Ahad, Disember 06, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 35(080-0845)s

Sahih muslim kitab iman sesi 35(080-085)s

بَابُ حُكْمِ سِبَابِ المُسْلِمِ وَقَالِهِ
Bab Hukum Memaki Orang Islam dan Memeranginya²⁴⁴

٥٣-عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

53- 'Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Memaki orang Islam²⁴⁴ adalah kefasikan. Membunuhnya (kerana agamanya) pula adalah
kekufuran.²⁴⁵ 


بَابُ الأَمْرِ يُلْزُوْمِ الإِيمَانِ وَالتَمَسُّكِ بِشَرَائِعِ الإِسْلَامِ وَالنَّهْيِ عَنِ الْاِرْتِدَادِ عَنِ الْإِسْلَامِ وَالتَشَبِّهِ بِالْكُفَّارِ
Bab Arahan Supaya Terus Beriman Dan Berpegang Teguh Dengan Syariat-syariat Agama  Islam, Serta Larangan Murtad Daripada Agama lslam Dan Menyerupai Orang-orang Kafir.²⁴⁷

٥٤-عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ وَيْحَكُمْ أَوْ قَالَ وَيْلَكُمْ لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ

54-'Abdullah bin 'Umar r.a. meriwayatkan, katanya: Nabi s.a.w. bersabda pada haji wada²⁴⁸ "Hati-hatilah kamu! Janganlah kamu kembali menjadi kafir sesudahku,²⁴⁹ di
mana sebahagian daripada kamu memenggal leher (membunuh) sebahagian yang lain."²⁵⁰


___________________________________________________________

²⁴⁴ Ini ialah tajuk bab yang dibuat oleh al-ltsyubi. Qadhi 
'lyaadh, Imam Nawarvi, al-Ubbi, as-Sanusi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim membuat tajuk mereka untuk hadits berikutnya begini:
 باب قول النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
(Bab Menerangkan Sabda Nabi s.a.w. "Memaki Orang Islam Adalah Suatu Kefasikan Dan Memeranginya Adalah Kekufuran"). 

Al-Qurthubi pula tidak membuat apa-apa tajuk di sini, sebaliknya beliau memasukkan hadits-hadits berikutnya di bawah tajuk bab yang sebelumnya.

²⁴⁵ Ada beberapa perincian berkenaan dengan perbuatan memaki. 

Menurut al-Ubbi, perbuatan memaki hamun boleh berlaku sama ada dari sebelah pihak shj atau dari kedua belah pihak. Sekiranya ia berlaku dari kedua belah pihak, hadits ini kelihatan bercanggah dengan sebuah hadits lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain yang berbunyi:
الْمُسْتَبَّانِ ,مَا قَالَا ,فَعَلَى الْبَادِئِ, مَا لَمْ يَعْتَدِ الْمَظْلُومُ
Bermaksud: Dosa ucapan (makian) dua orang yang saling memaki hamun ditanggung oleh orang yang memulakannya, selagi orang yang dizalimi (yang dimaki terlebih dahulu) tidak bersikap melampau-lampau (dalam membalas perbuatan lawannya).

Kemusykilan ini boleh diselesaikan dengan mengatakan bahawa perbuatan membalas cacian seseorang itu
adalah tidak salah dan tidak berdosa, selagi ia adalah balasan yang setimpal. Sekiranya ia dibalas dengan berlebihan, barulah ia dikira berdosa dan boleh membuatkan pelakunya menjadi fasik.

Menurut Imam Nawawi pula, perkataan ْالسَّب itu dari sudut bahasa Arab memberi ma'na memaki dan mengatakan sesuatu yang boleh memburukkan imej seseorang.

Bentuknya bergantung kepada 'uruf dan adat masyarakat setempat. Sekiranya anda memanggil seseorang dengan
panggilan seperti "wahai peminum arak!", 'wahai pemakan riba!", "wahai pengkhianat!",wahai himar!", "wahai lembu!", "wahai anjingl", ''wahai babi!", "wahai orang fasik". ''Wahai lelaki sundal !"."wahai anak si perempuan sundal!", anda boleh dikenakan hukuman ta'zir. 

Sekiranya anda memanggilnya dengan panggilan, "wahai orang yang menyundal dengan si fulanah," anda akan dikenakan hukuman hudud, kecuali dia melepaskan diri dengan mengatakan dia nampak orang itu memandangnya atau menciumnya, dan sanggup pula bersumpah bahawa memang itulah yang dimaksudkannya. Dalam kes begini, dia hanya akan dikenakan hukuman ta'zir. 

