Sahih bukhari kitab iman sesi 01 154
Semakin menambahkan lagi iamn mereka.(Ali Imran:173) "Tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan(al ahzab :-22)
Kasih kerana Allah dan benci kerana Allah adalah sebahagian daripada iman⁹⁴. Umar Bin Abdul Aziz menulis surat Kepada Asi Bin Adi, Di
___________________________________________________________
Ungkapan ini adalah mafhum daripada sekian banyak hadits-hadits rasulullah s.a.w. Ma' nanya memang benar dan sahih, tetapi kesemuanya bukan dengan lafaz yang dikemukakan oleh Bukhari diatas . Kata Hafiz Ibnu Hajar: Ia adalah lafaz hadits yang dikemukakan oleh Abu Daud daripada hadits Abi Umaamah dan hadits Abi zarr. Lafaz hadits Abi zarr ialah أفضل الأعمال الحب في الله والبغض في الله
Bermaksud: "Amalan yang paling baik ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah". Lafaz hadits Abi Umaamah ialah:
من أحب لله وأبغض لله وأعطى ومنع لله فقد الإيمان
Bermaksud: "Sesiapa kasih kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi (juga) kerana Allah bererti dia telah menyempurnakan imannya".
Tirmizi meriwayatkan hadits Sahal bin Mu'aaz bin Anas yang sama ma'nanya dengan hadits Abi Umaamah (tadi). Di dalam riwayat Ahmad ada tambahan وأنكح لله Bermaksud: "dan mengahwinkan kerana Allah".
Di dalam riwayatnya yang lain ada tambahan:
ويعمل لسانه في ذكر الله
Bermaksud: "dan menggunakan Iidahnya dalam mengingati Allah".
Ahmad juga meriwayatkan daripada 'Amar bin al-Jamuh
لا يجد العبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله
Bermaksud: "Seseorang hamba tidak akan mendapat iman yang terang selagi ia tidak kasih kerana Allah dan benci kerana Allah".
Lafaz hadits al-Bazzaar yang marftü ialah:
أوثق عرا الإيمان الحب في الله والبغض في الله
Bermaksud: "Tali iman yang paling kukuh ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah."
Ulasan penulis tentang hadits-hadits yang disebutkan oleh Hafiz Ibnu Hajar itu ialah hadits riwayat Abu Daud daripada Abi Zarr tidak sahih, kerana di dalam isnadnya terdapat seorang perawi majhul dan Yazid bin Abi Ziad, seorang perawi dha'if.
Hadits Abu Daud daripada Abi Umaamah juga dipertikaikan kerana di dalam isnadnya ada al-Qasim bin 'Abdir Rahman Abu 'Abdir Rahman asy-Syami. Kata alMunziri: "Bukan seorang tokoh rijal hadits mendhaifkannya." Hadits Tirmizi daripada Mu'aaz bin Anas dha'if. Imam Timizi sendiri mengatakan ia munkar. Selain itu di dalam isnadnya terdapat dua orang perawi yang dikatakan dha'if oleh sekian ramai tokoh rijal. Pertamanya ialah Sahal bin Muaaz. Yahya bin Ma-in mengatakan ia dha'if. Abu Hatim ar-Raazi pula berkata, ia tidak boleh dijadikan hujah. Keduanya ialah Abu Marhum 'Abdur Rahim bin Maimun. Yahya bin Ma' in mengatakan ia juga dhaif. Hadits Ahmad daripada Sahal bin Muaaz bin Anas juga dha'if. Sanadnya lebih kurang sama sama dengan sanad Tirmizi. Di dalamnya juga ada Abu Marhum 'Abdur Rahim bin Maimun. Di dalam isnad Ahmad yang satu lagi ada Ibnu Lahi'ah dan Zabbaan, kedua-duanya adalah perawi dha'if. Riwayat Ahmad daripada 'Amar bin al-Jamuh juga dha'if kerana di dalam isnadnya terdapat Risydin bin Sasad dan 'Abdullah bin al-Walid. Kedua-duanya adalah perawi dha'if. Hadits al-Bazzaar daripada al-Baraa' bin 'Aazib diriwayatkan juga oleh Ahmad, at-Thabaraani, Baihaqi dan lain-lain. Di dalam isnad semua mereka ada Laits bin Abi Sulaim, seorang perawi dha'if. Terjemahan yang diberikan di atas iaitu 'sebahgian daripada Iman ' adalah mengikut cita rasa dan kefahaman Imam Bukhari. Kerana perkataan (sebahagian daripada) di dalam ungkapan itu dipakai oleh Imam Bukhari sebagai Min Li at-Tab 'iidh atau atTab 'iidhiyyah yang bermaksud sebahagian daripada. la secara tidak langsung memberi erti iman
154
Tiada ulasan:
Catat Ulasan