Jumaat, September 04, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0028

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0028.

قاعدة 28
اَلْأَصْلُ أَنَّ مَا أُبْهِمَ  فِي الْقُرْآنِ فَلَا طَائِلَ فِي مَعْرِفَتِهِ

Apa-apa yang disebut secara samar dan tidak terang di dalam al-Qur'an, tidak ada faedah mengetahuinya.

Keterangan: Apa-apa yang sememangnya diperlukan dan tidak dapat tidak mesti diketahui oleh manusia kerana ia berkaitan dengan soal hidayat dan panduan untuk mereka, tentulah disebut oleh Allah di dalam al-Qur'an dengan terang dan jelas.Berhubung dengan perkara-perkara seperti itulah al-Qur'an dikatakan telah diturunkan تبيانا لكل شيء (untuk menjelaskan tiap-tiap sesuatu). Adapun berkenaan
dengan perkara remeh-temeh dan perincian yang tidak berfaedah kepada iman dan amalan manusia, maka itu tidak diceritakan di dalam al-Qur'an. Sebagai contohnya nama-nama Ashabul Kahfi, nama anjing mereka, berapa panjang tongkat Nabi Musa,berapa ukuran lilitannya dan ia daripada kayu apa, berapa panjang dan lebar pula bahtera Nabi Nuh a.s., ia diperbuat daripada kayu apa, empat ekor burung yang dicencang oleh Nabi Ibrahim dan diletakkan di atas empat puncak bukit untuk membuktikan bagaimana Allah menghidupkan semula orang-orang yang telah mati itu burung jenis apa dan empat bukit itu bukit mana pula? Semua itu tidak ada faedahnya diketahui oleh manusia untuk kesempurnaan iman dan amalnya. Maka tidak perlulah pelajar-pelajar al-Qur'an menyibukkan diri menghabiskan masa untuk mengetahuinya. Apa lagi kalau ia hanya terdapat dalam longgokan riwayat-riwayat Israiliyyat yang karut-marut.Panduan daripada al-Qur'an dalam menghadapi persoalan-persoalan sepertidiperolehi daripada firman Allah berikut:
Al-Kahfi 18:22
سَيَقُولُونَ ثَلَٰثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًۢا بِٱلْغَيْبِۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْۚ قُل رَّبِّىٓ أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَآءً ظَٰهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا 

Maksudnya: (Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka lima orang, yg keenamnya ialah anjing mereka sebagai terkaan terhadapbarang yang ghaib dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan yang kedelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannyamelainkan sedikit. Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang halmereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka(pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka (Ahlil Kitab). (al-Kahfi 22)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan