Khamis, Disember 03, 2020

Tafsir asas quran nota 9(180)11

Tafsir asas quran nota 9(180)11

Ayat ini sememang turun khusus berkenaan Abu Lahab. Di dalamnya tersebut ancaman yang dahsyat kepadanya. Namanya juga disebut dengan jelas. Oleh itu orang-orang lain tidak termasuk di bawah ayat ini.

(ii) Ayat-ayat yang tersebut di dalamnya ciri-ciri dan sifat-sifat khusus bagi seseorang, satu kumpulan atau perkara tertentu tanpa disebut namanya dengan terang.
Bagaimanapun ada tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk yang mengisyaratkan kepada orang, kumpulan atau perkara tertentu, maka ayat-ayat seperti ini juga dikira khusus
dengan orang, kumpulan atau perkara berkenaan sahaja menurut tjma' "ulama'. Ia tidak merangkumi orang-orang lain, meskipun mereka juga mempunyai ciri-cici dan sifat-sifat khusus yang sama dengan orang, kumpulan atau perkara yang sememangnya dimaksudkan. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Al-Layl 92:17
وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى 
Al-Layl 92:18
ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ 

Bermaksud: Dan (sebaliknya) akan dijauhkan neraka itu daripada orang yang paling bertaqwa; (17) yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, (18) (al-Lail: 17- 18).

Al-Imam as-suyuthi berkata;Dua ayat di atas diturunkan berkenaan dengan Abu Bakar menurut ijma' 'ulama'. Imam ar-Raazi bahkan berdalil dengannya, di samping firman Allah s.w.t. berikut:

Al-Hujurat 49:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al-Hujuraat:13), 

bahawa Abu Bakar adalah manusia yang paling afdhal selepas Rasulullah s.a.w. Adalah keliru orang yang memakai ayat di atas untuk orang-orang lain juga, meskipun ia mendermakan juga hartanya seperti Abu Bakar dengan tujuan membersihkan diri dan harta bendanya. lni kerana perkataan yang digunakan di dalam ayat di atas tidak memberi erti umum. Ia menurut qaedahnya hanya memberi erti khusus. (Lihat al-Itqaan Fi 'Ulumil 
Qur'an j.1 m/s 40).

(iii) Ayat-ayat yang sememangnya turun berkenaan dengan suatu peristiwa tertentu,tetapi lafaznya memberi erti umum. Selain itu ada pula dalil lain yang menunjukkan ia
memang memberi erti umum, tidak khusus dengan peristiwa yang merupakan sebab asal

180

Tiada ulasan:

Catat Ulasan