Khamis, Disember 24, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 158

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 158

Menafsirkan firman Allah s.w.t. Dia telah memberikan kepada Kamu Agama Yang Juga Telah diberikanaNya kepada Nuh(as syura:13). Maksudnya ialah :Kami telah berikan kepada kamu wahai Muhamad dan kepadanya (Nuh) agama yang sama.¹⁰²  Ibnu Abbas ketika menafsirkan dua perkataan dalam satu firman Allah ,iaitu 'syir'atan dan 'minhaja', Berkata: Sebagai Jalan  dan Cara¹⁰³.
Beliau juga menafsirkan perkataan دعائكم(dalam ayat 77 surah al furqan dengan Iman Kamu¹⁰⁴. (Salah satu )makna doa dalam bahasa Arab adalah iman.


___________________________________________________________
kata Ibnu Umar diatas adalah untuk menjelaskan bahawa makna iman merangkumi kesemua  maksud taqwa tersebut. Walau bagaimanapun maksud taqwa yang ingin dijelaskan oleh lbnu Umar di sini ialah mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara syubahat.

Ini difahami melalui kata-katanya "apa-apa yang diragui di dalam hati sanubarinya. Antara faktor menyebabkan seseorang itu gagal mencapai tahap ketaqwaan sebenar ialah kerana ia melakukan perkara syubhat.

Iman di dalam jiwanya pula akan mengesan dan menolak segala perbuatan yang dirasai bercanggah dengan tuntutan Tuhan, apalagi perbuatan-perbuatan yang diyakini memang bercanggah dengan peraturan agama.


¹⁰² Tujuan Imam Bukhari memetik tafsiran Mujahid, seorang ahli tafsir yang terkenal di kalangan Tabi in itu ialah untuk membidas fahaman golongan Murji'ah yang hanya berpada dengan iman sahaja tanpa menyertakannya dengan amalan. Kerana menurut Mujahid, agama yang diamanahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah sama dengan agama yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Nuh a.s. Jika Nabi Nuh telah berhempas pulas selama hampir seribu tahun menghadapi segala rintangan dan cubaan dalam usaha dakwah kepada kaumnya, situasi yang sama juga telah dialami Nabi Muhammad s.a.w apabila selama hayat dikandung badan, Baginda telah bertungkus lumus berusaha untuk merealisasikan Islam dalam bentuk pengamalan, bukan setakat memendamnya di dalam hati sahaja.

¹⁰³  Kalimah Syir'atan ditafsirkan oleh sebahagian ulama' dengan syariat Islam secara umum, manakala perkataan Minhaj pula ditafsirkan sebagai jalan-jalan yang pelbagai dalam pelaksanaan syariat tersebut yang bersesuaian dengan tuntutan semasa. Contohnya. syariat di zaman Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbeza daripada syariat di zaman Nabi Adam a.s. yang  embenarkan perkahwinan sesama adik beradik. Walau bagaimanapun kesemua jalan-jalan syariat tersebut masih terikat dengan tuntutan iman. Apa yang hendak diketengahkan oleh Imam Bukhari menerusi pendahuluan bab ini ialah agama ini di sepanjang zaman tetap berdiri di atas dua asas yang sama pentingnya iaitu 'aqidah dan syariat yang mewakili iman dan amal. Keduanya bagaikan aur dengan tebing saling bertautan. Tanpa ada salah satu daripadanya sudah pasti ia akan pincang

¹⁰⁴  Dalil-dalil berupa ayat-ayat al-Quran, hadits-hadits, atsar-atsar para Sahabat dan Tabi'in yang menunjukkan iman boleh bertambah dan berkurang seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di permulaan Bab Imannya ini mempunyai tujuan, maksud dan latar belakangnya tersendiri. Apabila sejarah penulisan kitab ini diselidiki, anda akan dapati ketika ia ditulis, dunia

158

Tiada ulasan:

Catat Ulasan