Khamis, September 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(153)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(153)
Sesi 07(15,16,17).

mereka juga mentertawakan kenyataan al-Qur'an bahawa di dalam neraka juga ada pokok (زقّوم). Allah telah mengancam orang-orang kafir Quraisy bahawa mereka akan hilang kelayakan menjaga Ka'bah dan mereka juga akan dimasukkan ke dalam neraka kerana sikap buruk mereka itu, tetapi kedegilan dan sikap keras kepala mereka terus juga menjadi-jadi (Ayat: 60).

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِٱلنَّاسِۚ وَمَا جَعَلْنَا ٱلرُّءْيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيْنَٰكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلْمَلْعُونَةَ فِى ٱلْقُرْءَانِۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَٰنًا كَبِيرًا 

Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu, “Sungguh, (ilmu) Tuhanmu meliputi seluruh manusia.” Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon yang terkutuk (zaqqum) dalam Al-Qur'an. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka.


(j)Al-Qur'an mencabar jika sekalian manusia dan sekalian jin saling bekerjasama untuk menulis kalam seperti al-Qur'an ini nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana kalam خالق  sama sekali tidak akan sama dengan kalam makhluk (Ayat: 88)

قُل لَّئِنِ ٱجْتَمَعَتِ ٱلْإِنسُ وَٱلْجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأْتُوا۟ بِمِثْلِ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِۦ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا 
Katakanlah, “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain.”



2. Satu lafaz khusus telah digunakan sebanyak tiga kali di dalam Surah Bani Israil iaitu lafaz إستِفزَاز.
Perkataan  إستِفزَاز  ini hanya terdapat di dalam surah ini sahaja, ia pada asalnya bererti mencabut sesuatu dengan akar umbinya sekali.

(a) Allah telah mencabar Iblis untuk mencuba nasibnya menyeru manusia supaya tidak taat kepada
Allah. Dengan menggunakan segala daya upayanya termasuk menggunakan pasukan berkuda dan
pejalan kakinya, ia juga dicabar supaya berkongsi dengan manusia dalam harta benda dan anak pinak.
Mereka juga dicabar supaya berusaha memerangkap manusia dengan tipu daya dan janji-janji palsunya
(tetapi Allah telahpun mengatakan Iblis tidak akan mampu memperdaya hamba-hambanya yang sejati)(Ayat:64).

وَٱسْتَفْزِزْ مَنِ ٱسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَٰدِ وَعِدْهُمْۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ إِلَّا غُرُورًا 
Dan perdayakanlah siapa saja di antara mereka yang engkau (Iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah kepada mereka.” Padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka.


(b) Fir'aun adalah seorang diktator dan pemerintah yang zalim, dia mahu membantun Bani Israil dari bumi Mesir ,apa yang terjadi akhirnya ialah dia dengan bala tenteranyalah yang tenggelam dalam laut(Ayat: 103).

فَأَرَادَ أَن يَسْتَفِزَّهُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ فَأَغْرَقْنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ جَمِيعًا 
Kemudian dia (Fir‘aun) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikutnya) dari bumi (Mesir), maka Kami tenggelamkan dia (Fir‘aun) beserta orang yang bersama dia seluruhnya.


(c) Orang-orang kafir Quraisy juga telah bertindak seperti Fir'aun untuk membantun Rasulullah dan pengikut-
pengikutnya dari bumi Mekah, lalu mereka diperingatkan bahawa jika itulah maksud mereka, maka mereka juga tidak akan dapat bertahan lama (Ayat:76).

وَإِن كَادُوا۟ لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ ٱلْأَرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَاۖ وَإِذًا لَّا يَلْبَثُونَ خِلَٰفَكَ إِلَّا قَلِيلًا 
Dan sungguh, mereka hampir membuatmu (Muhammad) gelisah di negeri (Mekah) karena engkau harus keluar dari negeri itu, dan kalau terjadi demikian, niscaya sepeninggalmu mereka tidak akan tinggal (di sana), melainkan sebentar saja.


3. Kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil dan seruan Islam untuk

153

Tiada ulasan:

Catat Ulasan