Tafsir asas quran nota 5(070).
Bermaksud: wahai orang yang berselimut! (1)
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2)
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya. (3)
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.(4)
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.(5) Dan janganlah engkau memberi (sesuatu,
dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. (6)
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh). (7)
Apabila ditiup sangkakala, (8)
maka waktu itu adalah'waktu (datangnya) hari yang sukar (9)
kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya)(10)
Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu ) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak). (11)
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,(12) Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13)
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14)
Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; (15).
Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengun degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16)
Aku akan menyeksanya (dengan azab yang memuncak beratnya. (17)
Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-
mereka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -(18)
Maka binasalah dia hendaknya Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19)
sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20)
Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali:Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21)
setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22)
Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, (23)
serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24)
lni tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25).
(al-Muddattsir: I-25).
(e) الانتقال Al-lntiqaal lebih kurang sama juga dengan husnu at-takhallush daripada segi berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik
lain yang sememangnya dimaksudkan. cuma kedua-duanya dipisahkan oleh perkataan هذا. Tujuannya ialah supaya pendengar tidak berasa jemu kerana dihidangkan dengan
perkara yang sama saja. Antara contohnya ialah firman Allah di dalam Surah Shaad.
Setelah selesai menyebutkan tentang para nabi a.s. Allah berfirman:
70
Tiada ulasan:
Catat Ulasan