Ahad, Disember 06, 2020

K462.Ada adegan anak pecahkan pinggan?

K462.Ada adegan anak pecahkan pinggan?

Pasti ada, kan.

Setiap rumah ada alaminya.

Kita cakna dan tahu kesan jika marah anak kaw kaw punya, efek ke 'reptilian brain' dia.

Ketakutan, rasa bersalah, rasa diri amat kecil bila dimarahi.

Sedangkan orang dewasa terbuang air kecil di masjid pun Rasulullah s.a.w tidak marah malah mengarahkan sahabat lain untuk membersihkan air kencing itu kemudian baru memberitahu ayat peraturan masjid *Teknik Nabi, oleh Tim Pengkaji Hadith Nabi (TPH).

Mudah aja:

1. dalam rumah anak kecil, kita sediakan pinggan plastik yang bpa free untuk makanan panas.

2. anak sudah besar sedikit, kita izinkan untuk adegan pecah berlaku. Belilah pinggan kaca yang tidak terlalu mahal.

3. adegan pecah berlaku, kita katakan: Hati-hati, jangan pijak. Tidak apa, ambil penyapu dan kita bersihkan. (permulaan ayah ibu bersihkan kerana tentunya si anak terkejut dengan adegan ini).

4. anak sudah besar sedikit, usia 7 ke atas, pecah berlaku, anak sendiri akan katakan: jangan bergerak (kepada semua ahli keluarga), abang/kakak nak ambil penyapu dan sapu.

Modelkan semasa anak kecil, dan
anak laksanakan sewaktu dia sudah mampu.

Berapa harga pinggan kaca kita tu?
RM3? RM10? RM30 seunit?

Berapa harga keyakinan diri anak yang telah punah akibat kita memarahi mereka?

Mampukah kita bayar kembali?

Fikir-fikirkan.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

*Tadi petang Khairunnisa 5 tahun yang teruja nak makan pankek pisang yang dia tolong sedia bahan dan masakkan tu, terjatuh pinggan kaca dan berderai lah serpihan pinggan dan pankek pisangnya. Dia sedih, terkejut.

Syukur saya cuma berkata: Tak apa, pinggan tu harga RM3 aja kakak *beli di Giant. Pankek? Dia tanya. Pankek tak apa, kan kakak buat 6 keping pankek ? (sebenarnya lebih). Sudah kotor usah rasa sayang.

Abang dia 8 tahun? Kakak, jangan bergerak, bahaya.

Mak dia? Hmm ingat si abang nak bersihkan, tak😅, si abang berlalu pergi sambung kerja dia dan mak sapukan aja hingga bersih. Oh abang ada kutip serpihan di nun sana juga.☺️👍🏼 Alhamdulillah walau mak penat juga kelas zoom dua hari ini sampai malam semalam meeting dan supervision. Allah sahaja memelihara diri kita semua... TQ Allah..❤ 

Semoga kita semua menjadi ibubapa yang mampu 

⭐Pause,
⭐Tarik Nafas tidak berkata apa dan
⭐Go for Teknik Solusi ya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan