Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms050
Mishkat al-masabih kitab iman sesi 1 ms050
Misykatul Masabiih syarah hadis kitab iman sesi 1
24 feb 13
Misykatul masabiih 50
dengan sedikit perbezaan .Didalam riwayat itu tersebut: Bila kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut,tidak berpakaian,tuli dan bisu⁶¹ menjadi raja (pemerintah). Kiamat termasuk dalam salah satu daripada 5 perkara yang tidak diketahui kecuali oleh Allah”. Kemudian Nabi membacakan ayat
إِنَّ الله عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ
seterusnya.⁶² (Bukhari-Muslim).⁶³
___________________________________________________________
bertanyakan apa-apa masalah.
(6) Di dalanı majlis ilmu seseorang boleh bertanya orang alim tentang sesuatu yang sudah diketahuinya dengan maksud supaya jawapannya diketahui juga para hadhirin yang lain.
(7) Gabungan İslam, iman, ihsan dan lain-lain maklumat keugamaan dikatakan diin atau ugama.
(8) Islam dan iman digambarkan di dalam hadits ini sebagai dua konsep yang berbeda Islam lebih menjurus kepada amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan zahir. Iman pula lebih menjuruskan kepada amalan-amaıan atau perbuatan-pcrbuatan batin (hati) berupa kepercayaan dan iktiqad.
(9) Kepercayaan kepada taqdir adalah salah satu rukun imam Oleh kerana persoalan taqdir sering kali membuatkan manusia tergelincir daripada landasan sebenar, Nabi s.a.w. menyebut semula perkataan (engkau percaya) yang tidak disebutkan sebelum perkara-perkara lain yang seharusnya diimani seperti malaikat dan lain-lain untuk menarik perhatian semua pıhak kepada 'aqidah yang sangat penting İni.
(10) Pengetahuan tentang bila akan berlaku kiamat termasuk dalam salah satu ilmu yang khusus dengan Allah swt.
(11) Orang alim seharusnya tidak malu mengaku 'tidak tahu', sekiranya soalan yang ditanya itumemang tidak diketahuinya. Pengakuan seperti itü tidaklah menjejaskan kedudukannya, malah sebaliknya hendaklah dianggap sebagai kelebihan dan sifat rendah dirinya yang terpuji.
(12) Antara alamat kiamat ialah keadaan masyarakat berubah teruk. Orang yang mulia jadi. hina dan orang yang hina pula jadi mulia.
(13) Soalan yang baik boleh dianggap sebagai pengajaran secara tidak langsung. Ini kerana Rasulullah s.a.w. telah berkata tentang jıbril: "Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan (asas-asas) agama kamu”. Padahal dalam peristiwa itü Jibrİl tidak melakukan apa-apa selain hanya bertanya Rasulullah s.a.w.
(14) Malaikat, boleh menjelma dalam rupa seorang manusia. Jibril a.s. sering kali datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam rupa seorang manusia.
(15) Selalunya Nabi s.a.w. mengenali Jibril yang datang dalam rupa seseorang manusia. Tetapi pada kali ini Bağnda s.a.w. tidak mengenalinya.
(16) Ihsan bererti melaksanakan ibadat dan amal kebaikan dengan sebaik mungkin pada zahir dan batinnya.
(17) Seseorang yang beragama mestilah menjadi muslim, mu'min dan muhsin dalam erti kata yang sebenarnya.
⁶⁰ Selain Muslim hadits 'Umar ini diriwayatkan juga oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmİzi, Nasaa'i, ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Abu Awaanah, İbnu Hibbaan dan lain-lain. Menurut Hafiz Ibnu Hajar, Bukhari tidak meriwayatkannya kerana ketiadaan kesepakatan di antara perawi-perawinya dalam mengemukakannya.
⁶¹ Tüli dan bisu adalah kiasan kepada bodoh dan dungu. Boleh juga ia diertikan dengan orang yang tuli daripada mendengar kebenaran dan orang yang bisu daripada memperkatakan kebenaran. Walaupun secara zahirnya dia tidak tuli dan bisu.
⁶² Ayat ini selengkapnya adalah seperti berikut:
Luqman 31:34
إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلْأَرْحَامِۖ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًاۖ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌۢ بِأَىِّ أَرْضٍ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۢ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisıNya jualah ada pengetahuan tentang han Kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui dengan sebenar-benamya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahuİ lagi Maha Mengenal.(Luqman 34)
50
Tiada ulasan:
Catat Ulasan