Sahih bukhari kitab iman sesi 01 160
___________________________________________________________
juga sebenar nya menerima tiga komponen iman tersebut, cuma pada pendapat beliau hakikat sebenar iman hanyalah berada pada juzunyang pertama sahaja, iaitu membenarkan. Itulah sahaja sudut persamaan di antara pendapat beliau dengan pendapat golongan Murjiah.
Namun tidak pernah diketahui beliau menda'wa bahawa apa jua amalan buruk tidak menjejaskan iman pelakunya.
Beliau hanya mengatakan bahawa seseorang itu sudah dikira beriman sebaik sahaja ia membenarkan dengan hati. Meskipun iman itu belum lagi sempurna tanpa adanya pengakuan dengan lidah dan perlaksanaan dengan anggota badan.
Berbeza dengan golongan Murji'ah yang berpendapat bahawa iman bersifat Basil (tunggal tanpa komponen). Jumhur 'ulama' Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah menganggap Iman itu bersifat Murakkab (terbentuk daripada tiga komponen.
(1) Membenarkan dengan hati
(2) Mengaku dengan lidah dan إقرار بالسان
(3) Melaksanakan (apa yang dibenarkan dengan hati dan diakui oleh lidah itu) dengan anggota badan( عمل بالجوارح).
Ketiga-tiga juzuk atau komponen tersebut dianggap sebagai juzuk-juzuk Mukawwin atau Muqawwim yang bermaksud 'yang menjadikan' atau 'yang membentuk' dimensi iman. Sementara Imam Abu Hanifah dan sebahagian Sulama' Mutakallimin pula menganggap juzu' Mukawwin atau Muqawwim bagi iman hanyalah membenarkan dengan hati atau تصديق بالقلب .
Juzu' kedua dan ketiga pula hanya merupakan komponen Mutammim atau Mukammil yang bermaksud 'penyempurna' atau 'pelengkap'. Pada hakikatnya kedua-dua golongan Ahli asSunnah wa al-Jamaah di atas berbeza hanya dalam pendekatan dan pada lafaz sahaja. Sebabnya ialah kalau golongan pertama ditanya, bukankah semua juzu' (mukawwin) bagi hakikat sesuatu itu sama kedudukannya? Kalau sama, kenapa kamu mengatakan jika tashdiq (membenarkan di dalam hati) tiada, tiadalah iman.
Seseorang yang tidak bertashdiq kafir. Sepatutnya kamu juga mengatakan orang yang tidak beramal kafir seperti orang yang tidak bertashdiq. Kenapa kamu hanya mengatakan fasiq kepada orang yang tidak beramal?? Jawab mereka, amal sebenarnya bukan juzu' asasi dan hakiki iman, sehingga boleh dikatakan iman yang murakkab dan merupakan kull itu akan terus lenyap apabila tidak ada amal.
Amal hanya juzu' 'urfi (menurut istilah golongan tertentu sahaja) dan juzu' mukammil (penyempurna) bagi iman. Apabila ia ada, iman akan bertambah sempurna. Apabila ia tiada pula, akan berkuranglah kesempurnaan iman.
Golongan kedua walaupun tidak menganggap amal juzu' hakiki iman, mereka tidaklah seperti golongan Murji'ah yang langsung tidak mementingkan amal dalam kehidupan berugama. Mereka bahkan sangat mengambil berat tentang amalan dan mengangapnya sebagai sebab yang menyempurnakan iman juga. Dengan itu jelaslah bahawa golongan kedua tidak menolak amal sebagai juzu' penyempurna (mukammil) yang diterima oleh golongan pertama. Sikap golongan kedua yang tidak menerima amal sebagai juzu' hakiki atau juzu' mukawwin (komponen yang membentuk hakikat) iman juga sebenarnya tidak bercanggah dengan pegangan golongan pertama. Dengan itu juga perbezaan pendapat tentang amal sebagai juzu' iman atau tidak pada hakikatnya tidak lebih daripada perbezaan lafzi jua. Maka perbezaan kedua golongan di atas tentang iman itu bertambah dan berkurang atau tidak juga sebetulnya termasuk dalam perbezaan lafzi jua, tidak lebih dari itu. Selain dalil berupa ayat-ayat al-Qur'an, hadits dan atsar yang dikemukakan oleh Bukhari di dalam tajuk bab di atas untuk menunjukkan iman itu bertambah dan berkurang, ada pasang surutnya dan ia mempunyai tiga komponen utama, ayat-ayat alquran, hadits-hadits dan atsar-atsar yang akan dikemukakan di bawah nanti juga menunjukkan
160
Tiada ulasan:
Catat Ulasan