Sahih bukhari kitab iman sesi 01 155
mana Beliau Telah menyatakan Bahawa Di Dalam Iman Terkandung Banyak Kewajipan, Peraturan, Ketetapan (Dan Perkara-Perkara Sunat.⁹⁵ Sesiapa Yang
___________________________________________________________
itu adalah suatu Kull yang terbentuk daripada gabungan juzu-juzu atau komponen-komponen yang berlainan. Antara juzu-juzunya ialah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. Kull adalah satu istilah ilmu Mantiq (Logik) yang bermaksud suatu keseluruhan yang terdiri daripada gabungan komponen-komponen yang membentuknya.
Sebaliknya jika ungkapan di atas diterjemahkan mengikut fahaman ulama' yang sependapat dengan Imam Abu Hanifah, Min yang akan digunakan bukanlah Min Tabiidhiyyah, tetapi Min al-Ibtida'iyyah atau al-Ittishaliyyah yang memberi erti permulaan atau perhubungan. Maka terjemahannya akan jadi begini: "Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah berpunca daripada Iman atau berkait dengan iman". Dalam erti kata yang lain kesemua komponen yang membentuk iman, termasuklah sifat cinta kerana Allah dan benci keranaNya sudah pun sedia wujud di dalam iman seseorang. Hakikat ini dijelaskan lagi oleh kenyataan Nabi s.a.w. di dalam hadits berikut:
مَا مِنْ عَبْدٍ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ثُمَّ مَاتَ عَلَى ذَلِكَ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
Bermaksud: "Tidak ada seorang pun hamba (manusia) yang mengucap لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (Tiada tuhan melainkan Allah), kemudian dia meninggal dunia atas ucapan itu melainkan masuk syurgalah dia." (Bukhari, Muslim).
Justeru di dalam iman itu sendiri sudah terkandung segala tuntutannya. Segala komponen yang membentuk iman Bil Quwwah sudah berada di dalam iman, walaupun Bil Fi 'li si mati belum sempat mengerjakan apa-apa amalan kebajikan. بالقوةdalam istilah ilmu Mantiq bererti bakat, potensi atau kemampuan semulajadi yang sedia ada pada sesuatu atau seseorang yang belum muncul sebelum tiba masanya. Contohnya sebutir biji rambutan Bil Quwwah atau berdasarkan potensi semula jadinya sudahpun mengandungi sepohon rambutan yang sempurna pula dalam istilah ilmu Mantiq bererti bakat, potensi, kemampuan atau tindakan semula jadi yang sedang ada pada sesuatu atau seseorang dalam kenyataan atau pada masa sekarang. Contohnya ialah kemampuan menulis pada seseorang yang memang sedang menulis.
⁹⁵ Daripada petikan atsar di atas, Imam Bukhari hendak membuktikan bahawa perkara-perkara yang disebutkan oleh 'Umar bin Abdul Aziz itu menunjukkan iman mengandungi juzu'-juzu' yang tidak boleh dipisah-pisahkan di antara satu dari yang lain. Tetapi bagi Imam Abu Hanifah perkara-perkara tersebut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan iman, ia bukan sebagai sebahagian daripada juzu' Iman. Perkataan syara'i di sini bererti peraturan-peraturan yang berkait dengan kepercayaan atau 'aqidah. Mungkin juga ia bererti syari'at-syari'at yang zahir secara umum. Perkataan hudud pula ditafsirkan dengan tiga pengertian.
(1) Ketetapan-ketetapan atau batasan-batasan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. berupa panduan agamaNya.
(2) Hukum-hukum Allah yang dilarang kita mencerobohinya, seperti di dalam ayat di bawah ini:
Al-Baqarah 2:229
تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَاۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
Bermaksud: Itulah hukum-hukum Allah, Makajanganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 229).
(3) Hukum Hudud bagi penjenayah sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur'an. Manakala perkataan Sunan pula bererti: (1) Tuntutan-tuntutan yang tidak diwajibkan. (2) Peraturan-peraturan secara umum seperti erti Syara'i'. Menurut tafsiran yang lain pula Syara'i' bererti
155
Tiada ulasan:
Catat Ulasan