Daurah tafsir 2019 sesi 15(35)nota 12(248)
dibuat hanyalah akan diperolehi ilmuan-ilmuan yang takut kepada Allah (Ayat: 28).
Fatir 35:28
وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعَٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Maha Pengampun.
(d) Di dalam surah ini juga dinyatakan tentang tauhid iradat, segala rahmat berada di tanganNya, jika Dia membukanya maka tiada siapa yang dapat menahannya dan jika Dia menahannya maka tiada siapa pula yang dapat memberinya. Tuhan Maha perkasa, Maha kuat dan Maha bijaksana (Ayat:2).
Fatir 35:2
مَّا يَفْتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَاۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.
(e) Di dalamnya juga terdapat dalil-dalil أنفسي untuk membuktikan kebenaran tauhid, manusia difahamkan bahawa semua mereka memerlukan Allah, sedangkan Allah pula tidak memerlukan harta dan tidak juga pujian, kerana Dia Maha kaya lagi Maha terpuji (Ayat:15).
Fatir 35:15
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ
Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.
(f) Antara dalil أفاقي yang dikemukakan di dalam surah ini untuk membuktikan kebenaran tauhid ialah kenyataan bahawa kuasa Allah jua yang membuatkan langit dan bumi tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya, Allahlah yang memegangnya. Andai kata ia berganjak dan beralih daripada kedudukan sebenarnya ke tempat lain, nescaya tiada siapa pun غير الله (selain Allah) yang dapat menahannya. Allah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun, walaupun Dia Maha Kuasa namun tetap dibiarkannya orang-orang musyrikin untuk seketika, Dia tidak terus menurunkan azab kepada mereka(Ayat:41).
Fatir 35:41
إِنَّ ٱللَّهَ يُمْسِكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ أَن تَزُولَاۚ وَلَئِن زَالَتَآ إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِّنۢ بَعْدِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Sungguh, Allah yang menahan langit dan bumi agar tidak lenyap; dan jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang mampu menahannya selain Allah. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.
(g) Di dalam surah ini juga dinyatakan tentang kekuasaan dan hikmat kebijaksanaan Allah, jika Allah hendak menghukum dan mengazab manusia kerana dosa-dosanya nescaya Dia dapat menghapuskan mereka semua sekali dari muka bumi ini, tetapi Dia membiarkan mereka hingga ke waktu yang ditentukanNya, apabila tiba waktunya maka Dialah yang akan melihat keadaan hamba-hambaNya
(Ayat:45).
Fatir 35:45
وَلَوْ يُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَآبَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّىۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِيرًۢا
Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka perbuat, niscaya Dia tidak akan menyisakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman)nya, sampai waktu yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.
(h) Di dalam surah ini juga dinyatakan tauhid kehendak dan pilihan Allah, dalam kehendak dan pilihan Allah jua terletak nasib manusia, Dia dapat membinasakan sekalian manusia dan menggantikannya dengan makhluk yang lain (Ayat:16).
Fatir 35:16
إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ
Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu).
248
Tiada ulasan:
Catat Ulasan