Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms054
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 7
26 mei 13.
Misykatul masabiih 54
daripadanya ialah لَا إِلهَ إِلَّا الله(tiada tuhan melainkan Allah). Yang paling rendah dan mudah daripadanya (pula) ialah menghilangkan apa-apa yang mengganggu (orang ramai) daripada jalan (yang dilalui mereka).⁷⁰ (Sifat) Malu adalah (salah) satu cabang besar iman."⁷¹ (Bukhari-Muslim).
___________________________________________________________
terus mendakapnya. Selepas itu saya tidak lupa apa-apa lagi (daripada hadits-hadits Rasulullah s.aw.)."
(Hadits Bukhari dan Tirmizi).
Imam Bukhari berkata: "lebih lapan ratus orang sahabat dan tabi'in telah meriwayatkan hadits daripada beliau. Antara sahabat yang telah meriwayatkan hadits daripada Abu Hurairah ialah Ibnu 'Abbaas, Ibnu 'Umar, Jaabir bin Abdillah, Anas dan Waatsilah r.a. Abu Hurairah terus menetap di Madinah dan di sanalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 57H ketika berumur 78 tahun. Para 'ulama' sekata tentang Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits. Sebanyak lima ribu tiga ratus enam puluh empat (5,364) hadits telah diriwayat oleh beliau. Bukhari dan Muslim telah sama-sama meriwayatkan sebanyak tiga ratus dua puluh lima hadits (325) daripada Abu Hurairah. Bukhari bersendirian tanpa Muslim telah meriwayatkan daripada beliau sebanyak sembilan puluh tiga (93) hadits. Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari telah meriwayatkan daripada beliau sebanyak seratus sembilan puluh (190) hadits.
⁶⁹ Riwayat ini menyebutkan lebih daripada tujuh puluh cabang (بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ شُعْبَةً). Inilah yang terdapat di dalam riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaa'i. Sebenarnya Riwayat berbeza-beza dalam menyebutkan bilangan di sini. Di dalam riwayat Bukhari tersebut lebih daripada enam puluh cabang (بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً). Di dalam sesetengah riwayat yang lain pula tersebut أَرْبَعٌ وَسِتُّوْنَ(enam puluh empat), سبع وسبعون (tujuh puluh tujuh) dan macam-macam lagi. Pada zahimya ia kellhatan bertentangan. Sebenarnya tidak ada pertentangan antara riwayat-riwayat itu. Kerana bilangan-bilangan seperti ini tidak lebih daripada satu kinayah (bahasa kiasan) yang diguna untuk menunjukkan banyaknya jumlah cabang-cabang iman itu semata-mata. Sama sekali ia tidak diguna untuk menunjukkan bilangan tertentu yang ditunjuki angka-angkanya. Di dalam hadits
Ibnu 'Umar yang lalu Nabi s.a.w. mengumpamakan Islam dengan sebuah khemah yang tegak teguh kerana tiang seri dan pancang-pancangya. Menerusi hadits Abu Hurairah ini pula Baginda s.a.w. mengumpamakan iman dengan sepohon pokok yang mempunyai dahan-dahan dan ranting rantingnya. Pada dahan-dahan dan ranting-ranting itulah berpaut daun-daun dan buah-buah pokok. Semua yang tersebut itu merupakan bahagian-bahagian daripada sepohon pokok Pokok ada kalanya berdahan, berdaun dan berbuah. Ada kalanya pula tidak Dalam keadaan ia tidak berdahan, berdaun dan berbuah bukankah ia tetap dipanggil pokok, walaupun pokok yang tidak sempurna atau pokok yang hampir mati kerana sudah ada tanda-tandanya? Begitulah juga dengan iman. Iman yang sempurna akan melahirkan sifat-sifat yang mulia dan amalan-amalan yang baik Tetapi kadang-kadang tidak begitu. Walaupun ada iman, buah dan hasilnya tiada. Sifat-sifat yang mulia dan amalan-amalan yang baik itu kepada iman sama seperti dahan, ranting, daun, bunga dan buah kepada pokok. Apakah yang dikehendaki dan yang diharapkan daripada sepohon pokok? Sudah tentu yang sempurna dengan dahan, ranting, daum bunga dan buahnya. Apakah pula yang dikehendaki dan yang diharapkan daripada iman seseorang? Sudah tentulah sifat-sifat mulia dan amalan-amalan baik yang terhasil daripadanya. Lihatlah betapa indahnya perumpamaan yang dibuat oleh Rasullah saw itu.
⁷⁰ Perkataan di dalam sabda Baginda di atas mengandungi dua pengertian.
(1) Yang paling rendah daripada segi darjat dan martabatnya.
(2) Yang paling mudah daripadanya untuk dibuat atau dilaksanakan.
Perkataan أفضلها sebelumnya mengisyaratkan kepada hak-hak Allah yang perlu dijaga .Perkataan أدناها itu sendiri pula mengisyaratkan kepada hak-hak hamba atau hak-hak sesama manusia. Hadits ini sesungguhnya hendak mengingatkan kita umat Islam kepada tanggungiawab mereka terhadap Allah dan tanggungjawab mereka terhadap sesama manusia. Umat Islam dituntut menjaga hak-hak Allah dan juga hak-hak manusia. Daripada hak-hak Allah
54
Tiada ulasan:
Catat Ulasan