Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms060
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.
Misykatul masabiih 60
Rangkai kata مَا جَرَحَ اللِّسانُ Bermaksud :Luka kerana terkena mata lembing yang tajam dapat berpaut.Tetapi luka terkena (tikaman)lidah tidak akan dapat bertaut.
⁷⁶ Termasuk dalam kejahatan tangan dan gangguan pula ialah memukul, menampar, menumbuk, membunuh, menolak dengan keras, meroboh, mencuri, merampas, menulis melukis perkara-perkara yang karut-marut dan sebagainya. Jelas sekali bahawa manusia tidak melakukan segala pekerjaannya dengan tangan. Kenapa Rasulullah s.a.w. menyebutkannya secara khusus? Jawabnya ialah kerana kebanyakan pekerjaan manusia itu dilakukan dengan tangan. Boleh dikatakan tanganlah yang paling banyak memenuhi kehendak dan hajat manusia. Memberi, mengambil, menghulur, menyambung, mengerat, merasa, menjamah, meraba, mencuit, melambai, mcngisyarat, makan, minum dan sebagainya, pada umumnya dilakukan manusia dengan tangannya. Kata Zamakhsyari, kerana kebanyakan pekerjaan manusia itu dilakukan dengan tanganlah dipinjam perkataan tangan untuk menyatakan segala perbuatan dan usaha yang dilakukan oleh manusia melalui angota-anggota Iain sekalipun. Kata orang Arab:
Maksudnya: Ini adalah antara perkara yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka. Padahal perkara itu tidaklah dilakukan dengan tangan. Allah s.w.t. juga telah menggunakan perkataan tangan untuk menyatakan segala usaha yang dilakukan oleh manusia, meskipun ia dilakukan dengan anggota-anggota yang Iain selain tangan. Lihat misalnya firman Allah di bawah
Ar-Rum 30:41
ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Bermaksud: Telah nyata kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan oleh apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (nyatanya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Ruum:41).
Tentu sekalilah perbuatan buruk yang mereka lakukan itu tidak terhad dengan tangan semata-mata, tetapi Allah tetap menggunakan perkataan tangan sebagai isyarat kepada kebanyakan perbuatan manusia itu dilakukan mereka dengan tangan pada kebiasaannya خرج مخرج الغالب
⁷⁷ Jl (Alif laam) pada perkataan sama juga dengan yang terdapat pada perkataan sebelum ini. Hijrah itu terbahagi-kepada dua bahagian.
Pertama: Hijrah zahir.
Kedua: Hijrah batin atau hakikat hijrah.
Hijrah Zahir ialah melarikan diri dari tempat yang seseorang tidak bebas mengamalkan ajaran-ajaran agama dan diganggu gugat serta terancam pula kerananya. Hijrah batin pula ialah meninggalkan apa-apa yang didorong oleh nafsu dan syaitan. Hadits di atas menggambarkan hakikat hijrah iaitu meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah. Tujuan Nabi s.a.w. bersabda begini ialah empat perkara berikut:
(1) Mengingatkan para sahabat yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah agar mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada perpindahan dari Mekah ke Madinah itu semata-mata dan berpuas hati dengannya, walaupun jelas sekali kelebihannya berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadits-hadits Baginda s.a.w. Apa yang dituntut daripada mereka seterusnya selepas berhijrah Zahir itu ialah hijrah batin yang menghendaki seseorang menjunjung segala titah perintah Allah serta meninggalkan segala laranoanNya.
(2) Oleh kerana al-Qur'an dan hadits-hadits banyak sangat menyatakan kelebihan berhijrah, mungkin juga ia menimbulkan semacam kebanggaan dan gah di dalam hati para sahabat muhajirin. Maka sabda Rasulullah s.a.w. ini bertindak sebagai tazkiyah dan peringatan untuk mereka. Maksudnya ialah mereka tidak seharusnya berbangga dan bermegah-megah dengan anggapan amalan hijrah itu sahaja sudah lebih dari cukup untuk mereka. Justeru para sahabat muhajirin itu tetap dikehendaki melaksanakan tuntutan asal hijrah itu sendiri.
(3) Sabda Baginda s.a.w. ini juga bermaksud menghiburkan hati umatnya yang tidak diberikan kesempatan berhijrah. Mereka mungkin orang-orang yang hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. atau yang mendatang hingga ke hari kiamat Ia benar-benar merupakan penawar kepada umat akhir zaman lantaran mereka juga masih tetap mendapat kelebihan dan keistimewaan berhijrah itu dengan semata-mata menjauhi segala larangan Allah.
(4) Oleh kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda selepas pembukaan Mekah:
لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ
Bermaksud: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Mekah."
60
Tiada ulasan:
Catat Ulasan