Jumaat, September 04, 2020

Tafsir asas quran nota 5(068).

Tafsir asas quran nota 5(068).

mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)". (25)
 Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan
pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya
mereka mengenangnya (dan bersyukur)(26).
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.(27). 


(d) حسن التخلص Husnu at-takhallush ialah berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan tanpa memotong percakapan, tetapi secara halus dan seni, sehingga tidak disedari pendengar,lantaran sangat sesuai dan secocok di antara kedua-duanya. Sesetengah ulama
berpendapat isthithraad dan husnu at-takhallush adalah benda yang sama. Sesetengah yang lain pula berpendapat kedua-duanya berbeza. Isthithraad bererti mencelah sesuatu perbincangan buat seketika. Kemudian kembali semula kepada perbincangan asal. Husnu at-takhallush pula tidak semestinya  begitu. Mungkin setelah mencelah dengan sesuatu yang lain, perkara yang tersebut sebelumnya disambung kembali, mungkin juga tidak.
Contoh terbaik untuk husnu at-takhallush ialah firman Allah di dalam Surah aI-Muddattsir berikut:

Al-Muddaththir 74:8
فَإِذَا نُقِرَ فِى ٱلنَّاقُورِ 
Al-Muddaththir 74:9
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ 
Al-Muddaththir 74:10
عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ 
Bermaksud: 
Apabila ditiup sangkakala, (8) 
maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar(9) 
kepada orang-orang kafir. lagi tidak mudah (mengelak azabnya).(10).

Ayat-ayat ini merupakan 'husnu at-takhallush' daripada ayat-ayat sebelurnnya. Ayat-ayat
yang mengiringinya pula merupakan 'husnu at-takhallush' daripadanya. Lihat ayat-ayat seterusnya:

68

Tiada ulasan:

Catat Ulasan