Syeikh lbnu 'Arafah berpendapat bahawa perbuatan mengejek juga termasuk di antara ma'na perkataan ْالسَّب, perbuatan seumpama itu yang dilakukan dengan niat untuk mengajar (mendidik)pula tidak termasuk dalam makna  السب tersebut . lnilah yang diisyaratkan oleh Imam Nawawi dengan kata beliau: "mencaci orang muslim tanpa sebarang hak itu adalah haram dengan ijma' orang-orang Islam, pelakunya menjadi fasik sebagaimana yang telah disebutkan oleh Nabi s.a.w. Hukumannya ialah ta'dib (ta'zir') kerana ia adalah sejenis gangguan (terhadap orang lain)." Imam Malik mengatakan bahawa orang yang menyakiti orang Islam lain boleh dikenakan hukuman ta'zir.

²⁴⁶ Sekiranya pembunuh menganggap perbuatannya itu halal, dia menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam. Jika tidak, maka ada beberapa penjelasan mengenainya: 
(1) Dia kufur terhadap ni'mat persaudaraan sesama Islam yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada mereka, 
(2) Dia kufur (tidak bersyukur) terhadap kebaikan dan ni'mat Allah seperti kekufuran (sikap tidak berterima kasih) seorang isteri (kepada suaminya). 
(3) Perbuatannya itu mungkin sekali akan menyeretnya menjadi seorang kafir yang sejati. 
(4) Perbuatan membunuh orang Islam itu ialah perbuatan orang kafir. Selagi dia tidak menganggap perbuatannya itu halal, dia adalah seorang ahli ma'shiat, tapi masih lagi beragama Islam. 

Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Kefasikan merupakan satu bentuk penderhakaan terhadap Allah s.w.t. 
(2)Mencaci atau memaki orang kafir harus hukumnya, kecuali kafir zimmi atau mu'ahid, dan perbuatan itu tidak menimbulkan fitnah. 
(3) Haram memaki orang Islam yang zahirnya 'adil dan
berada di atas jalan yang lurus, adapun orang Islam yang sudah tidak tahu malu lagi untuk melakukan ma'shiat, bahkan berani pula menayangkan ma'shiat mereka kepada orang ramai dan berbangga pula dengannya, mereka haruslah dicela. 
(4) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t. itu boleh menyebabkan pelakunya menjadi kafir, kerana secara tidak langsung dia telah mendustakan al-Qur'an dan hadits-hadits yang shahih lagi sharih. Selain itu, dia juga telah mensyirikkan Allah dengan mengambil alih tugasNya selaku pembuat syari'at. 
(5) Kufur itu ada banyak macam. Ada kufur yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Ada juga yang
tidak. Kufur yang tidak mengeluarkan seseorang dari agama Islam adalah kufur dari segi bahasa 'Arab semata-mata.

²⁴⁷Beginilah tajuk yang dibuat Al-Itsyubi untuk hadits 54 di bawahnya. Qadhi'lyaadh, Imam Nawawi, al-Ubbi, as-Sanusi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim pula membuat tajuk begini:

باب بَيَانِ مَعْنَى قَوْلِهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ.

(Bab Menerangkan Ma'na Sabda Nabi S.A.W.: Janganlah Kamu Kembali Menjadi Kafir SesudahKu. Di Mana Sebahagian Daripada Kamu Memenggal Leher Sebahagian Yang Lain)." 

Al-Qurthubi bagaimanapun tidak membuat sebarang tajuk di sini.

²⁴⁸dalam khutbah (ucapan) Baginda yang berlangsung pada hari Nahar (hari raya haji) di Mina.Ucapan ini mungkin disebutkan oleh Baginda sesudah menyatakan keharaman darah, harta-benda dan kehormatan orang-orang Islam sesama mereka. Haji tersebut dinamakan 'Haji Wada" kerana ketika itulah Rasulullah s.a.w. mengucapkan 'selamat tinggal' kepada manusia dan berkhutbah
kepada mereka mengenai urusan agama. Dalam majlis yang sama baginda s.a.w. berpesan agar orang-orang yang hadir menyampaikan ucapannya itu kepada orang-orang yang tidak hadhir.

²⁴⁹ Perkataan 'sesudah' yang disebut Rasulullah s.a.w. di sini berkemungkinan membawa beberapa maksud berikut: (1) Sesudah aku beredar dari tempat aku menyampaikan khutbah ini.
(2) Sesudah aku memberitahu kepada mu apa yang kamu patut dan tidak patut lakukan, 
(3) Sesudah kewafatanku.

