Sahih muslim kitab iman sesi 34(082)
بَابُ الأَمْرِ يُلْزُوْمِ الإِيمَانِ وَالتَمَسُّكِ بِشَرَائِعِ الإِسْلَامِ وَالنَّهْيِ عَنِ الْاِرْتِدَادِ عَنِ الْإِسْلَامِ وَالتَشَبِّهِ بِالْكُفَّارِ
Bab Arahan Supaya Terus Beriman Dan Berpegang Teguh Dengan Syariat-syariat Agama Islam, Serta Larangan Murtad Daipada Agama lslam Dan Menyerupai Orang-orang Kafir.²⁴⁷
٥٤-عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ وَيْحَكُمْ أَوْ قَالَ وَيْلَكُمْ لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ
54-'Abdullah bin 'Umar r.a. meriwayatkan, katanya: Nabi s.a.w. bersabda pada haji wada²⁴⁸ "Hati-hatilah kamu! Janganlah kamu kembali menjadi kafir sesudahku,²⁴⁹ di
mana sebahagian daripada kamu memenggal leher (membunuh) sebahagian yang lain."²⁵⁰
___________________________________________________________
²⁴⁶ Sekiranya pembunuh menganggap perbuatannya itu halal, dia menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam. Jika tidak, maka ada beberapa penjelasan mengenainya:
(1) Dia kufur terhadap ni'mat persaudaraan sesama Islam yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada mereka,
(2) Dia kufur (tidak bersyukur) terhadap kebaikan dan ni'mat Allah seperti kekufuran (sikap tidak berterima kasih) seorang isteri (kepada suaminya).
(3) Perbuatannya itu mungkin sekali akan menyeretnya menjadi seorang kafir yang sejati.
(4) Perbuatan membunuh orang Islam itu ialah perbuatan orang kafir. Selagi dia tidak menganggap perbuatannya itu halal, dia adalah seorang ahli ma'shiat, tapi masih lagi beragama Islam.
Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Kefasikan merupakan satu bentuk penderhakaan terhadap Allah s.w.t.
(2)Mencaci atau memaki orang kafir harus hukumnya, kecuali kafir zimmi atau mu'ahid, dan perbuatan itu tidak menimbulkan fitnah.
(3) Haram memaki orang Islam yang zahirnya 'adil dan
berada di atas jalan yang lurus, adapun orang Islam yang sudah tidak tahu malu lagi untuk melakukan ma'shiat, bahkan berani pula menayangkan ma'shiat mereka kepada orang ramai dan berbangga pula dengannya, mereka haruslah dicela.
(4) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t. itu boleh menyebabkan pelakunya menjadi kafir, kerana secara tidak langsung dia telah mendustakan al-Qur'an dan hadits-hadits yang shahih lagi sharih. Selain itu, dia juga telah mensyirikkan Allah dengan mengambil alih tugasNya selaku pembuat syari'at.
(5) Kufur itu ada banyak macaM. Ada kufur yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Ada juga yang
tidak. Kufur yang tidak mengeluarkan seseorang dari agama Islam adalah kufur dari segi bahasa 'Arab semata-mata.
²⁴⁷Beginilah tajuk yang dibuat Al-Itsyubi untuk hadits 54 di bawahnya. Qadhi'lyaadh, Imam Nawawi, al-Ubbi, as-Sanusi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim pula membuat tajuk begini:
باب بَيَانِ مَعْنَى قَوْلِهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ.
(Bab Menerangkan Ma'na Sabda Nabi S.A.W.: Janganlah Kamu Kembali Menjadi Kafir SesudahKu. Di Mana Sebahagian Daripada Kamu Memenggal Leher Sebahagian Yang Lain)."
Al-Qurthubi bagaimanapun tidak membuat sebarang tajuk di sini.
82
Tiada ulasan:
Catat Ulasan