Jumaat, Disember 04, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 34(081)

Sahih muslim kitab iman sesi 34(081)

Bab Hukum Memaki Orang Islam dan Memeranginya²⁴⁴

٥٣-عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ

53- 'Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:Memaki orang Islam²⁴⁵ adalah kefasikan. Membunuhnya (kerana agamanya) pula adalah
kekufuran.²⁴⁵
___________________________________________________________

²⁴⁴ Ini ialah tajuk bab yang dibuat oleh al-ltsyubi. Qadhi 
'lyaadh, Imam Nawarvi, al-Ubbi, as-Sanusi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim membuat tajuk mereka untuk hadits berikutnya begini:
 باب قول النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
(Bab Menerangkan Sabda Nabi s.a.w. "Memaki Orang Islam Adalah Suatu Kefasikan Dan Memeranginya Adalah Kekufuran"). 

Al-Qurthubi pula tidak membuat apa-apa tajuk di sini, sebaliknya beliau memasukkan hadits-hadits berikutnya di bawah tajuk bab yang sebelumnya.

²⁴⁵ Ada beberapa perincian berkenaan dengan perbuatan memaki. Menurut al-Ubbi, perbuatan memaki hamun boleh berlaku sama ada dari sebelah pihak shj atau dari kedua belah pihak. Sekiranya ia berlaku dari kedua belah pihak, hadits ini kelihatan bercanggah dengan sebuah hadits lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain yang berbunyi:
الْمُسْتَبَّانِ مَا قَالَا فَعَلَى الْبَادِئِ مَا لَمْ يَعْتَدِ الْمَظْلُومُ
Bermaksud: "Dosa ucapan (makian) dua orang yang saling memaki hamun ditanggung oleh orang yang memulakannya, selagi orang yang dizalimi (yang dimaki terlebih dahulu) tidak bersikap melampau-lampau (dalam membalas perbuatan lawannya)."

Kemusykilan ini boleh diselesaikan dengan mengatakan bahawa perbuatan membalas cacian seseorang itu
adalah tidak salah dan tidak berdosa, selagi ia adalah balasan yang setimpal. Sekiranya ia dibalas dengan berlebihan, barulah ia dikira berdosa dan boleh membuatkan pelakunya menjadi fasik.

Menurut Imam Nawawi pula, perkataan السب itu dari sudut bahasa Arab memberi ma'na memaki dan mengatakan sesuatu yang boleh memburukkan imej seseorang. Bentuknya bergantung kepada 'uruf dan adat masyarakat setempat. Sekiranya anda memanggil seseorang dengan
panggilan seperti "wahai peminum arak!", 'wahai pemakan riba!", "wahai pengkhianat!",wahai himar!", "wahai lembu!", "wahai anjingl", ''wahai babi!", "wahai orang fasikl". ''Wahai lelaki sundal !"."wahai anak si perempuan sundal!", anda boleh dikenakan hukuman ta'zir. Sekiranya anda memanggilnya dengan panggilan, "wahai orang yang menyundal dengan si fulanah," anda akan dikenakan hukuman hudud, kecuali dia melepaskan diri dengan mengatakan dia nampak orang itu memandangnya atau menciumnya, dan sanggup pula bersumpah bahawa memang itulah yang dimaksudkannya. Dalam kes begini, dia hanya akan dikenakan hukuman ta'zir. Syeikh lbnu 'Arafah berpendapat bahawa perbuatan mengejek juga termasuk di antara ma'na perkataan السب, perbuatan seumpama itu yang dilakukan dengan niat untuk mengajar (mendidik)pula tidak termsuk dalam makna  السبtersebut . lnilah yang diisyaratkan oleh Imam Nawawi dengan kata beliau: "mencaci orang muslim tanpa sebarang hak itu adalah haram dengan ijma' orang-orang Islam, pelakunya menjadi fasik sebagaimana yang telah disebutkan oleh Nabi s.a.w.
Hukumannya ialah ta'dib (ta'zir') kerana ia adalah sejenis gangguan (terhadap orang lain)." Imam Malik mengatakan bahawa orang yang menyakiti orang Islam lain boleh dikenakan hukuman ta'zir.

81

Tiada ulasan:

Catat Ulasan