Isnin, Disember 07, 2020

Tafsir asas quran nota 9(182)12

Tafsir asas quran nota 9(182)12

(17) Mengetahui Ayat-Ayat Yang Menasakhkan Dan Ayat-Ayat yang Dimansukhkan
(معفرفة الناسخ والمنسوخ عند المتقدمين  والمتأخرين من علماء التفسير)
Menurut Ahli-Ahli Tafsir Mutaqaddim  Dan Muta'akkhirin.

Sebelum membincangkan secara telperinci tentang ayat-ayat yang menasakhkan (الناسخة) dan ayat-ayat yang dimansukhkan (المنسوخع), perlulah diketahui terlebih dahulu apakah erti nasakh(النسخ).  Kerana daripadanyalah lahir apa yang dikatakkan nasikh dan mansukh itu.

An-Naskhu (النسخ)
Para 'ulama' mengatakan, pada dasamya konsep nasakh memang terdapat di dalam riwayat yang menyatakan sebab turun bagi ayat 106 Surah al-Baqarah. Di dalamnya tersebut bahawa pada zaman Nabi s.a.w. orang-orang Yahudi saling berkata-kata sesama mereka: Kamu tidak nampak  pelik dan anehkah tentang tingkah laku Muhamad! Dimana pada hari ini dia menyuruh sahnbatnya melakukan sesuatu, pada masa   lain dia melarangnya. Nampaknya tidak syak lagi alQuran adalah kata-kata dan ciptaan Muhamad sendiri.
Dengan sebab itu turunlah ayat tentang al-Nasakh tersebut, di mana Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui  bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?
(al-Baqarah: 106).

Ayat ini dengan.ielas rnenunjukkan bahawa dalam syari'at Islam memang ada konsep Nasikh dan Masukh dalam bab hukum-hakam. walaupun konsep nasikh dan mansukh berlaku, namun jumhur 'ulama' sepakat mengatakan hanya beberapa ayat dan surah-surah tertentu sahaja yang terlibat dengan nasakh. Ia tidak berlaku pada semua bahagian al-qur'an.
Para 'ulama' bagaimanapun masih berbeda pendapat tentang mafhum dan perinciannya.

Pengertian Nasakh
Pengertian Nasakh dapat dibahagikan kepada dua:

182

Tiada ulasan:

Catat Ulasan