Tafsir asas quran nota 5(066).
sifat-sifat mereka .Kerana diantara kedua-dua golongan itu semacam perkaitan atau nisbah dipanggil perkaitan perlawanan (نسبة التضاد)
(c) الاستطراد. Isthithraad ialah meninggalkan sejenak apa yang sedang dibicarakan, lalu mencelahnya dan memotongnya dengan sesuatu yang lain sekilas pandang. Kemudian kembali semula kepada perbincangan yang asal. Seolah-olahnya sesuatu yang dicelahi itu langsung tidak dimaksudkan. Padahal memang ada maksudnya yang tersendiri. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
Al-A'raf 7:26
يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَٰرِى سَوْءَٰتِكُمْ وَرِيشًاۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌۚ ذَٰلِكَ مِنْ ءَايَٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan
pakaian (yang berupa) taqwa itulah yang sebaik-baiknya" Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-
hambaNya), supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (al-A' raaf:26).
Az-Zamakhsyari berkata, ayat ini datang sebagai isthithraad setelah sebelumnya disebutkan tentang terdedahnya aurat Adam dan Hawwa' dan setelah mereka mulai menutup aurat masing-masing dengan daun-daun Syurga. T'ujuannya ialah menyatakan ni'mat yang sangat besar daripada Allah pada pakaian yang diciptaNya buat manusia. Keadaan bertelanjang dan aurat yang terdedah juga merupakan suatu yang memalukan dan menghinakan manusia. Firman Allah ini juga menyatakan penutupan aurat itu adalah salah satu daripada lambang-lambang ketaqwaan yang sangat besar. Untuk melihat kedudukan ayat 26 Surah al-A'raaf ini sebagai isthithraad, perlulah dilihat juga beberapa aya't" sebelumnya dan ayat 27 selepasnya. Di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan supaya lebih jelas:
Al-A'raf 7:19
وَيَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Al-A'raf 7:20
فَوَسْوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ لِيُبْدِىَ لَهُمَا مَا وُۥرِىَ عَنْهُمَا مِن سَوْءَٰتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَىٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ ٱلْخَٰلِدِينَ
Al-A'raf 7:21
وَقَاسَمَهُمَآ إِنِّى لَكُمَا لَمِنَ ٱلنَّٰصِحِينَ
Al-A'raf 7:22
فَدَلَّىٰهُمَا بِغُرُورٍۚ فَلَمَّا ذَاقَا ٱلشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْءَٰتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ ٱلْجَنَّةِۖ وَنَادَىٰهُمَا رَبُّهُمَآ أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَن تِلْكُمَا ٱلشَّجَرَةِ وَأَقُل لَّكُمَآ إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُّبِينٌ
66
Dan (Allah berfirman), “Wahai Adam! Tinggallah engkau bersama istrimu dalam surga dan makanlah apa saja yang kamu berdua sukai. Tetapi janganlah kamu berdua dekati pohon yang satu ini. (Apabila didekati) kamu berdua termasuk orang-orang yang zhalim.”(19)
Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup. Dan (setan) berkata, “Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam surga).”(20)
Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya, “Sesungguhnya aku ini benar-benar termasuk para penasihatmu,”(21)
dia (setan) membujuk mereka dengan tipu daya. Ketika mereka mencicipi (buah) pohon itu, tampaklah oleh mereka auratnya, maka mulailah mereka menutupinya dengan daun-daun surga. Tuhan menyeru mereka, “Bukankah Aku telah melarang kamu dari pohon itu dan Aku telah mengatakan bahwa sesungguhnya setan adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?”(22)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan