Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(150)
Sesi 07(15,16,17).
Surah Al Isra
Tertibnya surah yg ke17
Bilangan ayat 111
Bilangan rukuk 12
Surah Makkiyyah
Tertib turun yg ke 50
Bilangan paragraf 10
Paragraf 1 ayat 1-10 Berita gembira kepada umat Islam akan berjaya menguasai mekah dan Baitulmaqdis dan disitu juga disebut sejarah jatuh bangun Bani Israel
Paragraf 2 ayat 11-22 Maksud ujian didunia.Tujuan risalah ( kerasulan) dan akhirat.
Paragraf 3 ayat 23-39 Prinsip2 asas negara Islam(sebelum hijrah ke Madinah sudah diberi asas2 sebuah negara Islam,asal dari yg kecil jika kuat boleh jadi besar kerana kekuatan dalaman)
Paragraf 4 ayat 40-60 Jawapan kepada kritikan musyrikin mekah terhadap aqidah tauhid,kerasulan dan Quran.
Paragraf 5 ayat 61-70 Tipu daya iblis,kemuliaan dan penghormatan yg diberikan kepada anak Adam
Paragraf 6 ayat 71-77 Berita gembira tentang kegagalan perancangan mengusir Nabi saw dari bumi Mekah.
Paragraf 7 ayat 78-82 Berita gembira tentang terhapus kebatilan hasil hubungan dgn Allah(jadi hubungan kita dgn Allah akan membantu kita menentang musuh).
Paragraf 8 ayat 83-100 menuntut mukjizat hissy حسي(mukjizat zahir)setelah ada mukjizat quran yg hidup adalah salah(tak sepatutnya kita nak minta mukjizat lain setelah ada mukjizat quran ).
Paragraf 9 ayat 101-104 Sikap kepimpinan kafir quraisy dan Firaun sama dari segi berusaha mengusir pihak lawannya .
Paragraf 10 ayat 105-111 Arahan supaya menjaga hak2 quran dan aqidah tauhid yg bersih disamping berdoa bertahmid dan bertahlil.
Mesej utama
1.Setelah seruan beriman kepada alquran disampaikan, pemimpin Quraisy berusaha membantun(استِزَازِ مِنَ الأرض) Nabi saw dari bumi Mekah tak ubah seperti Firaun mengusir nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dahulu tetapi Allah sebaliknya akan membantun(mencabut dengan akar-akar) mereka.
2.Berita gembira akan menguasai Mekah dan Baitulmaqdis.
150
Tiada ulasan:
Catat Ulasan