Sabtu, September 05, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms055

Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms055

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 7
26 mei 13.


Misykatul masabiih 55
___________________________________________________________
disebutkan yang teristimewa dan yang paling utama. Daripada hak-hak manusia pula disebutkan yang paling rendah dan senang dibuat. Dengan menyebutkan yang tertinggi dan yang paling rendah daripada hak-hak Allah dan manusia itu termasuklah hak-hak lain di antara kedua-dua hak yang tersebut itu. Kesimpulannya ialah untuk menjadi seorang mu'min yang sempurna anda perlu sekali menunaikan semua hak Allah dan hak manusia sesama manusia.

⁷¹ Beberapa kemusykilan ditimbulkan tentang kenapa sifat malu merupakan satu cabang besar daripada iman.

Pertama: Sifat malu telah termasuk dalam cabang-cabang iman yang disebutkan sebelumnya. 
Kenapa pula ia disebutkan secara khusus? Dua jawapan telah oleh para Sulama' untuk merungkai kemusykilan ini, iaitu: 
(1) la sangat membantu dan merupakan faktor penting dalam melahirkan cabang-cabang iman yang lain. 
(2) Oleh kerana ia merupakan naluri dan sifat semula jadi manusia, mungkin sesetengah pihak mempertikaikannya sebagai salah satu cabang iman. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. menyebutkannya secara khusus. 

Kedua: Bagaimana sifat malu akan menjadi satu cabang atau sebahagian daripada iman, sedangkan ia adalah satu naluri manusia yang berada di luar daripada batas ikhtiarnya? Iman pula adalah sesuatu yang dituntut Allah dan ia memang termasuk dalam batas ikhtiar manusia? Jawapan kepada kemusykilan ini juga ada dua, iaitu: 
(1) Sifat malu dikira sebagai sebahagian daripada iman memandangkan hasil dan natijahnya. Hasil dan natijah daripada sifat malu ialah meninggalkan perbuatan yang keji. Oleh kerana meninggalkan perbuatan yang keji itu sememangnya termasuk dalam batas ikhtiar manusia, maka punca kepadanya iaitu sifat malu dikira sebahagian daripada iman juga. 
(2) Sifat malu yang dikira sebagai sebahagian iman itu ialah yang digunakan pada tempat yang sewajarnya. 

Ketiga: Bagaimana kita akan mengatakan sifat malu itu satu cabang besar atau sebahagian yang penting daripada iman, padahal ia ada juga pada sesetengah orang kafir? Bahkan adakalanya mereka lebih kaya dengan sifat itu?? Kemusykilan ini boleh terungkai dengan dua jawapan berikut: 
(1) Sifat malu yang ada pada orang-orang kafir itu bukan sifat malu yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu cabang besar atau sebahagian yang penting daripada iman. Kerana ia bukan malu yang sebenar-benarnya atau malu yang hakiki. Bagaimana orang-orang kafir itu akan dikatakan bersifat dengan sifat malu sebenar, kalau mereka tidak malu kepada Tuhan yang sebenar Tuhan yang memberikan segala-segalanya kepada mereka tidak disembah. Yang disembah sebaliknya adalah tuhan-tuhan ciptaañ mereka sendiri!. Sifat malu yang ada pada mereka itu sebenarnya hanyalah sifat malu hasil cetusan adat dan budaya semata-mata, tidak lebih dari itu. 
(2) Tidak semestinya apabila seseorang mempunyai beberapa ciri keimanan, dia terus menjadi orang mu'min. Sebagaimana tidak mesti dengan sebab adanya beberapa sifat kufur, seseorang mu'min akan terus menjadi kafir.

Percaya atau tidak percaya (iman dan kufur) adalah dua perkara yang berkait dengan hati. Tidak setiap perbuatan dan tindakan seseorang manusia itu benar-benar menggambarkan apa yang dipercayai dan diyakininya. Malu yang menghalang seseorang daripada menjunjung titah perintah Allah dan meninggalkan laranganNya bukan malu sebenarnya. la lebih merupakan sifat lemah dan leceh. Malu yang dikira sebagai sebahagian daripada iman itu ialah malu syar'i (menurut kaca mata syari'at Islam), bukan malu surfi (menurut adat dan budaya tertentu). Hafiz Ibnu al-Qaiyyim di dalam kitabnya Madaariju as-Saalikin membahagikan malu kepada sepuluh bahagian. Beliau membincangkannya secara terperinci di dalam kita tersebut. Elok sekali rasanya kalau pembahagian itu dikemukakan dalam bentuk ringkasan dan rumusan di sini: (1)حياء الجناية Malu kerana berasa bersalah. Antara contohnya ialah Nabi Adam a.s. apabila Baginda lari ke sana kemari di dalam syurga setelah melanggar pesanan Allah. Pada ketika itu Allah bertanya Baginda: "Adakah kamu lari daripadaku wahai Adam?" Jawab Adam a.s.: "Tidak Tuhanku, sebenarnya aku malu kepadaMu." Termasuk dalam bahagian ini juga rasa malu para rasul di Mahsyar nanti. (2)حياء التقصير Malu kerana berasa belum melaksanakan sesuatu sebagaimana sepatutnya. Antara contohnya ialah malunya para malaikat yang bertasbih siang dan malam tanpa henti itu kepada Allah. Kerana pada hari kiamat mereka masih Iagi berkata: 
سبحانك ما عبدناك حق عبادتك
(Maha Suci Engkau Tuhan! Kami masih belum beribadat kepadaMu sebagaimana sepatutnya).

 55

Tiada ulasan:

Catat Ulasan