Selasa, September 01, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0025

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0025

Kaedah 25 

قاعدة 25 اَلِاسْمُ الْمَوْصُوْلُ يُفِيْدُ عِلِّيَّةَ الْحُكْمِ
Isim maushul (dengan silahnya kadang2 diguna untuk) menyatakan 'ilat (sebab)hukum (sesuatu kenyataan yg diberikan)

#disini, sebab =ilat

Isim maushul (dengan shilahnya kadang-kadang diguna untuk)menyatakan 'illat hukum (sesuatu kenyataan yang diberikan)

*isim mausul adalah daripada isim makrifah
*silah adalah ayat yg berada selepas isim mausul

Di bawah ini dikemukakan dua contoh untuk aplikasi qaedah ini daripada firman Allah s.w.t.:
(1)Contoh
Yunus 10:52

ثُمَّ قِيلَ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلْخُلْدِ هَلْ تُجْزَوْنَ إِلَّا بِمَا كُنتُمْ تَكْسِبُونَ 

Bermaksud: Kemudian dikatakan kepada orang-orang yang zalim (musyrik) itu:"Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang telah kamu kerjakan (di dunia dahulu)." 
(Yunus:52).

Isim maushul dengan shilahnya di dalam ayat ini diguna sebagai 'illat (sebab) bagi perintah Allah: ذوقوا عذاب الخلد
(Rasakanlah azab yang kekal. Tidaklah kamu dibalas melainkan dengan apa yang telah kamu kerjakan). Seolah-olahnya ada pertanyaan disitu, bahawa: "Kenapakan dikatakan begitu kepada mereka? Jawabnya ialah kerana mereka telah berlaku zalim(  ظَلَمُوا۟  ini silahnya  ) semasa di dunia dahulu.

      
(ii) Ali-Imran 3:12
قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَتُغْلَبُونَ وَتُحْشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَۚ وَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ 
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan." (Aali'Imraan:12).

Isim maushul dengan shilahnya di dalam ayat ini diguna sebagai 'illat (sebab)(dlm bab ini ilat =sebab) bagi dikatakan begitu kepada mereka. Kenapakah mereka dikatakan, "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan."? Jawabnya ialah kerana mereka kafir.
Mereka kafir itu isim mausul yg merupakan sebab.
Isim mausul merupakan ilat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan