang diguna pakai di sini ialah تنزيل الناقص منزلة تلعدم (mengira sesuatu yang kurang itu sebagai tiada saja). 
(2) Jika   ال pada perkataan المسلم  dipakai sebagai alif laam jenis dan diambil kira pula mubtada' dan khabar kedua -duanya di dalam ayat ini adalah ma'rifah, semestinya ia memberi ma'na  hashar (khusus dan terhad). Maka terjemahannya harus juga di buat begini: Muslim (orang Islam) hanyalah (nama dan gelaran yang layak untuk) orang yang orang-orang Islam lain terpelihara daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Orang yang menyakiti orang-orang lain dengan lidah atau tangannya tidak layak sama sekali dengan nama dan gelaran itu. la sebaliknya layak dipanggil pengkhianat, penjahat dan sebagainya, Dan orang yang tidak bersifat begitu bukan muslim, hanya yang bersifat begitu saja orang Islam. Seperti perkataan 'alim dikatakan kepada orang yang mempunyai ('ilmu) iaitu orang yang ada padanya ma'khaz isytiqaqnya (punca perkataan 'alim itu sendiri). Begitulah juga dengan perkataan muslim, ia hanya dikalakan kepada orang yang mempunyai atau (keselamatan, kesejahteraan, kedamaian dan ketundukan kepada Allah). Itulah ma'khaz isytiqaq (punca) bagi perkataan muslim itu sendiri. Kemusykilan mungkin timbul disini bahawa adakah dengan ada sifat selamat dan terpelihara orang-orang Islam lain daripada kejahatan lidah dan tangan seseorang itu semata-mata akan menjadikan seseorang sebagai muslim sebenar dan sejati, walaupun ia langsung tidak mempunyai sifat-sifat lain dan tidak mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang lain? Jawapan kepada kemusykilan ini ada dua. Pertama: Tentu sekali tidak begitu, malah yang dimaksudkan ialah orang Islam sebenar adalah orang yang mempunyai sifat tersebut di samping ia juga menjunjung titah perintah Allah dan rasulNya yang lain-lain Iagi. Kedua: hadits ini bermaksud menyatakan bahawa sifat yang tersebut itu semestinya ada pada muslim (orang Islam). Kerana itulah ma'na sebenar yang terkandung dalam perkataan muslim. la sama sekali tidak bermaksud menafikan kewujudan sifat-sifat baik lain yang mesti juga ada padanya,
 
⁷⁴ Kenapa pula perkataan المسلمون(orang-orang Islam) yang digunakan di sini, Apakah yang perlu selamat dan terpelihara daripada gangguan dan kejahatan seorang muslim itu hanya orang-orang Islam sahaja? Ada dua jawapannya: (1) Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadits ini hanya golongan yang biasa dan Iebih banyak bergaul dengan seseorang muslim, sudah tentulah mereka

58


Tiada ulasan:

Catat Ulasan