Daurah tafsir 2019 sesi 15(35)nota 12(247)
Zaman Diturunkan
Surah Fathir diturunkan di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah iaitu antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian. Pada ketika itu penentangan terhadap seruan Baginda dilancarkan denganbegitu hebat, bahkan perancangan-perancangan jahat juga telah dibuat terhadap Baginda. Di dalam surah ini undang-undang atau sunnatullah dalam memberi balasan baik dan buruk dinyatakan, ancaman kebinasaan dan kemusnahan juga diberikan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy yang bongkak.
Perkaitan Surah Fathir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Saba', penyembahan terhadap jin dinafikan dan ditolak, di dalam Surah Fathir ini pula penyembahan terhadap para malaikat dinafikan dan ditolak. Kedua-dua surah sama-sama mengisyaratkan kepada sikap-sikap negatif yang terdapat pada orang-orang Quraisy yang sombong.
2. Surah Yasin yang akan menyusul nanti menjelaskan sifat jalal Allah terhadap orang-orang musyrikin Mekah, di dalamnya terdapat perincian tentang kekuasaan Allah dalam membinasakan mereka. Kedua-dua surah memberikan ancaman kebinasaan.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Terdapat dengan banyak sekali dalil-dalil tauhid di dalam Surah Fathir.
(a) Setelah menyebutkan ni'mat-ni'mat Allah, manusia dituntut supaya bersyukur. Bagaimana Allah menciptakan air masin dan air tawar dalam dua sifat yang berbeza tetapi di dalam kedua-duanya terdapat bahan-bahan makanan untuk manusia, di dalamnya juga terdapat mutiara-mutiara untuk perhiasan manusia. Di dalam laut dan sungai terdapat banyak sekali perahu dan kapal yang digunakan untuk mencari rezeki Allah yang lain-lain lagi (Ayat: 12).
Fatir 35:12
وَمَا يَسْتَوِى ٱلْبَحْرَانِ هَٰذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَآئِغٌ شَرَابُهُۥ وَهَٰذَا مِلْحٌ أُجَاجٌۖ وَمِن كُلٍّ تَأْكُلُونَ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُونَ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَاۖ وَتَرَى ٱلْفُلْكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan tidak sama (antara) dua lautan; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari (masing-masing lautan) itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai, dan di sana kamu melihat kapal-kapal berlayar membelah laut agar kamu dapat mencari karunia-Nya dan agar kamu bersyukur.
(b) Dalil-dalil افاقي untuk tauhid juga terdapat di dalam surah ini, manusia diseru supaya berfikir tentang air, bagaimana ia dapat menghasilkan buah-buahan beraneka warna. Manusia juga diseru supaya berfikir tentang bukit-bukau, tanahnya juga beraneka warna. Oleh itu manusia hendaklah beriman kepada tuhan yang esa, tuhan yang begitu hebat dan agung kuasanya (Ayat: 27).
Fatir 35:27
أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ ثَمَرَٰتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَٰنُهَاۚ وَمِنَ ٱلْجِبَالِ جُدَدٌۢ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
(c) Manusia juga diseru supaya berfikir tentang kejadian manusia, binatang-binatang dan ternakan-ternakan. Warnanya juga berbeza-beza, tetapi natijah yang betul daripada pemikiran dan kajian yang
247
Tiada ulasan:
Catat Ulasan