Mishkat al-masabih kitab iman 2 ms053
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 6
12 mei 13.
Misykatul masabiih 53
٣- وعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ : قَالً رسول اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ " الإيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا : قَوْلُ لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَأَدْنَاهَا : إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيْمَانِ " - متفق عليه
3- Abu Hurairah r.a.⁶⁸ meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Iman mempunyai lebih daripada tujuh puluh cabang.⁶⁹ Yang paling istimewa dan utama
___________________________________________________________
termasuk dalamnya.
(b) Perbuatan yang melibatkan harta benda semata-mata. Sudah termasuk dalamnya zakat.
(c) Perbuatan yang melibatkan tubuh badan dan harta benda. Ibadat haji termasuk dalam bahagian ini. Jihad tidak disebut Rasulullah s.a.w. sebagai rukun Islam kerana sifatnya berkala atau kerana ia bukan merupakan fardhu ain (sesuatu yang wajib atas setiap orang Islam).
Kenapa berpuasa di bulan Ramadhan disebut sebagai rukun Islam kelima dan mengejarkan haji pula sebagai rukun keempat? Padahal puasa difardhukan pada tahun kedua hijrah. Haji pula difardhukan pada tahun keenam atau kesembilan??
Ada dua jawapannya.
(1) Huruf 'athaf yang digunakan di dalam hadits di atas adalah huruf و . Erti 'athaf dengan و ialah مطلق الجمع. Maksudnya ialah hadits ini semata-mata menyebutkan rukun Islam tanpa mengambil kira tertib sebenarnya.
(2) Di dalam riwayat Muslim berpuasa di bulan Ramadhan tersebut sebelum mengerjakan haji. Inilah tertib sebenarnya. Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah:
(1) Rukun Islam ada lima kesemuanya. Satu daripadanya merupakan juzu' muqauwwimnya (komponen yang menentukan ada atau tiadanya Islam seseorang) dan yang empat lagi itu adalah juzu' mukammilnya (komponen yang menyempurnakannya).
(2) Lima perkara yang tersebut di dalam hadits ini semuanya adalah fardhu ain yang wajib ke atas setiap orang Islam melaksanakannya.
(3) Keharusan menggunakan perkataan Ramadhan sahaja untuk bulan Ramadhan.
(4) Keharusan mentaqdirkan erti-erti yang sesuai daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang tidak jelas atau ringkas. Perkataan lima (خمس) tanpa tamyiz, harus ditaqdirkan dengan rukun, asas, tiang dan Iain-lain sebagai tamyiznya.
Selain Bukhari dan Muslim hadils ini diriwayatkan juga oleh Ahmad, Tirmizi, Nasaa'i, lbnu Abi Syaibah, Abu Ya'la, Ibnu Ilibbaan, Thabaraani dan Iain-lain. Abu ' Hurairah ad-Dausi al-Yamaani, salah seorang sahabat agung Rasulullah s.a.w. Beliau terkenal sebagai seorang hafiz dan faqih di kalangan sahabat. Selain itu Abu Hurairah juga terkenal sebagai seorang sahabat yang kuat beribadat dan sangat merendah diri. Para ulama' berbeza pendapat tentang nama sebenar beliau. Yang paling masyhur antaranya semasa jahiliyyah ialah 'Abdu Syamsin atau 'Abdu 'Amrin. Nama beliau selepas memeluk agama Islam pula menurut kebanyakan ulama' ialah 'Abdur Rahman atau 'Abdullah. Kata Abu Ahmad al-Haakim di dalam kitabnya al-Kuna: "Nama Abu Hurairah yang paling sahih di sisi kami ialah 'Abdur Rahman bin Shakhr." Bagaimanapun Abu Hurairah lebih popular dengan nama kunyahnya sehingga nama sebenarnya tidak diketahui ramai orang. Abu Hurairah memeluk agama Islam pada tahun berlakunya perang Khaibar. Beliau turut hadhir dalam peperangan itu bersama-sama Nabi s.a.w. dan para sahabat yang Iain. Setelah berangkat ke Madinah Abu Hurairah bertungkuslumus menghafal dan mempelajari hadits-hadits Rasulullah s.a.w. tanpa menghiraukan dirinya lagi. Kadang-kadang dia mengalami kebuluran dan jatuh pengsan kerananya. Hampir-hampir beliau tidak meninggalkan Rasulullah s.a.w. demi mengaut sebanyak mungkin ilmu Baginda. Ketika ramai di kalangan sahabat sibuk dengan perniagaan atau kebun-kebun mereka, Abu Hurairah pula terus tekun belajar. Rasulullah s.a.w. sendiri menyaksikan betapa besarnya keinginan dan minat Abu Hurairah terhadap ilmu yang diajarkan oleh Baginda. Pada suatu hari Abu Hurairah berkata: "Wahai Rasulallah, sesungguhnya saya telah banyak mendengar hadits-hadits daripadamu. Tapi saya terlupa. Maka Rasulullall s.a.w. bersabda: "Hamparkan selimutmu itu." Kata Abu Hurairah: "Setelah saya menghamparkannya, Rasulullah s.a.w. semacam menceduk sesuatu ke dalamnya. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: "Dakaplah selimut itu. Saya
53
Tiada ulasan:
Catat Ulasan