Rabu, September 09, 2020

Tafsir asas quran nota 5(072).

Tafsir asas quran nota 5(072).

'kembali yang buruk"  (55) 
Iaitu Neraka Jahannam yang mereka akan menderita
bakarannya maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahannam; (56)
Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (57) 
Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. (58).

(f)  Husnul mathlab'  حسن المطلب ialah menyatakan maksud dan hajat dengan penuh adab dan sopan. Antara contohnya ialah nukilan  permintaan hamba oleh Allah di dalam Surah
al-Faatihah:اياك نعبد وايا نستعين (Engkau jua kami sembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan). 
Maksud, hajat dan permintaan hamba baru dikemukakan setelah hamba dengan penuh sopan dan beradab memuji-muji Allah dan mengagungkanNya sebelum itu.

(g) الالتفات ialah pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama dalam sesuatu ayat. Sama ada dalam bentuk percakapan atau penulisan. Antara tujuannya ialah:
(i) Menarik perhatian pendengar. 
(ii) Mendorongnya berfikir tentang sebab pertukaran
penggunaan kata nama atau kata ganti nama. 
(iii) Menghilangkan rasa jemu dan bosan.
(iv) Menyedarkan pendengar 
(v) Menganggap (sesuatu atau seseorang) yang jauh sebagai hampir dan menganggap yang hampir sebagai jauh (vi) Menyatakan kemuliaan atau kehinaan seseorang. 
(vii) Menjaga hati dan perasaan seseorang. 
(viii) Dan lain-lain.

Iltifaat mempunyai enam bentuk seperti berikut:
(i) Pertukaran daripada takallum(orang yang bercakap) kepada khitaab  (orang yang dihadap cakap). Antara contohnya surah Yasiin ini

Ya Sin 36:22
وَمَا لِىَ لَآ أَعْبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Bermaksud: Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan)yang telah menciptakan daku dan yang kepadaNyalah kamu (semua)akan dikembalikan(22) 

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki واليه أرجع (dan yang kepadaNyalah aku akan dikembalikan), bukan واليه ترجعون


72

Tiada ulasan:

Catat Ulasan