K461.Buat Salah Tapi Tak Nak Mengaku, Mula Berdalih, Petanda Anak Ada Masalah ‘Fear Loop’!
Ada kalanya kita mula perasaan anak kita selalu berdalih bila disoal dengan pelbagai persoalan. Berdalih apabila menipu pasti ada sebabnya berlaku pada anak kecil kita. Ada kemungkinan dia lebih berasa takut untuk berterus terang dengan mak ayah.
Ketakutan inilah yang dinamakan sebagai Fear Loop. Menurut Pn Wawa Shauqi, penulis keibubapaan, ketakutan yang dialami anak inilah yang membuatkan mereka mula menipu malah selalu menangis dan sukar untuk meluahkan.
Tanda tanda anak ada Fear Loop.
Fear loop ni bahaya kerana anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa tanpa kita sedar. Bila anak sentiasa dalam “ketakutan” pada orang dewasa, anak akan cenderung untuk membuat semua perkara sendiri.
Diorang bukan tahu beza bahaya atau tidak. Itu yang buat Fear Loop ni sangat bahaya. Bahaya yang kita tak boleh nak JANGKA !
Bagi mereka samaada buat sendiri atau kena marah, baik buat sendiri. Tolong la tengok kalau ada tanda tanda awal Fear Loop ni pada anak.
1 – Dia mula menipu
Walaupun perkara tu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak ngaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.
2 – Susah nak meluah
Kadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?
3 – Penakut
Ada anak takut gelap, ada anak takut binatang, anak takut jumpa orang dewasa pun ada. Lain anak lain ketakutannya. Fear Loop ni buat keberanian anak mengecut.
4 – Selalu menangis
Bila ketakutan dia menangis. Bila kena marah dia menangis. Bila kena gurau kasar sikit dia menangis. Menangis adalah cara anak lawan ketakutan. Lepas nangis dia lega.
5 – Lemah sosial skil
Anak yang ada Fear Loop ni susah nak bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia senang sentap.
Masa kecil anak la orang yang paling berani. Dia tak takut cedera, dia tak takut jatuh dan dia tak pernah takut bila mak ayah marah. Malah ketawa masa kena marah adalah.
Inilah natijah nya bila kita kerap marah, tengking dan herdik anak masa dia kecil.
Sebab ini juga la kalau mengikut sunnah Nabi anak yang berumur 7 tahun pertama kita tak boleh marah, hatta tinggi suara sikit pun tak boleh pada mereka.
Sunnah suruh kita muliakan anak bukan sebab nak kita manjakan anak tapi sebab otak dan emosi anak kecil ini sangat rapuh ( Fragile ) dan mudah rosak.
Berhenti la lepas geram pada anak anak. Siapa lagi nak lindungi anak anak kalau bukan mak ayah sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan