Qawaid tafsir 2018 kaedah 0026.
Kaedah 26
اَلْأَصْلُ إِبْقَاءُ الْمُطْلَقِ عَلَى إِطْلَاقِهِ حَتَّى يَرِدَ مَا يَقَيِّدُهُ
Hukum yang Muthlaq dikekalkan dengan kemuthlaqannya selagi tidak ada dalil yang mengqaidkannya..
Contohnya ialah firman Allah
di bawah ini:
Al-Baqarah 2:185
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) al- Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa)" sebanvak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(al-Baqarah:185).
Seseorang yang sakit atau dalam perjalanan di bulan Ramadhan dibenarkan tidak berpuasa, cuma dia hendaklah menggantikannya dengan berpuasa pada hari-hari lain.Allah bagaimanapun tidak mengqaidkan hari-hari yang lain itu dengan apa-apa.Dengan itu tidak bolehlah disyaratkan mengqadha' puasa yang ditinggalkan, secara berturut-turut atau pada hari-hari tertentu sahaja dan sebagainya. Seseorang malah boleh menggantikannya pada mana-mana hari yang dikehendakinya, sama ada secara berturut-turut atau terpisah-pisah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan