Khamis, Disember 24, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 159

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 159

___________________________________________________________
Islam sedang berhadapan dengan perkembangan aliran-aliran serpihan di dalam agama Islam yang terbabas daripada landasan keluarga Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, terutamanya tentang pegangan yang berkaitan dengan aqidah. Golongan-golongan atau firqah-firqah seperti Muktazilah, Jahmiyyah, Karramiyyah, Murji 'ah, Syi'ah dan banyak lagi golongan serpihan yang lain di dalam Islam dipanggil Firqah atau Firaq.  Manakala kumpulan agama-agama lain dipanggil Din atau Adyaan.

Ia bersesuaian  dengan sabda   baginda saw :
وَإِنَّ أُمَّتِي سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Bermaksud: Sesungguhnya Baginda s.a.w.: umatku nanti akan berpecah kepada tujuh puluh dua golongan (firqah). Semuanya akan masuk neraka, kecuali satu. Yang satu itu ialah golongan Jama'ah. (Hadits riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya'la). 

Setiap satu daripadanya mempunyai pandangan dan pegangan tersendiri dalam 'aqidah. Ia berbeza di antara satu dengan lain. Setiap firqah tersebut terpecah pula kepada serpihan-serpihan kecil yang lain. Sebagai contohnya golongan Syi'ah. Mereka terpecah kepada lebih daripada tiga ratus pecahan. Setiap pecahan begitu berbeza dari yang lain sehingga mereka saling mengkafirkan satu sama lain dan masing-masing mendakwa bahawa merekalah satu-satunya golongan yang berpegang dengan agama Islam sejati. Itulah realiti yang dihadapi Imam Bukhari di zamannya. Dalam usaha menjelas dan memurnikan aqidah-aqidah yang menyimpang agar kembali kepada 'aqidah yang sebenar menurut Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, beliau telah mengemukakan dalil-dalil yang membuktikan adanya pasang surut iman seseorang manusia sebagai hujah yang menolak da' waan golongan-golongan sesat, terutamanya golongan Murji'ah, Karraamiyyah dan Jahmiyyah yang dihadapinya pada ketika itu. Lantaran golongan ini menda'wa bahawa kondisi iman seseorang tidak terjejas dengan amalan jahat atau buruk yang dilakukannya. Kuantiti iman tidak bertambah atau berkurang oleh sesuatu amalan. Iman pada pandangan mereka betul-betul tepu. Menurut kepercayaan mereka seseorang yang beriman tetap mendapat keredhaan Allah dan akan memasuki syurga walaupun dia melakukan segala macam ma'shiat di sepanjang hayatnya. Menurut mereka lagi, situasi yang sama juga akan dialami oleh orang yang tidak beriman. Mereka tetap akan menghuni neraka, walaupun kehidupan mereka dipenuhi dengan segala macam amalan keta'atan. Sebaliknya golongan Khawarij dan Mu'tazilah pula mempunyai pandangan yang amat bertentangan dengan golongan Murji'ah tadi. Menurut kepercayaan mereka, iman seseorang mu'min yang melakukan sesuatu dosa besar dengan serta-merta tercabut dari dadanya dan dia akan kekal sebagai penghuni neraka buat selama-lamanya. Walaupun golongan Khawarij berbeza daripada golongan Mutazilah daripada segi Khawarij menghukum pelaku dosa besar sabagai Kafîr, sementara golongan Mu'tazilah pula hanya mengangap mereka sebagai Fasiq. Namun definisi Fasiq di sisi Mu'tazilah tidaklah sama dengan fasiq menurut fahaman Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah, kerana Mu'tazilah tetap sependapat dengan golongan Khawarij tentang kekalnya pelaku dosa besar tersebut di dalam neraka. Sekali imbas pendapat seperti golongan Murji'ah itu terdapat juga di kalangan sebahagian golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah. Kelibatnya dapat dilihat pada pendapat yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah dan sebahagian 'ulama' Mutakallimin, Akibatnya mereka digelari sebagai Murji'ah Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah. Bagaimanapun pendapat mereka tidaklah seratus peratus sama dengan pendapat golongan Murji'ah sebenar. Kerana jika disusuri, ternyata pendapat mereka tidaklah jauh bezanya daripada pendapat jumhur Ahli as-Sunnah yang lain. Justeru jumhur 'ulama' menegaskan iman mempunyai tiga komponen berikut, iaitu membenarkan dengan hati (تصديق بالقلب), mengaku dengan lidah( إقرار باللسان) dan melaksanakan dengan anggota (عمل بالجوارح) Imam Abu Hanifah


159

Tiada ulasan:

Catat Ulasan