Khamis, September 03, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0027.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0027.

قاعدة 27 
الْأصْلُ  أَنَّ الْكَلَامَ  يُؤَكَّدُ إِذَا كَانَ الْمُخَاطَبُ كُنْكِرًا  أَوْمُتَرَدِّدًا، وَيَتَفَاوَتُ  الْتَّاكِيْد ُ
بِحَسَبِ قُوَّةِ الْإِكَارِ وَضَعْفِهِ. وَقَدْ يُؤَكَّدُ  والْمُخَطَبُ غَيْرُ مُنْكِرٍ لِعَدَمِ جَرْيِهِ عَلَى مُقْتَضَى إِقْرَارِهِ ، فَيُنَزَّلُ مَنْزِلَةَ الْمُنْكِرِ. وَقَدْ يُتْرَكُ ااتَّأْكِدُ  مَعَ إِنْكَارِ الْمُخَطَبِ لِوُجُوْدِ. أَدِلَّةٍ ظَاهِرَةٍ، لَوْ تَأَمّٕلَهَا لَرَجَعَ عَنِ الْإِنْكَارِ

Sesuatu cerita pada asalnya perlu diperkuatkan apabila mukhathab(orang yang dihadap cakap) tidak menerimanya atau ragu-ragu tentangnya. Kata penguat yang hendak digunakan perlulah berbeza-beza sesuai dengan kekuatan dan kelemahan penolakannya. Kadang-kadang sesuatu cerita diperkuatkan, padahal mukhathab tidak pun
menolaknya. Keadaan seperti itu berlaku apabila mukhathab bersikap tidak seperti orang yang menerima cerita berkenaan, maka ia dianggap seperti orang yang menolaknya juga. Kadang-kadang pula cerita tidak diperkuatkan, padahal mukhathab memang menolaknya. Keadaan itu berlaku apabila ada bukti-bukti terang yang jika diperhati dan direnungi oleh mukhathab, niscaya ia tidak menolaknya.

(a) Contoh penggunaan kata penguat yang berbeza-beza banyak dan sedikitnya, sesuai dengan kekuatan dan kelemahan penolakan mukhathab dapat dilihat pada beberapa firman Allah di bawah ini:

Ya Sin 36:14
إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوٓا۟ إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ 
Bermaksud: Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepadakamu. 
(Yasin:14).

Di sini digunakan satu kata penguat sahaja (إنا), tetapi apabila penolakan orang-orang kafir semakin bertambah kuat sehingga mereka berkata seperti digambarkan oleh Allah di dalam ayat ini:
Ya Sin 36:15
قَالُوا۟ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ 
Maksudnya: Mereka menjawab: Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan apa-apa pun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta. (yasin:15).

Di mana beberapa  kata penguat telah disertakan oleh mereka
(i)   مُجَانَسَةَ (keserupaan) Ia difahami daripada kata mereka: .Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga.
(ii) مَا أَنْزَلَ الرحمن
(Tuhan yang Maha pemurah tidak menurunkan apa-apa pun).
(iii) إن أنتم إلا تكذبون
(Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta).

Maka sebagai tindak balasnya, para rasul berkenaan juga telah menggunakan,tiga kata penguat ketika membalas kata-kata mereka itu

Ya Sin 36:16
قَالُوا۟ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ 
Ya Sin 36:17
وَمَا عَلَيْنَآ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ 

Bermaksud: Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu.(16) 
Dan tugas kami hanyalah menyampaikan perintah- perintahNya dengan jelas.( l 7). 
(yasin: 16-17)

Tiga kata penguat yang dimaksudkan ialah:
(i) ربنا يعلم (Tuhan Kami mengetahui). Ia memberi mengandungi erti qasam (sumpah). Dan qasam juga penguat.
(ii) إنا اليكم لمرسلون(bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasuI yang diutus kepadakamu). Di sini terdapat dua kata penguat إن dan dan  لا pada لمرساون
(iii) Ayat ke17 menggunakan sighah hashar dan ia merupakan kata penguat tersendiri.

(b) contoh orang yang tidak menolak cerita tetapi dianggap seperti orang yang menolaknya lalu cerita diperkuatkan dengan beberapa kata penguat dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini:

Al-Mu'minun 23:15
ثُمَّ إِنَّكُم بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ 
Maksudnya: Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu pasti akan mati.
(kekuatan kepada ayat kerana merupakan satu bentuk kata
Mu'minun:15).

Ketika menyatakan kamu (manusia) akan mati, Allah menguatkannya dengan duakata penguat. إن dan   لام pada لميتون . Padahal tiada siapa pun yang menolak dan mengingkari akan berlaku kematian kepada manusia. Akan tetapi melihat kepada kebanyakan manusia yang begitu leka dalam kehidupan ini, Allah meletakkan mereka pada tahap orang-orang yang menolak. Mereka memang kelihatan seperti orang-orang yang tidak mempercayainya. Maka perlulah kepada kata penguat apabila menceritakan kepada orang-orang yang leka itu tentang kematian.

(c) Contoh cerita yang tidak diperkuatkan dengan kata penguat sedangkan mukhathab memang menolak dan mengingkarinya dapat dilihat pada firman Allah berikut:

Al-Baqarah 2:2
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ 
Maksudnya: Kitab al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnyadari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yangbertakwa; (al-Baqarah : 2).

Tiada langsung digunakan kata penguat di dalam ayat ini, padahal terdapat sekian ramai manusia yang menolak dan tidak percaya kepada kebenaran al-Qur'an.Kenapakah Allah langsung tidak menggunakan apa-apa kata penguat di sini?Jawabnya ialah oleh kerana dalil-dalil dan bukti-bukti kebenaran al-Qur'an terlalu jelas dan kukuh, maka tidak perlu lagi ia diperkuatkan dan penolakan orang-orang yang tidak percaya kepadanya itu diabaikan saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan