Qawaid tafsir 2018 kaedah 0030.
قاعدة 30
الْأصْلُ فِي صِفَاتِ الْمَدْحِ أَنْ يَنْتَقِلَ فِيْهَا مِنَ الْأدْنَى إِلَى الْأَلَى ، وَصِفَاتِ الذَّمَّ بِعَكْسِ ذلِكَ
Qaedah asal bagi sifat-sifat kepujian ialah ia bergerak (disebutkan) dari bawah ke atas,dan sifat-sifat kecelaan pula bergerak (disebutkan) sebaliknya(dari bawah ke atas).
Antara contoh sifat kepujian dan kelebihan yang dapat dikemukakan daripada al-Qur'an ialah firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:69
قَالُوا۟ ٱدْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا لَوْنُهَاۚ قَالَ إِنَّهُۥ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَآءُ فَاقِعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ ٱلنَّٰظِرِينَ
Maksudnya: Mereka berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya". Musa menjawab: Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang kuning, yang kuning tua warnanya lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya.(al-Baqarah:69).
Mula-mula sekali disebutkan warna kuning secara umum sebagai sifat lembu yang dimaksudkan. Kemudian disebut pula kuning itu kuning tua, bukan kuning biasa. Dan akhir sekali disebutkan warna kuningnya itu menyenangkan mata orang-orang yang memandangnya. Demikianlah kelebihan dan kepujian warna lembu itu disebut berperingkat-peringkat, dari yang cantik kepada yang lebih cantik. Antara contoh sifat kecelaan dan kekurangan yang dapat dikemukakan daripada al-Qur'an pula ialah firman Allah berikut:
At-Taubah 9:29
قَٰتِلُوا۟ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلْحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ حَتَّىٰ يُعْطُوا۟ ٱلْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَٰغِرُونَ
Bermaksud: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.(at-Taubah:29).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan