Selasa, Disember 08, 2020

Tafsir asas quran nota 9(183)12

Tafsir asas quran nota 9(183)12

1. Pengertian Bahasa
2. Pengertian Istilah

Pengertian Bahasa
Nasakh mengikut bahasa 'Arab dapat diertikan dengan beberapa maksud tertentu, antaranya ialah:
a. Nasakh dengan erti penghapusan. 
b. Nasakh menurut bahasa berasal daripada perkataan al-Naskh, bererti perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang iain.
c. Nasakh dengan erti al-Izalah atau menghilangkan.
d. Nasakh dengan erti an-Naqlu, iaitu pemindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
e. Nasakh dengan erti at-Tabdil atau penukaran.
f-. Nasakh dengan erti at-Tahwil atau pemalingan.
g. Nasakh dengan erti salin atau menyalin.

Nasakh Menurut Istilah'  Ulama' Muta'akkhirin
Menurut istilah 'ulama' muta'akkhirin. Nasakh bererti:
a. Terhentinya sesuatu hukum syara' dengan ada dalil syara' lain yang membatalkannya berupa wahyu daripada Allah yang menghalang penetapan hukum yang terdapat dalam wahyu terdahulu.
b. Nas yang menghapus hukum syara' yang telah ditetapkan di dalam nas sebelumny'a dengan dalil syara' atau nas yang baharu. Oleh itu perkataan Nasikh membawa maksud ayat yang menasakhkan. Manakala perkataan al-Mansukh bermaksud ayat yang dihapuskan atau
dimansukhkan hukumnya.
c. Berakhirnya sesuatu penetapan hukum yang diambil daripada sesuatu nas dengan sebab ada
perubahan hukum daripada nas lain.

183

Tiada ulasan:

Catat Ulasan