Qawaid tafsir 2018 kaedah 0029.
قاعدة 29
الْأَصْلُ حَمْلُ نُصُوْصِ الْوَحْيِ عَلَى ظَوَاهِرِهَا إِلَّا لِدَلِيْلٍ
Nas-nas wahyu pada dasarnya dipakai menurut (ma'na) zahirnya, kecuali apabila ada dalil (yang memalingkannya daripada ma'na zahirnya).
Keterangan: Ma'na zahir bagi sesuatu perkataan ialah ma'na yang segera difahami daripadanya dalam konteks sesuatu ayat. Ia dipercayai sebagai kehendak orang yang berbicara, khususnya dalam persoalan keimanan dan Usuluddin.
Qaedah ini merupakan senjata ampuh untuk menolak fahaman-fahaman salah yang menjadi pegangan golongan sesat, seperti golongan Batiniah, Jahmiyyah; Murji'ah, dan lain-lain. Golongan Batiniah sebagai contohnya mempercayai al-Qur'an mempunyai dua ma'na, zahir dan batin. Ma'na batinnya hanya diketahui oleh orang-orang khawas di kalangan mereka sahaja. Golongan Jahmiyyah pula mempunyai pandangan tersendiri berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t. Demikian juga dengan golongan Murji'ah, mereka memakai semua ayat-ayat yang menyatakan orang-orang mu'min yang melakukan ma'shiat akan dihukum dan diseksa di akhirat nanti sebagai tarhib (tindakan untuk menakut-nakutkan) semata-mata.
Di hujung qaedah tersebut terdapat qaid: إلا لدايل(kecuali apabila ada dalil yang memalingkannya daripada ma'na zahirnya).Ia menunjukkan dalam keadaan ada dalil,ma'na zahir bagi sesuatu nas mungkin tidak dipakai, sebaliknya ma'na lain yang ditunjuki dalil itulah yang akan dipakai.
Keadaan-keadaan di mana ma'na zahir bagi sesuatu perkataan ditinggalkan adalah seperti berikut:
(a )Apabila ia menyalahi ijma' umat.
-kekal dlm neraka=lama sangat..bukan makna zahir..
-ijma ulamak kata tak kekal dlm neraka..
-ijmak tengok ayat quran dan hadis..
(b) Apabila ma'na zahir diterima, maka akan lain.berlaku pertentangan dengan nas yang
-misalnya Allah tak bercakap dan bercakap..
Makna bercakap dlm keadaan murka..tak boleh pakai zahir..tuhan tak cakap..
(c) Apabila berlaku ijma' di kalangan 'ulama' makna zahirnya tidak dimaksudkan
(d) Apabila sebab nuzul daripada hadits yang sahih menentukan ma'na zahirnya.
Qaedah ini dapat diaplikasikan pada beberapa firman Allah di bawah ini:
(1) Al-Anbiya 21:79
وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ
Maksudnya: dan Kami mudahkan (tundukkan) gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semua itu. (al-Ambiya' 79).
Berdasarkan qaedah ke-29 ini, perkataan tasbih seharusnya dipakai dengan ma'na zahir dan sebenarnya. Apalagi ada pula dalil lain yang menunjukkan segala benda sememangnya bertasbih memuji Tuhan.
Lihat firman Allah di bawah ini:
Al-Isra' 17:44
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Bermaksud: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,sentiasa mengucap tasbih kepada Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyantun, lagi Maha Pengampun.
(al-Israa':44).
(2) Al-Baqarah 2:74
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةًۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ ٱلْأَنْهَٰرُۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ ٱلْمَآءُۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Bermaksud: Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebihkeras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. (al-Baqarah:74).
-takut dipakai makna zahir ,tak boleh makna lain, tak perlu takwil
-ini sindiran Allah kepada manusia.
3) Al-Ahzab 33:72
إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami)kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(al-Ahzaab :72) .
-kemukakan macam mana?
-cara dia tersendiri
(4) Ar-Ra'd 13:15
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلَٰلُهُم بِٱلْغُدُوِّ وَٱلْءَاصَالِ۩
Maksudnya: Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan dibumi bersujud (tunduk menurut), sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga bersujud) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang. (ar-Ra'd:15).
Ayat-ayat di atas apabila dipakai menurut ma'na zahir dan hakikatnya menunjukkan benda-benda beku yang dianggap mati itu pada hakikatnya mempunyai semacam kehidupan yang membolehkannya bertasbih, bersujud, takut kepada Tuhan dan lain-lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan