Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms057
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.
٤-وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهّ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمِ " الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهِاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ " هذا لَفْظُ الْبُخَارِيِّ وَلِمُسْلِمٍ قَالَ : " إِنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَُى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ ؟ قَالَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيًدِهِ
Misykatul masabiih 57.
4- Abdullah bin Amar r.a ⁷² meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Islam sebenar (Muslim sejati)⁷³ adalah orang yang orang-orang Islam (lain)⁷³ terpelihara
___________________________________________________________
⁷² nama dan salasilah keturunnan beliau secara lengkap adalah seperti berikut: Abdullah bin Amar bin al-Aash bin Waail bin Hasyim bin Suaid bin Sahm as-Sahmi al-Qurasyi. Kuniah (nama panggilan) beliau ialah Abu Muhammad, Abu 'Abdir Rahman dan Abu Nushair. Ibu beliau bernama Raithah binti Munabbih bin al-Hajjaaj bin SAamir bin Huzaifah bin Su'aid bin Sahm. Abdullah bin Amar bin al-Aash merupakan salah seorang empat 'Abdul yang mashur di kalangan sahabat kerana kelebihan dan kehebatan mereka. Selain terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat alim, zahid, abid, muhajir dan sukakan kedamaian, beliau juga dikenali sebagai seorang mujahid (pejuang). Beliau adalah salah seorang sahabat agung Rasulullah s.a-w. yang diketahui banyak meriwayatkan hadits-hadits Baginda. Inilah salah seorang sahabat meminta izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk menulis dan mencatat hedits-hadits Baginda. Dan akhirnya beliau berjaya menghasilkan sebuah kitab (himpunan) hadits yang dipanggil الصحيقة الصادقة . Kitab ini ditulisnya ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup Iagi. Abu Hurairah pernah
مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِبِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيثًا عَنْهُ إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عَبْدِ الله بْنِ عَمْرِو فَإِنَّه كَانَ يَكْتُبَ وَلَا أَكْتُبُ
Bermaksud: Tidak ada seorang pun dari sahabat Nabi s.a.w. yang lebih banyak meriwayatkan hadits Baginda s.a.w. daripada saya kecuali 'Abdullah bin 'Amar. Kerana dia menulis, saya pula tidak.
(Atsar riwayat Bukhari, Tirmizi, Daarimi, Ibnu Hibbaan, Ahmad dan at-Thahaawi).
Menurut sesetengah ulama', semua riwayat 'Abdullah bin Amar bin al-'Aash yang sampai kepada kita hanyalah sebanyak tujuh-ratus hadits. Tujuh belas daripadanya oleh Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih mereka masing-masing. Lapan hadits daripadanya hanya diriwayatkan oleh Bukhari dan dúa puluh hadits daripadanya pula hanya diriwayatkan oleh Muslim. Berhubung dengan kenapakah Hadits-hadits yang diriwayatkan daripada beliau jauh lebih sedikit berbanding hadits-hadits yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a, padahal Abu Hurairah sendiri mengakui banyak hadits diterimanya daripada Rasulullah s.a.w. Kalau tidak lebih banyak daripada Abu Hurairah pun, mungkin lebih kurang banyak dengan Abu Hurairah. Berikut adalah antara sebabnya:
(1) Abdullah bin Amar bin al-Aash terkenal sebagai salah seorang sahabat yang sangat kuat beribadat (ahli ibadat). Beliau tidak banyak- terlibat dalam bidang periwayatan dan pengajaran.
(2) Setelah jatuhnya empayar Rom dan Farsi, 'Abdullah bin 'Amar bin al Aash menetap di Mesir. Sebahagian hidup beliau dihabiskan di Syam dan di Tha'if. Perhatian para pelajar dan penuntut ilmu agama pada masa itu tidak tertumpu sangat ke situ. Berbeza dengan Madinah, kerana ia merupakan pusat ilmu Islam dan tempat berhimpunnya sekian ramai sahabat. Abu Hurairah menetap di Madinah dalam keadaan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada meriwayatkan hadits, mengajar dan memberi fatwa kepada masyarakat umum. Ini juga antara sebab utama kenapa riwayat Abu Hurairah lebih banyak tersebar berbanding riwayat 'Abdullah bin 'Amar bin aVAash r.a.
(3) Sebelum ini telah pun disebutkan bahawa Abu Hurairah r.a. pernah mendapat doa khusus Rasulullah s.a.w. nenyebabkan beliau tidak lupa apa saja yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Ini juga antara faktor kenapa Abu Hurairah lebih yakin dalam menyampaikan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. berbanding para sahabat yang lain.
(4) 'Abdullah bin Amar bin al-'Aash adalah seorang ahli ilmu yang bukan sahaja mengkaji al-(Qur'an dan al-hadits, beliau juga banyak mengkaji kitab-kitab yang tersebar di kalangan Ahli al-Kitab. Cerita beliau kadang-kadang bercampur-baur dengan cerita yang berpunca daripada kitab-kitab Ahli al-Kitab itu. Kerananya sesetengah tokoh
57
Tiada ulasan:
Catat Ulasan