Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms059
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.
Misykatul masabiih 59
daripada (kejahatan / gangguan) lidah dan tangannya,⁷⁶ Orang yang berhijrah sebenamya adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.”⁷⁷ lni adalah lafaz
___________________________________________________________
orang-orang Islam juga. (2) Mungkin juga kerana orang-orang Islam itu bersaudara sesama mereka. Kalau anda sebagai seorang muslim dapat melakukan kejahatan kepada sesama Islam, tentulah kepada orang-orang Iain lebih-lebih lagi. Jadi maksud hadits ini ialah mendidik jiwa umat Islam supaya tidak melakukan kejahatan kepada sesiapa jua. Bermula daripada sesama saudara hingga kepada orang-orang asing. 'Abdullah bin Amar bin al-'Aash sendiri dalam riwayatnya yang Iain menyebutkan perkataan (semua manusia) di tempat perkataan (orang-orang Islam Iain) itu. (Lihat misalnya riwayat beliau yang dikemukakan Oleh Ahmad di dalam Musnadnya, Baihaqi di dalam Syu'ab al-lmannya, Thabaraani di dalam Mu'jam Ausathnya dan Abu Nusaim di dalam al-Mustakhrajnya. Lihat juga syawaahidnya daripada riwayat Abi Hurairah, Anas, Fadhaalah bin Ubaid, Abi Zarr dan Iain-lain di dalam Musnad Ahmad, Sunan Nasaa'i, Sahih Ibnu Hibbaan, Mu'jam Kabir Thabaraani dan Iain-lain). Kalau begitu yang harus terpelihara daripada gangguan dan kejahatan seseorang muslim bukan lagi khusus dengan orang-orang Islam. Yang harus terpelihara daripada kejahatan seseorang muslim itu bukan terhenti setakat manusia sahaja, malah binatang-binatang juga. Justeru ada ancaman di dalam sekian banyak hadits Rasulullah s.a.w. kerana menyiksa binatang sekalipun. Antara Iainnya ialah hadits berikut ini:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ قَالَ فَقَالَ وَاللَّهُ أَعْلَمُ لَا أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلَا سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا وَلَا أَنْتِ أَرْسَلْتِهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
Bermaksud: Abdullah bin 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Seorang., perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sampai mati kelaparan. Perempuan itu masuk neraka kerananya. Baginda s.a.w. bercerita seterusnya: Kata Allah kepadanya, padahal Allah amat mengetahui tentangnya: "Ketika engkau mengurung kucing itu, tidak engkau memberi makan dan minum kepadanya dan tidak juga engkau melepaskannya supaya ia dapat mencari makanan sendiri berupa binatang-binatang yang melata di bumi.”
(Hadits riwayat Malik, Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu Hibbaan).
Pelaksanaan hukum pidana Islam seperti húdud dan Iain-lain, mendisiplinkan kanak-kanak dan pesalah sivil tidak bercanggah dengan hadits ini. Lantaran semua yang tersebut itu tidak termasuk dalam (mengganggu, menyakiti, menccroboh atau melakukan kejahatan) terhadap mereka, malah sebaliknya ia merupakan langkah-langkah islah dan pemulihan moral mereka.
⁷⁵ Termasuk dalam kejahatan lidah dan gangguannya ialah menyumpah, menyeranah, memaki, mela'nat, mengumpat, memfitnah, mengacum, mengadu domba, memperli, mencemuh, mencela, mengeji, menghina, menjampi, menyihir, mencarut, mengejek dengan menjelir lidah dan sebagainya. Sebabnya Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara khusus lidah dan tangan di dalam hadits ini ialah kerana kebanyakan kejahatan dan gangguan dilakukan dengannya. Tentu sekali Baginda s.a.w. menyebutkan dua anggota itu sebagai contoh paling ketara semata-mata dalam seseorang melakukan kejahatan dan gangguan terhadap orang Iain. la sama sekali tidak menafikan gangguan-gangguan yang mungkin dilakukan oleh anggota-anggota kita yang Iain. Sebabnya lidah disebut dahulu oleh Rasulullah s.a.w. daripada tangan ialah kerana melakukan kejahatan dengan lidah itu lebih mudah berbanding dengan tangan. Anda boleh menyakiti orang yang berada dekat atau jauh dari anda dengan lidah. Anda juga dapat mengatai orang yang masih hidup dan orang yang telah mati. Kejahatan lidah ini juga lebih banyak berlaku dalam masyarakat. Berlakunya pula bukan sahaja di kalangan orang-orang biasa, malah di kalangan orang-orang yang berkedudukan dan ternama juga, Kadang-kadang kesan ucapan dan kata-kata itu lebih mendalam dan menusuk jiwa. Kerana itulah Nabi s.a. w. bersabda:
اُهْجُوا قريشا فإنه أشدُّ عليهم من رَشْقِ النَّبْلِ
Bermaksud: ”Ejeklah orang-orang (kafir) Quraisy dengan menggunakan sya'ir. la lebih dahsyat kepada mereka daripada (terkena) panahan anak panah.”
(Hadits riwayat Muslim, Thabaraani dan Baihaqi). Kerana itulah juga seorang penya'ir berkata:
جِراحات السِّفَام لَها التِنامٌ ◇ ولا يَلْتِامُ
59
Tiada ulasan:
Catat Ulasan