²⁵⁰ Menurut Imam Nawawi, terdapat tujuh pendapat berkenaan dengan sabda Baginda 'janganlah
kamu kembali menjadi kafir sesudahku':
(1) Apa yang dimaksudkan dengan kufur itu ialah kufur
dari segi syara' sekiranya perbuatan membunuh orang Islam secara tanpa hak itu dianggap halal. Kerana hakikatnya seseorang itu telah menghalalkan sesuatu yang sudah diketahui keharamannya secara dharuri. Maksudnya ialah: janganlah karnu menjadi kafir dengan menganggap halal membunuh sesama sendiri, kerana dengan sebab itu kamu boleh terkeluar daripada agama lslam.
(2) Kufur yang dimaksudkan oleh Rasulullahir s.a.w'. di sini ialah kufur ni'mat dan hak-hak agama Islam. Maksudnya ialah: janganlah kamu menjadi orang-orang yang mengingkari ni'mat beragama Islam dan persaudaraannya, sehingga kamu saling bertetakan dan berbunuhan. 
(3) Perbuatan yang disebutkan itu boleh membawa kepada kekufuran yang sebenar. Jadi maksud sabda Baginda s.a.w. ini ialah: janganlah kamu melakukan sesuatu yang boleh membawa kamu menjadi kafir; iaitu dengan berbunuhan sesama sendiri. 
(4) Perbuatan yang disebutkan itu ialah perbuatan orang-orang kafir. Maka maksud sabda Baginda ini ialah: janganlah kamu menyerupai orang-orang kafir dengan saling berbunuhan sesama sendiri. Pendapat ini adalah pilihan Qadhi 'lyaadh dan al-Qurthubi. 
(5) Menjadi kafir yang disebut Rasulullahh s.a.w. di dalam hadits ini ialah menjadi kafir yang hakiki. Jadi sabda Baginda ini bermaksud:janganlah kamu menjadi kafir
(murtad) sesudahku, bahkan kamu teruslah menjadi orang-orang yang beriman. 
(6) Yang dimaksudkan dengan 'kufur' (كفر) itu ialah المتكفرون بالسلاح(orang-orang yang lengkap bersenjata).Maka maksud sabda Baginda di sini ialah:janganlah karnu menjadi orang-orang bersenjata yang bersedia untuk bertetakan sesama sendiri. 
(7) Janganlah kamu saling mengkafirkan sesama sendiri, kerana dengan sebab itu kamu akan menghalalkan pembunuhan sesama sendiri dan akibatnya kamu akan terkeluar daripada agama Islam dengan mengkafirkan orang-orang Islam dan menghalalkan membunuhnya.

Disebabkan terlalu berpegang dengan maksud zahir lafaz
'kufur' itu, golongan Khawarij telah menjadikan hadits ini sebagai dalil tentang kafirnya orang- orang yang melakukan dosa besar. Manakala golongan ahli bid'ah (seperti Khawarij dan Syi'ah) pula menjadikan hadits ini sebagai bukti bahawa ijma' para sahabat itu tidak layak untuk diterima sebagai hujah. Kerana para sahabat itu boleh murtad pada bila-bila masa sahaja. Itulah sebabnya
Nabi s.a.w. memberi amaran kepada mereka. Kekeliruan seperti ini tidak akan timbul sekiranya lafaz 'kufur' atau 'kafir' dipakai dalam skop ma'nanya yang luas.

Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Manusia haruslah sentiasa diberikan nasihat dan
peringatan tanpa mengira usia dan pangkat. 
(2) Tidak salah memberikan ancaman kepada golongan manusia yang baik-baik, terutamanya jika sudah kelihatan tanda-tanda yang kurang baik pada mereka atau perancangan awal musuh-musuh mereka sudah pun dijangkakan.
(3)Orang-orang Islam yang sebenar tidak akan saling berbunuhan sesama sendiri. 
(4) Membunuh sesama sendiri itu adalah amalan orang kafir, atau petanda kekafiran seseorang. 
(5) Orang Islam perlu berwaspada dengan golongan- golongan yang menda'wa Islam, tetapi secara terang- terangan membunuh orang Islam yang bukan dari kalangan mereka tanpa sebarang alasan yang yang dibenarkan  Syara. 
(6) Kekufuran adalah suatu yang keji. Kerana itu ia mestilah dijauhi. 
(7)Orang-orang Islam mestilah menjauhi perkara keji, terutamanya jika ia membawa kepada kekejian yang lebih teruk.


Minit 8
-fasik adalah dosa besar.
-mubtadak  ke dua مَا قَالَا
-melakukan dosa besar sekali jadi fasik,bertaubat boleh hilang.

Minit 30
ta'dib=tindakan disiplin.

1jam10minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan