Isnin, November 30, 2020

K457.Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan, Bukan Salah Mama, Kenal Pasti Sebab Ni!

K457.Payahnya Bila Anak Tak Nak Makan, Bukan Salah Mama, Kenal Pasti Sebab Ni!

Anak tak mahu makan sememangnya merunsingkan ibu bapa. Lagi pula bila berat anak muka menurun disebabkan tidak cukup zat. Walaupun anak minum susu seperti biasa, tetapi dengan hanya minum susu tanpa sumber makanan lain, kenaikan berat anak mula merosot. Inilah yang selalunya membuatkan ibu merasa kecewa.

Namun anak tidak mahu makan bukanlah salah ibu. Anak sebenarnya sedang melalui fasa hidupnya yang dipenuhi dengan bermain dan meneroka. Jadi tumpuannya untuk makan semakin berkurangan. Ini yang dikongsikan oleh Dietitian Fizah Sobri.

Anak usia 8-11 bulan nak tak nak makan je. Haish sedih hati mommy, suap makanan asyik luah balik lagi lagi yang bertekstur. Berat maintain, asyik nak minum susu je. Mommy dah risau ni.

Mommies relaks. Usia ini biasa begini. Berikut sebab anak usia ini selalu tak nak makan.

1. Sedang tumbuh gigi
Kalau tumbuh gigi memang bagi apa pun tak nak makan kecuali yang smooth senang telan atau sesuatu yang keras sejuk dan melegakan gatal gusi.
So dont worry selalu lepas tumbuh ok balik dah.

Selang seli tekstur makanan yang lembut dan finger foods macam buah sejuk,sayur keras sikit (macam karot,ubi rebus) untuk bagi anak makan ye.

2. Fasa nak explore
Baru reti merangkak kan. Ada yang baru dapat kaki lagi. Mana nak duduk diam makan…hehehe. Nak main nak main. So apa kita boleh buat? Jadikan waktu makan waktu anak main. Bagi mereka amalkan baby led weaning..makan sendiri.

Letak macam macam atas pinggan, tak nak guna pinggan pun takpe (tu macam anak bujang I dalam gambar)

3. Hati hati waktu bagi susu
Jangan terlalu dekat dengan waktu makan. 2 jam sebelum/ selepas..kalau dekat sangat anak akan kenyang susu saja.

4. Pelbagaikan tekstur makanan
Ada anak yang selesa makanan lembut tak nak tukar ke makanan yang lebih tekstur macam dari puree ke kisar. Cadangan saya, selang seli kan, kalau 2x/hari makan 1 kali puree 1 kali kisar halus.

Kalau 3x/hari puree, kisar, puree dan lama lama tukar kepada tekstur lain terus. Ada mommies harini puree esok terus tukar tekstur lain..hmmmm terkejut anak. Rasa pelik amenda rasa dekat lidah ni?

Anak yang tak amalkan baby led weaning/finger fooda akan lagi mudah terkejut dengan perubahan tekstur tau.

5. Dont give up…dont stress
Kalau anak sihat, masih tambah berat, tak mudah sakit, membuang dengan elok tak sembelit, you are on the right track.

Journey sebagai seorang parent memang trial and error sebab setiap anak berbeza. Tapi janganlah sampai membahayakan nyawa anak.

Dietitian fizah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan