Tafsir asas quran nota 9(150-181)s
(16) Mengetahui Sebab Turun Ayat Dan Apa-Apa Yang Bersesuaian Dengannya.
Maksud usul ini ialah pemahaman yang betul tentang sebab turun ayat" Perbincangan yang menarik dan mendalam berhubung dengan persoalan ini telah dikemukakan oleh Syah Waliyyullah di dalam kitab Usul Tafsirnya, al-Fauzul Kabir. Hakikatnya al-Qur'an
itu diturunkan sebagai panduan dan pedoman buat manusia hingga ke hari kiamat. Oleh itu, apabila anda membaca al-Qur'an, anda perlulah memahami beberapa perkara berikut:
(a) Pengajaran dan i'tibar tidak hanya diperlukan oleh individu tertentu sahaja. Tidak juga ia khusus dan terikat dengan zaman dan masyaraka tertentu sahaja.
(b) Hakikat mengetahui sebab nuzul ialah mengetahui keadaan-keadaan yang bersesuaian dengannya. Ia boleh jadi berupa peristiwa yang berlaku di zaman nabi s.a.w., sebelum Baginda, selepas Baginda, juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman moden ini dan seterusnya hingga ke hari kiamat. Mempelajari sebab nuzul bererti berusaha mengetahui apakah lagi perkara atau peristiwa yang boleh termasuk di bawahnya? Siapakah lagi orang yang tepat dengannya dan apakah pula akibat dan hukumnya menurut al-Qur'an?
(c) Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat adakalanya diperlukan untuk mengetahui apakah latar belakang yang menyebabkan ayat berkenaan diturunkan? Tanpa mengetahuinya tidak mungkin ayat itu dapat difahami dengan betul. Contohnya firman
Allah:فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ di dalam ayat 158 Surah al-Baqarah.
Al-Baqarah 2:158
إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِۖ فَمَنْ حَجَّ ٱلْبَيْتَ أَوِ ٱعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya Safa dan Marwah merupakan sebagian syi‘ar (agama) Allah. Maka barangsiapa beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, tidak ada dosa baginya mengerjakan sa‘i antara keduanya. Dan barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui.
(d) Pada kebanyakan tempat , kisah-kisah lama yang merupakan sebab turun bagi ayat tidak disebutkan. Ia sengaja tidak disebut kerana sememangnya tidak diperlukan untuk mendapat pengajaran dan pedoman daripadanya.
(e) Bukanlah yang dimaksudkan dengan نزلت في كذا (ayat ini telah turun berkenaan dengan sekian-sekian) itu orang tertentu atau peristiwa tertentu semata-mata. Malah umum Iafaznya yang diambil kira.
(f) Pujian dan celaan yang terletak di celah-celah cerita dan kisah tentang seseorang atau sesuatu golongan manusia tidak seharusnya difahami khusus dengan mereka semata-mata. Ia juga merangkumi semua orang yang mempunyai sifat-sifat yang sama dengan orang-orang yang dipuji atau dikeji Allah di dalam firmanNya yang diturunkan.
(g) Apabila sesuatu ayat atau sesuatu surah dikatakan turun dua kali atau beberapa kali,maka ia bererti ayat atau surah itu sesuai diterapkan pada beberapa peristiwa yang berbeda dan ada kaitan dengan kesemuanya.
Makna Sebab Nuzul (Turun) Ayat.
Sebab nuzul (turun ayat) ialah sesuatu peristiwa yang berlaku di zaman Nabi saw atau sesuatu soalan yang dikemukakan kepada beliau, lalu turun satu ayat atau beberapa ayat tertentu yang berbicara tentang kedudukan peristiwa berkenaan atau ia menjawab soalan yang dikemukakan. Peristiwa atau soalan yang membuatkan ayat -ayat tertentu diturunkan itulah yang dikatakan sebab nuzulnya. Ia secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar seperti berikut:
Sebab Turun AI-Qur'an Secara Keseluruhannya.
Kegelapan kekufuran, kesyirikan, kejahilan dan kesesatan yang mengelubungi bumi sebelum kedatangan Rasulullah sa.w. itulah sebenarnya sebab bagi penurunan al-quran secara keseluruhannya. Untuk menghilangkan kegelapan kekufuran dan kesyirikan , Allah menurunkan cahaya yang terang-benderang berupa al-Qur'an yang mulia. Allah berfirman:
An-Nisa' 4:174
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَكُم بُرْهَٰنٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا
Bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu (Muhamad dengan mu'jizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahayamyang terang-benderang (al-Quran)" (an-Nisaa:174)
Kewujudan syirik di muka bumi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat Tauhid.
Adanya kezaliman merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat tentang keadilan dan kesaksamaan.
Adanya sifat nifaq pada manusia merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat yang mencela sifat itu dan ayat-ayat lain sebagai ubatnya.
Terdapatnya kezaliman,kekejaman dan kerosakan yang berleluasa di bumi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat yang menuntut umat Islam berperang dan berjihad di jalan Allah. Ayat-ayat jihad dan perang tidak akan diturunkan sekiranya tidak ada kezaliman dan kekejaman di dunia ini. Jihad dan perang menurut Islam bukan dilancarkan untuk menumpah darah dan menjajah, malah maksud sebenarnya ialah untuk membebaskan kemanusiaan daripada cengkaman kezaliman, penindasan dan pemusnahan yang bermaharajalela di mana-mana.Adanya penyelewengan dan eksploitasi ekonomi dalam masyarakat merupakan sebab bagi turunnya ayat-ayat berhubung dengan perekonomian dan tatacara kewangan. Wujudnya kehidupan tidak bermoral, kebiadaban dan pelbagai kerosakan dalam masyarakat merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat tentang akhlaq yang mulia, sivik
dan adab-adab pergaulan yang luhur. Adanya kerajaan yang zalim dan pemerintahan kuku besi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat hukum dan ayat-ayat tentang keadilan. Jika tidak ada kegelapan, cahaya tentu tidak diperlukan. Rawatan dan ubat-ubatan tentu sekali tidak diperlukan jika tidak ada penyakit dan pesakit. Pembersihan dan penyucian baru diperlukan apabila ada kekotoran dan kecemaran. Memasang lampu diwaktu siang yang terang-benderang, menghulur ubat untuk dimakan atau diminum oleh orang yang sihat dan mengalirkan air di tempat yang memang sudah bersih adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Seorang manusia biasa yang cerdik pun tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti itu. Apatah lagi Tuhan yang Maha Bijaksana. Tuhan yang telah mencipta manusia dan alam semesta dengan teguh ini, jauh sekali untuk diterima ada melakukan sesuatu dengan sia-sia, tanpa sebab dan tanpa sebarang tujuan!
Sebab Turun Yang Khusus Peristiwa khusus yang menyebabkan turun sesuatu ayat itu mungkin berupa:
(1)Perbalahan atau perselisihan yang berlaku di kalangan orang ramai. Sebagai contohnya pernah berlaku perselisihan dan ketegangan di antara dua kumpulan orang-orang Anshaar iaitu Aus dan Khazraj, akibat hasutan orang-orang Yahudi. Maka Allah menurunkan ayat-ayat berikut;
Aal-e-Imran 3:100
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تُطِيعُوا۟ فَرِيقًا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ كَٰفِرِينَ
Aal-e-Imran 3:101
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُۥۗ وَمَن يَعْتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Aal-e-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Aal-e-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu ta'at akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu niscaya rnereka akan mengembalikanmu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (100)
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhamrnad saw)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayat ke jalan yang betul (lurus). (101).
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah ni"mat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh- musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan ni"mat Islam), maka menjadilah kamu dengan ni"mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu sernasa jahiliah),lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan ni'mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepadamu ayat-ayat keteranganNya. supaya kamu mendapat petunjuk.(103). (Aali' Imraan: 100-103)"
Tujuan ayat-ayat itu diturunkan ialah untuk mengingatkan umat Islam agar berwaspada terhadap hasutan dan fitnah yang ditimbulkan oleh Ahlil Kitab (Yahudi dan Nashara). Ia juga bertujuan mengancam mereka daripada perselisihan dan perpecahan, selain menggalakkan mereka supaya bersatu-padu dan bersaudara.
(2) Kesilapan teruk yang berlaku dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan seseorang. Lalu Allah menurunkan firmanNya untuk memperbetulkan kesilapan itu dengan menyatakan hukumnya. Keadaan seperti itu pernah berlaku kepada salah seorang sahabat yang tersasul dalam bacaan Surah al-Kaafirun ketika sedang bersembahyang kerana mabuk. Maka turunlah ayat berikut:
An-Nisa' 4:43
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) ketika kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan jangan juga ketika kamu dalam keadaan berjunub (berhadas besar) hingga kamu mandi bersuci, kecuali ketika kamu bermusafir. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh-sentuhan dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwudhu'), maka hendaklah kamu bertayamun
dengan tanah (debu) yang suci; sapukanlah ke mukamu dan kedua tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af, lagi Maha Pengampun" (an-Nisaa':43).
(3) Kehendak dan harapan seseorang terhadap sesuatu perkara.
Keadaan ini pernah berlaku beberapa kali kepada Saiyyidina Umar. Kehendak dan harapan beliaulah yang menjadi latar belakang kepada penurunan beberapa firman Allah di dalam al-Qur'an. Beliau sendiri diriwayatkan telah berkata, "Kehendakku telah menepati kehendak Tuhanku pada tiga perkara. Pernah aku berkata: "Wahai Rasulallah Alangkah baiknya kalau kita menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat (permulaan untuk) shalat. Maka turunlah ayat:
وَٱتَّخِذُوا۟ مِن مَّقَامِ إِبْرَٰهِۦمَ مُصَلًّىۖ
Bermaksud: Dan jadikanlah Maqam Ibrahim sebagai tempat (permulaan untuk) shalat. . (al-Baqarah: 125).
Al-Baqarah 2:125
وَإِذْ جَعَلْنَا ٱلْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْنًا وَٱتَّخِذُوا۟ مِن مَّقَامِ إِبْرَٰهِۦمَ مُصَلًّىۖ وَعَهِدْنَآ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلْعَٰكِفِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ
Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Ka’bah) tempat berkumpul dan tempat yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang iktikaf, orang yang rukuk dan orang yang sujud!”
Aku pernah berkata, "Wahai Rasulallah! Sesungguhnya isteri-isterimu didatangi orang baik dan orang jahat. Alangkah baiknya kalau engkau suruh mereka berhijab. Maka turunlah ayat hijab.
Kerana didorong perasaan cemburu, para isteri Rasulullah s.a"w" pernah berkumpul di hadapan Baginda s.a"w. Maka aku katakan kepada mereka:
عس ربه إن طلقكن أن يبدله أزواجا خيرا منكن
lalu firman Allah turun seperti yang aku telah katakan itu""
(Hadits riwayat Bukhari, Ahmad dan lain-lain).
٣٨٧ - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَافَقْتُ رَبِّي فِي ثَلَاثٍ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ اتَّخَذْنَا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى فَنَزَلَتْ { وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى } وَآيَةُ الْحِجَابِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ أَمَرْتَ نِسَاءَكَ أَنْ يَحْتَجِبْنَ فَإِنَّهُ يُكَلِّمُهُنَّ الْبَرُّ وَالْفَاجِرُ فَنَزَلَتْ آيَةُ الْحِجَابِ وَاجْتَمَعَ نِسَاءُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْغَيْرَةِ عَلَيْهِ فَقُلْتُ لَهُنَّ { عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبَدِّلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ } فَنَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدٌ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا بِهَذَا
387. Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin 'Aun berkata, telah menceritakan kepada kami Husyaim dari Humaid dari Anas bin Malik berkata, 'Umar bin Al Khaththab, "Aku memiliki pemikiran yang aku ingin jika itu dikabulkan oleh Rabbku dalam tiga persoalan. Maka aku sampaikan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, 'Wahai Rasulullah, seandainya Maqam Ibrahim kita jadikan sebagai tempat shalat? Lalu turunlah ayat: '(Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim sebagai tempat shalat) ' (Qs. Al Baqarah: 125). Yang kedua tentang hijab. Aku lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, seandainya Tuan perintahkan isteri-isteri Tuan untuk berhijab karena yang berkomunikasi dengan mereka ada orang yang shalih dan juga ada yang fajir (suka bermaksiat).' Maka turunlah ayat hijab. Dan yang ketiga, saat isteri-isteri beliau cemburu kepada beliau (sehingga banyak yang membangkang), aku katakan kepada mereka, 'Semoga bila Beliau menceraikan kalian Rabbnya akan menggantinya dengan isteri-isteri yang lebih baik dari kalian.' Maka turunlah ayat tentang masalah ini." Abu Abdullah berkata; telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Maryam berkata, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Ayyub berkata, telah menceritakan kepadaku Humaid ia berkata, Aku mendengar Anas seperti hadits ini."
(a) Salah faham yang telah berlaku kepada menghilangkan salah faham itu ayat-ayat contohnya ayat di bawah ini:
orang-orang atau golongan tertentu. Untuk berkaitan dengannya diturunkan. Sebagai contoh ayat dibawah ini:
Al-Baqarah 2:158
إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِۖ فَمَنْ حَجَّ ٱلْبَيْتَ أَوِ ٱعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَاۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah:158).
Ayat ini turun berkaitan dengan segolongan sahabat yang berasa berdosa kalau bersai antara Shafa dan Marwah. Ini kerana mereka menganggapnya sebagai amalan jahiliah.
Maka untuk menghilangkan salah faham mereka itulah Allah menurunkan ayat 158 di dalam Surah al-Baqarah tersebut.
Soalan-soalan yang dikemukakan kepada Nabi s.a.w. pula adakalanya berkaitan dengan peristiwa yang telah berlalu. Adakalanya berkaitan dengan peristiwa semasa dan
adakalanya berkaitan dengan peristiwa yang akan berlaku. Antara contoh soalan bagi peristiwa yang telah berlalu iaiah firman Allah:
Al-Kahf 18:83
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَن ذِى ٱلْقَرْنَيْنِۖ قُلْ سَأَتْلُوا۟ عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْرًا
Bermaksud: Dan mereka akan bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai ZulQarnain" Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. (al-Kahfi :83 ).
Antara contoh soalan bagi peristiwa semasa ialah firman Allah:
Al-Baqarah 2:215
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat' anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebaikan yang karnu buat, maka sesungguhnya Allah Maha
Mengetahuinya. (al-Baqarah: 215).
Dan antara contoh soalan bagi peristiwa yang akan berlaku pula ialah firman Allah swt berikut:
An-Nazi'at 79:42
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَىٰهَا
Bermaksud: Mereka (yang ingkar) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? (an-Naaziaat:42).
Faedah Mengetahui Sebab-Sebab Turun Ayat-Ayat Al-qur'an.
Kefahaman yang tepat dan lengkap tentang ayat-ayat tertentu di dalam al-qur'an sangat bergantung kepada pengetahuan tentang sebab-sebab turunnya. Oleh itu perlu sekali ia dikuasai. Silap teruk orang-orang yang menganggap pengetahuan tentang sebab-sebab turun ayat al-Qur'an itu tidak lebih daripada mengetahui sejarahnya semata-mata. Para 'ulama' telah menyebutkan banyak faedahnya mengetahui sebab-sebab turun ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu. Di bawah ini dikemukakan beberapa yang terpenting sahaja daripadanya:
(1) Dapat mengetahui maksud sebenar bagi ayat-ayat berkenaan.
Kata al-Waahidi,"Tafsiran sebenar sesetengah ayat al-Qur'an tidak mungkin diketahui tanpa terlebih dahulu mengetahui kisah atau sebab kenapa ia diturunkan."
Ibnu Daqiqil Iid berkata,"Pengetahuan tentang sebab turun ayat merupakan saluran yang kuat untuk memahami ma"na al-Qur'an."
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata "Pengetahuan tentang sebab turun sesuatu ayat membantu anda memahaminya. Ini kerana pengetahuan tentang sebab sesuatu akan membawa kepada pengetahuan tentang musabbabnya."
As-suyuthi di dalam Lubaab an-Nuqulnya pula berkata, Makna sekian banyak ayat-ayat al-qur,an pernah tidak dapat difahami dengan pasti oleh sekumpulan "ulama' salaf. Setelah mereka mengetahui sebab-sebab turunnya, barulah hilang segala kekeliruan mereka.
Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh yang membenarkan kata-kata para 'ulama, yang dinukilkan tadi tentang betapa pentingnya mengetahui sebab-sebab turun ayat dan betapa ia dapat membantu anda unfuk memahami maksud sebenarnya.
(a) Lihat firman Allah herikut:
Al-An'am 6:145
قُل لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُۥٓ إِلَّآ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُۥ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah" Kemudian sesiapa yang terpaksa(memakannya kerana dharurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-An'aam:145)"
Ayat ini secara zahimya menghadkan benda-henda yang haram dimakan kepada apa-apa yang tersebut di dalamnya sahaja. Sedangkan jika diteliti kepada sebab turunnya, maka bukan begitu seharusnya ia difahami. Itulah sebabnya Imam as-Syafi'e berkata, "Oleh kerana orang-orang kafir mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan menghalalkan yang diharamkanNya dan sudah menjadi tabi'at mereka pula melawan dan menyalahi segala hukum Allah, maka ayat ini diturunkan sernata-mata untuk
membatalkan hukum dan sikap mereka yang salah itu. Allah seolah-olahnya berfirman,
"Apa yang kamu haramkan itulah yang halal dan apa yang kamu halalkan itulah sebenarnya yang haram." Keadaan firman Allah ini sama seperti apabila dikatakan
kepada seseorang misalnya, "Hari ini jangan sama sekali engkau makan makanan-makanan yang manis." Lalu jawabnya, "Hari ini saya hanya akan makan makanan
manis." Maksud jawapannya itu tidak lebih daripada membantah dan melawan sahaja.
Demikian juga firman Allah tadi, ia tidak bermaksud menyatakan apa yang tidak boleh dan apa yang boleh dimakan sebenarnya. Maksud sebenarnya ialah menyatakan yang haram itu tidak lain melainkan apa yang kamu telah halalkan. Ia berupa bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Ayat itu diturunkan bukan dengan maksud menyatakan selain benda-benda yang tersebut tadi
haial semuanya. Maksud sebenarnya ialah menyatakan haramnya benda-benda yang tersebut itu, bukan halalnya segala benda yang lain selain yang disebutkan itu.
Imamul Haramain berkata, "Pandangan yang diutarakan oleh as-Syafi'e ifu sangat indah. Kalau tidak ada pandangan beliau, niscaya kita menganggap tidak harus menyalahi pandangan Imam Malik tentang terhadnya apa yang diharamkan pada apa yang tersebut di dalam ayat berkenaan" (lihat al-Burhaan j.1 m/s 23 dan al-Itqaan j.1 m/s 39).
(b) Lihat pula firman Allah ini:
Al-Baqarah 2:104
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقُولُوا۟ رَٰعِنَا وَقُولُوا۟ ٱنظُرْنَا وَٱسْمَعُوا۟ۗ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): "Raa'ina", tetapi katakanlah: "Unzhurna", dan dengarlah (baik-baik apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.). Dan bagi orang-orang yang kafir siksaan yang pedih. (al-Baqarah: 104).
Selagi anda tidak mengetahui sebab turun ayat ini, anda tidak akan memahami kenapa Allah melarang orang-orang yang beriman daripada berkata "Raa'ina" kpd Rasulultrah
s.a.w. Mereka sebaliknya disuruh berkata "Unzhuma" kpd baginda. Padahal kedua-dua perkataan ifu lebih kurang sama saja ma'nanya. "Raa'ina" bererti ra"ikanlah kami, berilah perhatian kpd kami" Unzhurna" juga memberi erti yang lebih kurang sama dengannya.
Perkataan "Raa'ina" malah lebih mengandungi unsur beradab dengan nabi s.a.w. Tetapi kenapa Allah melarang mereka menggunanya?
Setelah mengetahui riwayat Ibnu 'Abbaas baru anda akan faham sebab larangan itu. Kata beliau, "Para sahabat berkata "Raa'ina" kepada Rasulullah apabila mereka hendak memahami dengan lebih mendalam apa-apa yang telah diucapkan oleh baginda. Begitulah kebiasaan mereka di suatu ketika dahulu. Kebetulan perkataan itu menurut
bahasa orang-orang Yahudi memberi erti tidak baik" . Ia merupakan perkataan makian dan sumpah seranah di sisi mereka. Maka mereka mengambil kesempatan menggunakannya untuk nabi s.a.w. Pada zahirnya ia menunjukkan mereka beradab sopan dengan baginda,
tetapi yang rnereka maksudkan sebenarnya ialah dengan ma"na di dalarn bahasa merekayang bererti bodoh, dungu atau penggembala kita. Kata mereka dahulu kita hanya
Mampu menyeranahnya di belakang secara senyap-senyap sahaja, sekarang kita dapat memaki dan menyeranahnya secara terbuka di hadapannya sendiri tanpa disedarinya.
Demikianlah Allah mendedahkan kejahatan dan kebusukan hati orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w. Maka untuk mengelak daripada Rasulullah dijadikan sebagai
bahan ejekan dan dihina mereka secara berhadapan Allah melarang terus orang-orang yang beriman menggunakan perkataan itu. Mereka disaran agar menggunakan perkataan lain sebagai gantinya" Allah bahkan berpesan melalui firmanNya (واسمعوا) agar para sahabat mendengar dengan baik dan teliti apa-apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga tidak perlu lagi mereka berkata 'Raa'ina' atau "Unzhurna" atau lain-lain perkataan yang sama ma"na dengannya untuk Rasulullah s.a.w mengulangi kembali yang telah diucapkan. Itulah sebenarnya latar belakang yang menyebabkan ayat 104
Baqarah diturunkan.
(c) Lihat pula seterusnya firman Allah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:115
وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Bermaksud: Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi
Maha Mengetahui" (al-Baqarah: 115).
Tanpa melihat kpd sebab turun ayat ini, seseorang yang membacanya mungkin sekali akan menyimpulkan bahawa menghadap qiblat adalah sesuatu yang tidak diperlukan
untuk bersembahyang. Ia boleh saja menghadap ke arah mana yang dikehendakinya,asalkan ia berniat menghadap Allah. Kerana Allah ada di setiap arah yang dihadapinya.
Sedangkan di dalam ayat yang lain (Lihat sebagai contohnya ayat 144 Surah al-Baqarah).
Allah memerintahkan hamba-hambaNya, biar di mana pun mereka berada agar menghadap ke arah Masjidil Haram sebagai qiblat apabila bersembahyang. Sekali pandang dua ayat yang dikemukakan itu kelihatan bertentangan dan anda akan berada dalam kesukaran untuk memilih mana satu daripada keduanya yang harus dijadikan panduan. Tetapi jika anda mengetahui sebab turun ayat 115 yang dikemukakan itu, anda akan mendapati tidak ada sebarang pertentangan di antara keduanya. Kedua-duanya harus digunakan untuk keadaan yang berbeza sebenarnya. 'Abdullah bin' Umar r.a. meriwayatkan, "Ketika dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah nabi s.a.w. sering
bersembahyang dalam keadaan berkenderaan tanpa mempedulikan sama ada baginda menghadap ke arah Ka"bah (qiblat) atau pun tidak. Kata beliau, "Berhubung dengannyalah turun ayat ini: فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ (maka ke mana pun kamu menghadap disitulah wajah Allah).
(Hadits riwayat Muslim).
Hadits ini menunjukkan sebab turun ayat 115 di dalam Surah al-Baqarah itu berkaitan dengan sembahyang sunat di atas kenderaan ketika dalam perjalanan (musafir) sahaja. Ia boleh terus dikerjakan sama ada dalam keadaan seseorang itu menghadap qiblat atau pun tidak. Hukum ini tidak umum untuk semua keadaan.
Abdullah bin 'Abbaas pula berkata ketika menerangkan sebab turun ayat yang sama begini: "Bila qiblat orang-orang Islam dialihkan dari Baitulmaqdis ke Ka'bah, maka orang- orang Yahudi mengkritik dengan mengatakan: "Apakah sebab perubahan ini?'. Maka turunlah ayat 115 yang mana kesimpulan maksudnya ialah "Semua pihak atau arah itu dibuat oleh Allah dan Allah ada di pihak mana sekali pun" Oleh itu jika Dia memerintahkan seseorang mengarahkan manusia agar menghadap ke pihak mana sekalipun, baik ke timur atau ke barat ketika bersembahyang, menjadi wajiblah kepadanya menurut perintah itu.
Walaupun terdapat beberapa riwayat tentang sebab turun
kitab Tafsir, namun riwayat Ibnu Umar di atas adalah paling sahih berhubung dengan sebab turunnya.
(d) Akhir sekali lihatlah firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:
Al-Ma'idah 5:93
لَيْسَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوٓا۟ إِذَا مَا ٱتَّقَوا۟ وَّءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ ثُمَّ ٱتَّقَوا۟ وَّءَامَنُوا۟ ثُمَّ ٱتَّقَوا۟ وَّأَحْسَنُوا۟ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِين
Bermaksud: Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang saleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang saleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Maaidah: 93).
Dengan melihat kepada zahir ayat ini mungkin boleh dikatakan bahawa tidak ada apa pun yang haram dimakan atau diminum oleh orang Islam asalkan dia beriman, takut kepada Tuhan dan mengerjakan amal saleh. Dia boleh memakan apa saja yang dikehendakinya.
Oleh kerana ayat itu disebut selepas pengharaman arak, mungkin ada orang yang menyimpulkan bahawa ayat ini membenarkan orang yang beriman dan beramal saleh meminun arak".
Apa yang penulis sebutkan ini bukan andaian dan kemungkinan semata-rnata, bahkan telah ada di kalangan sahabat sendiri yang terkeliru apabila membaca ayat ini. Mereka menjadikan ayat ini sebagai dalil apabila menyatakan pendapat bahawa "Peminum arak juga pada masa lalu jika seorang yang baik, tidaklah dikenakan hukuman had keatasnya". Setelah lbnu 'Abbaas menyatakan sebab nuzul ayat ini kepada mereka, barulah hilang kekeliruan mereka.
Sebenarnya latar belakang ayat ini ialah apabila telah turun ayat yang mengharamkan arak dan judi maka sebahagian sahabat bertanya, "Bagaimana keadaan sahabat yang telah
meninggal dunia sebelum turunnya hukum haramnya arak dan judi itu, sedangkan ia minum arak dan berjudi sepanjang hayatnya?" Maka turun ayat ini yang bermaksud:
"Mana-mana orang mu'min yang minum arak atau makan harta hasil perjudian sebelum turunnya ayat tentang haram kedua-duanya, tidakkah dia berdosa dan akan disiksa
dengan syarat dia adalah seorang mu'min dan patuh dengan hukum Allah s.w.t. pada masa lalu.
Cara-Cara Mengetahui Sebab-Sebab Nuzul (Turun) Ayat.
Para "ulama' mengatakan, tidak ada jalan untuk mengetahui sebab-sebab turun ayat melainkan melalui nukilan riwayat yang sahih. Tidak harus seseorang memperkatakannya
melainkan ia mengetahui tentangnya melalui riwayat- riwayat yang boleh dipercayai.
Kata al-Waahidi, "Tidak halal berbicara tentang sebab-sebab turun ayat-ayat al-Qur'an melainkan berdasarkan riwayat dan apa yang didengari daripada orang-orang yang
menyaksikan penurunannya secara langsung dan mereka sememangnya rnengetahui tentang sebab-sebabnya. (Lihat Asbabu an-Nuzul m/s 8).
Perlulah diketahui bahawa perawi adakalanya menyebutkan dengan jelas, ayat ini turun dengan sebab peristiwa sekian-sekian. Adakalanya perawi berkata ayat ini turun
berhubung dengann sekian-sekian perkara. Apabila sebab nuzul diriwayatkan dengan terang daripada seseorang sahabat, maka ia dikira seperti riwayat marfu dan musnad menurut jumhur MuIuhadditsin. Ada pun apabila ia berkata نزلت في كذا (ia turun berhubung /berkaitan dengan sekian-sekian), maka para 'ulama' berbeda pendapat tentangnya. Imam Bukhari menganggapnya termasuk dalam riwayat musnad. Sementara orang-orang lain tidak memasukkannya dalam riwayat musnad yang marfu'. Sebabnya ialah kata-kata seperti ini berkemungkinan menyatakan sebab. Ia juga berkemungkinan termasuk dalam bab beristidlal dengan ayat (tertentu).Kerana sudah kebiasaan mereka mengatakan begitu untuk menyatakan hukum-hukum yang boleh termasuk di bawah ayat-ayat berkenaan.
Al-Imam Ibnu Taimiyyah di dalam Muqaddimah Tafsirnya berkata: "Kata mereka نزلت هذا الآية في كذا(ayat ini turun berhubung / berkaitan dengan sekian-sekian), kadang-kadang dimaksudkan dengannya sebab turun ayat itu. Kadang-kadang pula dimaksudkan bahawa perkara tertentu juga termasuk dalam kehendak ayat, walaupun ia sebenarnya bukanlah merupakan sebab turunnya. Para 'ulama' berbeda pendapat tentang kata-kata sahabat,نزلت في كذا(ia turun berhubung / berkaitan dengan sekian-sekian) ; adakah ia dikira sebagai riwayat musnad sebagaimana kalau ia menyebutkan sebab sebenarnya atau ia dikira sebagai tafsiran semata-mata, bukan sebagai musnad? Imam Bukhari menganggapnya termasuk dalam riwayat musnad. Sementara orang-orang lain tidak memasukkannya dalam riwayat musnad. Kebanyakan kitab-kitab musnad seperti Musnad Ahmad dan lain-
lain mengikut qaedah kedua. Keadaan berbeza jika seseorang sahabat menyebutkan sebab sebenar bagi turunnya ayat berkenaan. Semua 'ulama' bersepakat tentang cerita sahabat yang seperti itu dikira sebagai musnad. (Lihat fataawa Ibni Taimiyyah j.13 m/s 339-340).
Al-Imam az-Zarkasyi pula berkata: "Sudah menjadi adat para sahabat dan at-Tabi'in,apabila seseorang daripada mereka berkata,نزلت هذا الآية في كذا(ayat ini turun berhubung/berkaitan dengan sekian-sekian), maka ertinya ialah ayat berkenaan juga mengandungi atau menunjukkan hukum yang disebut mereka. Ia tidak bererti perkara yang disebut mereka itu merupakan sebab bagi turunnya ayat berkenaan. Sekumpulan muhadditsin menganggap kata-kata seperti itu sebagai riwayat marfu' dan musnad. Tetapi Imam Ahmad tidak menganggapnya musnad.
Demikian juga Imam Muslim dan lain-lain.Mereka menganggap kata-kata sahabat dan Tabi'in yang seperti itu tidak lebih daripada ta'wilan dan tafsiran mereka sahaja. Ia bagi mereka termasuk dalam bab beristidlal untuk sesuatu hukum dengan ayat al-Qur'an. Ia tidak termasuk dalam bab nukilan tentang apa yang telah berlaku. (Lihat al-Burhan j 1 m/s 32).
Cara-Cara Berinteraksi Dengan Beberapa Sebab Turun Ayat.
Para 'ulama' Tafsir seringkali menyebutkan beberapa sebab bagi turunnya sesuatu ayat.
Dalam keadaan ini para pembaca akan mengalami sedikit kesukaran dan kesulitan untuk menentukan mana satu daripadanya sebagai sebab sebenar. Keadaan ini tidak sepatutnya dianggap sebagai suatu pertentangan yang menimbulkan kemusykilan. Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar Tafsir ialah mengetahui bentuk- bentuknya dan kemudian mengetahui pula cara-cara berinteraksi dengannya.
Di bawah ini dikemukakan beberapa bentuk sebab turun sesuatu ayat:
Bentuk Pertama: Apabila seseorang perawi berkata, نزلت في كذا (ayat ini turun berkenaan dengan sekian), dan perawi lain juga menggunakan ungkapan yang sama ( نزلت في كذا ),cuma masing-masing daripada mereka menyebutkan perkara yang berbeza. Dalam keadaan ini, tidak ada pertentangan sebenarnya, kerana ia adalah suatu istilah yang digunakan oleh Salaf untuk menyatakan apa yang tersebut di dalam riwayatnya tepat juga dengan ayat berkenaan. Maksud ayat berkenaan begitu luas sehingga ia boleh merangkumi kedua-dua perkara atau mungkin lebih lagi daripada dua perkara yang tersebut di dalam riwayat-riwayat. Ungkapan itu tidak semestinya bererti apa yang tersebut di dalam riwayat yang dikemukakan oleh seseorang adalah sebab sebenar bagi turunnya ayat. Firman Allah di dalam Surah al-A'raaf ini adalah sebaik-baik contohnya:
Al-A'raf 7:204
وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Bermaksud: Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (al-A'raaf:204).
Di dalam Tafsir at-Thabari tersebut beberapa riwayat daripada sahabat dan Tabi'in yang mengatakan ayat ini turun berkenaan dengan shalat, di mana para ma'mum diperintahkan agar diam dan mendengar betul-betul apa yang dibaca oleh imam. Sementara di dalam beberapa riwayat yang lain pula, juga daripada sahabat dan Tabi'in, tersebut ia berkenaan dengan khutbah Juma'at dan khutbah dua hari raya. Ketika mendengar khatib berkhutbah yang tentunya ada mengandungi ayat-ayat al-Qur'an orang ramai diperintahkan agar diam dan mendengarnya dengan tenang. Tidak dinafikan ada sebahagian daripada
riwayat yang dikemukakan oleh at-Thabari itu dha'if sanadnya, tetapi bukan semuanya dha"if. Orang-orang yang tidak mengerti istilah yang diguna oleh Salaf baik dari kalangan sahabat atau Tabi'in, tentu sekali kebingungan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, mana satu daripadanya yang harus diterima sebagai sebab nuzul sebenar bagi ayat itu? Kalau kesemuanya benar, maka apakah jalan yang harus ditempuh untuk mengaplikasikannya?
Orang-orang yang mengetahui istilah Salaf berhubung dengan perkara ini pula akan menghadapinya dengan tenang saja, kerana ia sedar bahawa semua yang tersebut didalam riwayat-riwayat itu merupakan 'Mashadaqaat" atau perkara-perkara yang boleh termasuk di bawah mafhum ayat 204 Surah al-A"raf itu, dengan erti ia juga bertepatan dengan kehendaknya. Meskipun ia bukan merupakan sebab asal bagi turunnya ayat tersebut. Mafhumnya bahkan boleh juga merangkumi orang-orang tidak sedang bersembahyang atau mendengar khutbah Juma'at dan khutbah dua hari raya" Orang-orang yang tidak berada dalam keadaan itu juga tentunya boleh mendapat rahmat jika diam dan mendengar dengan baik apabila al-Qur'an dibacakan.
Adapun sebab sebenar bagi turunnya ayat 204 Surah al-A'raf itu, maka dengan mudah saja dapat dikesan apabila anda merenugi siyaq dan sibaqnya. Ayat 203 sebelumnya itulah sebenarnya sebab turun bagi ayat 204. Anda dapat mengesannya tanpa keluar daripada al-Qur'an dan tanpa memerlukan riwayat-riwayat berupa hadits atau atsar. Apa yang tersebut di dalam hadits dan atsar, maka itu tidak lebih daripada penjelasan tambahan tentang perkara-perkara yang boleh juga termasuk di bawah mafhum ayat berkenaan. Perhatikan ayat 203 yang merupakan sebab sebenar bagi turunnya ayat 204
selepasnya. Allah berfirman:
Al-A'raf 7:203
وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِم بِـَٔايَةٍ قَالُوا۟ لَوْلَا ٱجْتَبَيْتَهَاۚ قُلْ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّىۚ هَٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Dan apabila kamu tidak membawa suatu mu'jizat kepada mereka, mereka berkata: Mengapa tidak kamu memilih mu"jizat itu?" Katakanlah: Sesungguhnya aku hanya mengikut apa yang diwahyukan dari Tuhanku kepadaku. Al-Quran ini adalah bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman." (al-A' raaf:203).
Ayat 203 ini menyatakan soalan orang-orang kafir Mekah yang penuh dengan ejekan dan kedegilan. Mereka memerli Nabi s.a"w. dengan berkata, "Bukankah engkau menda'wa
dirimu sebagai seorang nabi dan utusan Allah? Kalau engkau benar-benar nabi dan utusan Allah, tentu engkau dapat mengemukakan mu'jizat yang kami minta supaya
ditunjukkan. Tentu engkau dapat memilih mana-mana satu daripadanya! Tetapi jelas engkau tidak dapat mengemukakan setiap mu'jizat yang kami minta. Sebagai membalas soalan mereka yang penuh dengan ejekan dan cemuhan itu Allah menyuruh NabiNya Muhammad s.a.w. berkata, al-Qur'an itulah mu'jizat yang terbesar bagimu. Ia
mengemukakan bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu, ia juga merupakan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Jika kamu hendak mendapat manfa'at daripada bukti-bukti yang terkandung di dalamnya dan hendak mendapat petunjuk dan rahmat daripadanya, maka kamu hendaklah dengar baik-baik dan diam apabila ia dibacakan dihadapanmu, jangan pula kamu tidak mahu mendengar, sebaliknya membuat bising"
Apa yang terkandung di dalam ayat ke-203 itulah sebab sebenar bagi ayat ke-204 Surah al-A'raaf.
Bentuk Kedua: Apabila seseorang perawi dari kalangan sahabat atau Tabi'in menyebutkan sesuatu perkara sebagai sebab yang jelas bagi turunnya sesuatu ayat,sedangkan ada pula perawi yang menyebutkan perkara lain sebagai sebabnya dengan ungkapan نزلت الآية في كذا (ayat ini turun berkenaan dengan sekian-sekian) atau أنزلت الآية في كذا(ayat ini diturunkan berkenaan dengan sekian-sekian), maka yang yang harus dipegang dan diambil kira sebagai sebab sebenarnya ialah riwayat perawi yang pertama" Riwayat kedua haruslah diterima sebagai kesimpulan yang dibuat perawi daripada ayat berkenaan sahaja atau ia hanya merupakan apa yang difahami perawi sebagai perkara yang juga termasuk di bawah ayat berkenaan sahaja.
Contohnya ialah riwayat Ibnu Umar, kata beliau, "Firman Allah (نسائكم حرث لكم) diturunkan berkenaan dengan menyetubuhi isteri-isteri pada dubur-dubur mereka" (Atsar riwayat Bukhari). Sedangkan riwayat Jaabir menyebutkan dengan terang bahawa orang-orang Yahudi berkata, "Anak hasil persetubuhan pada qubul isteri melalui duburnya akanmenjadi juling." Maka Allah menurunkan firmanNya:
( نسائكم حرث لكم)
(Hadits riwayatBukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Daarimi dan lain-lain.
Yang harus diterima sebagai sebab sebenar bagi ayat itu ialah apa yang terkandung didalam riwayat Jabir. Apa yang tersebut di dalam atsar Ibnu Umar itu pula haruslah
diterima sebagai kesimpulan yang difahaminya daripada ayat berkenaan sahaja.
Bentuk Ketiga: Beberapa orang perawi menyebutkan sebab nuzul bagi sesuatu ayat atau ayat-ayat tertentu, tetapi masing-masing mereka menyebutkan sebab yang berbeza. Isnad salah satu daripadanya sahih, sedang yang lain tidak sahih, maka yang harus diterima ialah riwayat yang sahih.
Contohnya ialah satu riwayat yang dinukilkan daripada Jundabbin Sufyan, kata beliau: "Nabi s.a.w. jatuh sakit. Beliau s.a.w. tidak dapat bangun (beribadat) selama satu atau dua malam. Tiba-tiba datang seorang wanita, lantas dia berkata, "Wahai Muhammad! Aku rasa Syaitanmu memang telah meninggalkanmu. Maka Allah s.w.t. menurunkan firmanNya:
Ad-Dhuhaa 93:1
وَٱلضُّحَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:2
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
Bermaksud: Demi waktu matahari sepenggalahan naik (1) dan demi malam apabila telah sunyi (gelap) (2)
Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci kepadamu (3)(ad-Dhuha:1-3).
(Atsar riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Di sana terdapat satu lagi riwayat yang menyebut tentang sebab nuzul ayat-ayat itu. At-Thabaraani, Abu Nu"aim dan Ibnu Abi 'Aashim menukilkan satu riwayat daripada Hafsh
bin Sa'id al-Qurasyi, katanya: ibuku menceritakan kepadaku daripada ibunya, ibunyapernah berkhidmat kepada Nabi s.a"w., katanya: "seekor anak anjing masuk ke dalam
rumah Nabi s.a.w. Ia kemudiannya mati di bawah katil. Selama empat hari Nabi s.a.w berada dalam keadaan tidak menerima apa-apa wahyu. Maka Beliau s.a.w. bersabda,
"Wahai Khaulah! Apakah yang berlaku di dalam rumah Rasulullah (s.a.w.)? Jibril tidak datang kepadaku"" Jawabnya, "Wahai Rasulallah, tidak ada hari sebaik hari ini." tr-alu beliau s.a.w. memakai selimut dan keluar dari rumah. Aku terus terfikir untuk menyapu dan membersihkan rumah. Apabila aku menghulurkan penyapu ke bawah katil, tiba-tiba aku berasa semacam ada sesuatu benda berat. Aku pun mengheretnya keluar, rupa-rupanya
ia seekor anak anjing yang mati di bawah katil. Aku membuangnya di belakang rumah. Apabila Nabi s.a.w. datang, terus janggut beliau rnenggeletar. Beliau s.a.w. biasanya akan menggeletar bila mendapat wahyu. Pada ketika itu Allah menurunkan firmanNya:
Ad-Dhuhaa 93:1
وَٱلضُّحَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:2
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Hadits riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jam al-Kabir j.24 m/s 249, Abu Nu'airn di dalam Ma'rifatu as-Sahabah, j.23 m/s 97,?Ibnu Abi 'Aashim - al-Aahaad Wa al-Matsaani
j.6 m/s 211).
Di dalam sanad hadits ini terdapat perawi majhul iaitu ibu Hafsh bin Sa'id al-Qurasyi.Kata al-Haitsami,Di dalam sanadnya ada orang yang aku tak kenal." Selain itu ia juga
bercanggah dengan hadits sahih. Kata Hafiz lbnu Hajar, "Ia terdapat di dalam at-Thabaraani dengan isnad daripada perawi yang tidak dikenali (majhul), bahawa sebab
nuzulnya ialah adanya anak anjing di bawah katil beliau tanpa disedari beliau. Kerana itulah Jibril tidak datang selama beberapa hari. Kisah lambat datangnya Jibril kepadaNabi s.a.w" kerana adanya anak anjing (yang mati) di bawah katil Nabi s.a.w. adalah suatu kisah yang masyhur, tetapi ia yang menjadi sebab kepada turunnya ayat-ayat itu (3 ayat di permulaan Surah ad-Dhuha) adalah ganjil (غريب, bahkan ia syadz dan tertolak dengan hadits sahih (yang tersebut tadi). (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 710)"
Bentuk Keempat: Dalam keadaan kedua-dua hadits yang menyatakan sebab turun sesuatu ayat sama-sama sahih, perlulah dicari sebab yang mentarjihkan salah satu
daripada dua sebab tersebut dari luar, seperti
(a) Mempastikan salah satu daripada dua riwayat itu lebih sahih daripada yang satu lagi.
(b) Perawi salah satu daripada dua riwayat berkenaan terlibat secara langsung dalam peristiwa yang dikatakan sebagai sebab turun ayat.
(c) Atau lain-lain sebab dan alasan yang boleh mentarjihkan salah satu daripada dua riwayat. Contohnya ialah hadits yang dikemukakan oleh Ibnu Mas'ud, kata beliau:
"Pernah aku berjalan bersama Nabi s.a.w. di Madinah. Baginda bertongkat dengan pelepah kurma (yang tidak berdaun). Ketika kami lalu di hadapan sekumpulan orang-
orang Yahudi, sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Bagus juga kalau kamu bertanya dia (tentang sesuatu perkara yang agak sulit dan mencabarnya ). Lalu mereka bertanya (Nabi s.a.w.) "Ceritakanlah kepada kami tentang roh." Nabi s.a.w.
berdiri sejenak sambil mendongakkan kepalanya. Maka fahamlah aku bahawa Baginda sedang mendapat wahyu. Setelah selesai menerima wahyu Baginda membacakan:
Al-Isra' 17:85
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit(al-Israa':85). (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad).
Di sana terdapat satu lagi riwayat berhubung dengan ayat yang sama. Ia dinukilkan daripada Ibnu "Abbaas, kata beliau: "Orang-orang Quraisy berkata kepada orang-orang Yahudi, "Berilah kepada kami sesuatu yang dapat kami tanya orang ini (Nabi Muhammad s.a.w.)." Kata orang-orang Yahudi, "Tanyalah dia tentang roh." Orang-orang Quraisy pun bertanyalah Nabi s.a.w. tentangnya. Lalu Allah menumnkan firmanNya:
Al-Isra' 17:85
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
(al-Israa':85). (Hadits riwayat Tirmidzi dan Ahmad).
Hadits Ibnu "Abbaas ini berbeza daripada hadits Ibnu Mas'ud tadi. Riwayat Ibnu Mas'ud dianggap lebih rajih (kuat) kerana dua alasan.
(i) Ia lebih sahih daripada riwayat Ibnu "Abbaas, kerana ia terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
(ii) Ibnu Mas'ud yang meriwayatkan hadits itu terlibat secara langsung dalam peristiwa yang diriwayatkannya.
Bentuk Kelima: Bentuk kelima ialah kedua-dua hadits sama daripada segi kesahihan, dan tiada pula apa-apa sebab yang mentarjihkan salah satu daripadanya. Tetapi kedua-duanya boleh dijama' dengan dikatakan tiap-tiap satu riwayat merupakan sebab bagi turunnya ayat tertentu secara berasingan. Ini kerana sebab bagi turunnya ayat boleh jadi berbilang (tidak satu saja). Kata Imam Ibnu Taimiyyah, "Apabila seseorang daripada mereka (sahabat atau Tabi'in) menyebutkan sesuatu perkara sebagai sebab turun ayat dan orang lain pula menyebutkan sebab yang lain bagi ayat yang sama, maka kedua-duanya boleh jadi benar sebagai sebab turunnya, mengambil kira ayat berkenaan turun selepas berlakunya beberapa sebab yang disebutkan (di dalam riwayat-riwayat yang berbeza-beza
itu). (Lihat Ibnu Taimiyyah - al-Fatawa al-Kubra j. t 3 m/s 340).
Antara contoh yang dapat dikemukakan untuk bentuk kelima ini ialah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ibnu Majah dan lain-lain daripada Ibnu 'Abbaas bahawa Hilal bin Umaiyyah telah menuduh isterinya bermukah (berzina) dengan Syarik bin Sahmaa' di hadapan Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Sama ada engkau kemukakan bukti atau belakangmu dipukul kerana menjalani hukuman had". Kata Hilal, "Wahai Rasulallah! Apabila seseorang daripada kami melihat seorang lelaki bersama isterinya, apakah dia harus pergi mencari bukti?" Maka Allah s.w.t. menurunkan firmannya kepada Nabi s.a.w
وَٱلَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَٰجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمْ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمْ
Hingga kepada firmanNya:
وَٱلْخَٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيْهَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
(an-Nur:6-9). (Hadits riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, ad-Daaraquthni, al-Haakim dan lain-
iain).
An-Nur 24:6
وَٱلَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَٰجَهُمْ وَلَمْ يَكُن لَّهُمْ شُهَدَآءُ إِلَّآ أَنفُسُهُمْ فَشَهَٰدَةُ أَحَدِهِمْ أَرْبَعُ شَهَٰدَٰتٍۭ بِٱللَّهِۙ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
Dan orang-orang yang menuduh istrinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian masing-masing orang itu ialah empat kali bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya dia termasuk orang yang berkata benar.
An-Nur 24:7
وَٱلْخَٰمِسَةُ أَنَّ لَعْنَتَ ٱللَّهِ عَلَيْهِ إِن كَانَ مِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ
Dan (sumpah) yang kelima bahwa laknat Allah akan menimpanya, jika dia termasuk orang yang berdusta.
An-Nur 24:8
وَيَدْرَؤُا۟ عَنْهَا ٱلْعَذَابَ أَن تَشْهَدَ أَرْبَعَ شَهَٰدَٰتٍۭ بِٱللَّهِۙ إِنَّهُۥ لَمِنَ ٱلْكَٰذِبِينَ
Dan istri itu terhindar dari hukuman apabila dia bersumpah empat kali atas (nama) Allah bahwa dia (suaminya) benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta,
An-Nur 24:9
وَٱلْخَٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيْهَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّٰدِقِينَ
dan (sumpah) yang kelima bahwa kemurkaan Allah akan menimpanya (istri), jika dia (suaminya) itu termasuk orang yang berkata benar.
Di dalam riwayat Sahl bin Sa'ad terdapat satu riwayat lain tentang sebab turun ayat 6-9 Surah an-Nur itu" Katanya, Uwaimir datang kepada 'Aashim bin 'Adi, katanya, tolong tanya Rasulullah s.a.w., "Apa katamu tentang seorang laki-laki yang mendapati bersama isterinya ada laki-laki lain, apakah patut ia membunuhnya, nanti kamu membunuhnya pula, atau apa harus dia lakukan?" Maka "Aashim bertanya Rasulullah s.a.w" Rasulullah s.a.w. pula mencelanya yang bertanya. 'Aashim memberitahu 'Uwaimir tentang apa yang berlaku. Lantas 'Uwaimir berkata "Aku akan terus bertanya Rasulullah s.a.w." Lalu dia pergi rnenemui Baginda dan bertanya lagi. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w" bersabda,
"Sesungguhnya al-Qur'an telah diturunkan tentangmu dan tentang isterimu." Bacalah hadits seterusnya. (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmidzi, Ibnu
Majah, Daarimi dan Malik).
Kedua-dua hadits yang dikemukakan tadi sama taraf kesahihannya dan tidak ada apa-apa yang mentarjihkan (melebihkan) satu daripada yang lain. Kerananya kedua-dua hadits itu harus dipakai sebagai sebab-sebab bagi turunnya ayat 6-9 daripada Surah an-Nur. Demikianlah kata an-Nawawi, Khatib al-Baghdadi, Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani dan lain-lain'ulama'. Di dalam Syarah Sahih Muslim an-Nawawi berkata, "Boleh jadi ayat-ayat berkenaan turun tentang kedua-dua mereka. Boleh jadi juga mereka berdua bertanya Nabi dalam masa yang hampir, lalu ayat-ayat berkenaan turun berhubung dengan mereka kedua-dua sekali. (Lihat Syarah Muslim j.1 m/s 488).
Hafiz Ibnu Hajar berkata "Para imam berbeda pendapat tentang perkara ini. Ada yang mentarjihkan ayat-ayat tersebut turun berkenaan dengan 'Uwaimir. Ada yang mentarjihkan ia turun berkenaan dengan Hilal. Dan ada pula yang menjama'kan peristiwa kedua-dua mereka, dengan mengatakan peristiwa Hilal berlaku terlebih dahulu, kemudian baru peristiwa 'Uwaimir lalu ayat-ayat tersebut turun berkenaan dengan kedua-dua mereka - hingga beliau berkata - tidak ada halangan untuk adanya beberapa sebab bagi turun ayat-ayat tertentu. (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 450)"
Bentuk Keenam: Bentuk keenam ialah keadaan di mana beberapa peristiwa tidak mungkin dijama' sebagai sebab nuzul bagi ayat tertentu. Ini kerana jauhnya zaman masing-masing daripada peristiwa-peristiwa itu berlaku. Riwayat-riwayat yang mengemukakannya pula lebih kurang sama taraf kesahihannya. Dalam keadaan ini ayat yang dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa tertentu sebagai sebabnya hendaklah dianggap telah diturun beberapa kali.
Antara contohnya ialah hadits yang diriwayatkan oleh al-Musaiyyab, kata beliau: "Ketika Abu Thalib hampir meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya. Pada ketika itu Abu Jahal dan 'Abdullah bin Abi Umaiyyah ada dekat Abu Thalib. Nabi s.a.w. berkata, "Wahai Pak Cik, ucaplah ,لا إله إلا الله supaya dapat aku membelamu dengannya di hadapan Allah. Maka Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah ada dekat Abu Thalib. Nabi saw berkata, Wahai Aba Thalib, apakah engkau tidak suka kepada agama Abdil Mutthalib? Mereka berdua terus bercakap-cakap dengan Abu Thalib sehinggalah dia berkata "Aku berada di atas agama "Abdil Mutthalib.
Pada waktu itu Nabi s.a.w. berkata, Aku pasti akan beristighfar untukmu selagi aku tidak ditegah. Maka turunlah ayat:
At-Taubah 9:13
أَلَا تُقَٰتِلُونَ قَوْمًا نَّكَثُوٓا۟ أَيْمَٰنَهُمْ وَهَمُّوا۟ بِإِخْرَاجِ ٱلرَّسُولِ وَهُم بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۚ أَتَخْشَوْنَهُمْۚ فَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخْشَوْهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (at-Taubah: 113).
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Nasaa'i, Ahmad, Haakim dan lain-lain).
Di dalam riwayat-riwayat lain pula tersebut dua lagi sebab bagi turunnya ayat 113 Surah at-Taubah tadi.
(i) Hadits yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi dan lain-lain daripada 'Ali. At-Tirmidzi menghasankannya. Kata 'Ali, "Pernah aku mendengar seseorang beristighfar untuk kedua ibu bapanya yang musyrik. Terus aku bertanya, "Engkau beristighfar untuk kedua ibu bapamu yang musyrik?" Orang itu berkata, "Ibrahim juga telah beristighfar untuk bapanya yang musyrik." Maka aku sebutkan hal itu kepada Rasulullatr s.a.w. Lalu turunlah ayat itu (ayat 113 Surah at-Taubah).
(Hadits riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaa'i,Ahmad, Haakim dan lain-lain).
(ii) Hadits yang dikemukakan oleh Haakim dan lain-lain daripada Ibnu Mas'ud. Kata beliau, "Pernah pada suatu hari Nabi s.a.w. pergi ke perkuburan. Lalu Baginda duduk
dekat salah satu kubur di perkuburan itu. Lamalah Baginda mengadu hal kepadaNya, kemudian menangis. Selepas itu Rasulullah s.a.w. bercerita, "Sesungguhnya kubur yang
aku duduk dekat dengannya tadi adalah kubur ibuku. Sesungguhnya aku meminta izin kepada Tuhanku untuk mendoakannya, tetapi Tuhan tidak mengizinkan daku. Lalu Allah menurunkan kepadaku:
At-Taubah 9:113
مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْجَحِيمِ
Bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (at-Taubah:113).
(Hadits riwayat al-Haakim dan 'Abdur Razzaaqdi dalam Mushannafnya).
Berhubung dengan ayat 113 Surah at-taubah ini, mungkin ia diturunkan beberapa kali berikutan berlakunya beberapa peristiwa yang disebutkan tadi. Mungkin juga ayat berkenaan turun lama selepas berlaku sebab-sebabnya yang berlainan itu. Kemungkinan pertama dipegang oleh as-Suyuthi, sementara kemungkinan kedua pula dipegang oleh Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Baari. Hafiz berkata, "Menurut qaedah asalnya ialah sesuatu ayat itu tidak turun beberapa kali."
Sebab Turun Ayat Hanya Satu, Tetapi Ayat Yang Turun Kerananya PuIa Ada Beberapa.
Sebab turun ayat kadang-kadang ada satu sahaja, sedangkan ayat-ayat yang turun kerananya pula ada beberapa. Keadaan seperti ini juga ada berlaku. Ia merupakan kebalikan bab sebelum ini" Tujuannya boleh jadi untuk memuaskan hati manusia" boleh jadi juga kerana diperlukan untuk tujuan membimbing mereka, dan boleh jadi juga untuk menyatakan kebenaran dengan lebih jelas lagi pada ketika-ketika diperlukan.
Al-Mujadila 58:18
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا فَيَحْلِفُونَ لَهُۥ كَمَا يَحْلِفُونَ لَكُمْۖ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ عَلَىٰ شَىْءٍۚ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْكَٰذِبُونَ
Al-Mujadila 58:19
ٱسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَأَنسَىٰهُمْ ذِكْرَ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ حِزْبُ ٱلشَّيْطَٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ ٱلشَّيْطَٰنِ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ
Bermaksud: (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu batrawa harta benda dan anak-pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta. (18)
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (19).
(al-Mujaadilah:18-19).
(Hadits riwayat Ahmad, at-Thabaraani dan al-Haakim).
Antara contoh di bawah bab ini yang dikemukakan oleh As-Suyuthi ialah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Haakim daripada Ummi Salamah baSawa beliau
berkata, "Wahai Rasulallah! Aku tidak ada mendengar langsung Allah menyebut orang-orang perempuan berhubung dengan hijrah, maka Allah menurunkan firmannya ini:
Aal-e-Imran 3:195
فَٱسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰۖ بَعْضُكُم مِّنۢ بَعْضٍۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَأُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا۟ فِى سَبِيلِى وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلثَّوَابِ
Bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan
kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesunggulurya Aku
akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Antara contoh bagi bab ini ialah hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, at-Thabaraani dan lain-lain daripada Ibnu "Abbaas, kata beliau: "Pernah Rasulullah s.a.w" duduk di
bawah naungan rumahnya, tiba-tiba Baginda bersabda "Nanti akan datang kepadamu orang yang akan melihatmu dengan dua mata syaitan. Bila ia datang, jangan kamu
bercakap dengannya. Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki yang biru warna dua matanya. Rasulullah s.a.w terus memanggilnya dan bertanya , "Kenapa engkau dan kawan-kawanmu mencerca aku?" Orang itu pergi lalu membawa datang kawan-kawannya. Mereka lantas bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak berkata begitu, sehingga akhirnya Nabi s.a"w" mema'afkan mereka. Maka Allah menurunkan firmanNya:
At-Taubah 9:74
يَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ مَا قَالُوا۟ وَلَقَدْ قَالُوا۟ كَلِمَةَ ٱلْكُفْرِ وَكَفَرُوا۟ بَعْدَ إِسْلَٰمِهِمْ وَهَمُّوا۟ بِمَا لَمْ يَنَالُوا۟ۚ وَمَا نَقَمُوٓا۟ إِلَّآ أَنْ أَغْنَىٰهُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ مِن فَضْلِهِۦۚ فَإِن يَتُوبُوا۟ يَكُ خَيْرًا لَّهُمْۖ وَإِن يَتَوَلَّوْا۟ يُعَذِّبْهُمُ ٱللَّهُ عَذَابًا أَلِيمًا فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِۚ وَمَا لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Bermaksud: Mereka bersumpah dengan nama Allah, batrawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu) dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah
Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. Oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan dan jika mereka berpaling
(ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya didunia dan di akhirat dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akanmenjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong. (at-Taubah:74).
(Hadits riwayat at-Thabaraani, Ahmad dan al-Maqdisi di datram al-Ahaaditsul Mukhtaratr).
Ahmad, at-Thabaraani dan al-Haakim juga mengemukakan hadits di atas, tetapi ayat al-Qur'an yang disebut mereka sebagai diturunkan kerananya bukanlah ayat 74 Surah at-
Taubah, sebaliknya dua ayat berikut:
Al-Mujadila 58:18
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا فَيَحْلِفُونَ لَهُۥ كَمَا يَحْلِفُونَ لَكُمْۖ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ عَلَىٰ شَىْءٍۚ أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْكَٰذِبُونَ
Al-Mujadila 58:19
ٱسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَأَنسَىٰهُمْ ذِكْرَ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ حِزْبُ ٱلشَّيْطَٰنِۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ ٱلشَّيْطَٰنِ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ
Bermaksud: (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu batrawa harta benda dan anak-pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta. (18)
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. (19).
(al-Mujaadilah:18-19).
(Hadits riwayat Ahmad, at-Thabaraani dan al-Haakim).
Antara contoh di bawah bab ini yang dikemukakan oleh As-Suyuthi ialah hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Haakim daripada Ummi Salamah baSawa beliau
berkata, "Wahai Rasulallah! Aku tidak ada mendengar langsung Allah menyebut orang-orang perempuan berhubung dengan hijrah, maka Allah menurunkan firmannya ini:
Aal-e-Imran 3:195
فَٱسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰۖ بَعْضُكُم مِّنۢ بَعْضٍۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَأُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا۟ فِى سَبِيلِى وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلثَّوَابِ
Bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan
kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesunggulurya Aku
akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal shaleh). (Aali "Imraan: 195).
Haakim dan lain-lain mengemukakan juga riwayat daripada Ummi Salamah bahawa beliau berkata, pernah aku bertanya Rasulullah s.a.w. Kataku: "Engkau menyebut
(tentang) orang-orang lelaki (sahaja), tidak orang-orang perempuan. Maka diturunkanlah ayat ini:
Al-Ahzab 33:35
إِنَّ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَٰتِ وَٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلْخَٰشِعِينَ وَٱلْخَٰشِعَٰتِ وَٱلْمُتَصَدِّقِينَ وَٱلْمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلْحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَٱلْحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang
beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang
lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada
Allatt) dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang
berpuasa dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah
banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
(al-Ahzaab:35).
Aal-e-Imran 3:195
فَٱسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَٰمِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰۖ بَعْضُكُم مِّنۢ بَعْضٍۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُوا۟ وَأُخْرِجُوا۟ مِن دِيَٰرِهِمْ وَأُوذُوا۟ فِى سَبِيلِى وَقَٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّـَٔاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلثَّوَابِ
Bermaksud: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya):Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan
kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil)sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalatran mereka dan sesungguhnya. Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi
mereka yang beramal shaleh). (Aali 'Imraan:195).
Tirmidzi, Abu ya'la, Haakim dan lain-lain juga mengemukakan lagi riwayat daripada Ummi Salamah bahawa beliau berkata, "(Kenapa) Orang-orang lelaki sahaja (boleh)berperang, orang-orang perempuan tidak. Dan kami (orang-orang perempuan) hanya mendapat pesaka separuh. Maka Allah menurunkan firmanNya:
An-Nisa' 4:32
وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَۚ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
Bermaksud: Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka)
melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(an-Nisaa':32).
(Lihat as-suyuthi - al-Itqaan Fi'ulumil Qur'an j.1 m/s a5).
Beberapa Peringatan Berhubung Dengan Sebab Nuzul:
(1) Sesetengah pelajar dan pembaca Tafsir terpedaya apabila melihat para mufassirin mengemukakan kisah atau peristiwa tertentu di bawah setiap ayat hukum dan jadal. Ia
menyangka kisah dan peristiwa yang disebutkan itu memang merupakan sebab sebenar bagi turunnya ayat-ayat berkenaan. Padahal bukan begitu keadaannya. Para Ahli Tafsir kadang-kadang menyebutkan sesuatu kisah atau peristiwa semata-mata kerana ada sedikit sahaja perkaitan dan kesesuaiannya dengan ayat-ayat tertentu.
Berkata al-Imam as-Shah Waliyyullah ad-Dihliwi r.a: Para ulama hadits banyak sekali menyebutkan perkara-perkara yang sebenarnya bukan merupakan sebab nuzul bagi ayat al-Qur'an. Ia tidak lebih daripada
(i) Istisyhad (dalil yang dikemukakan) para sahabat
dalam perbincangan dan perdebatan mereka.
(ii) Contoh yang diberi atau perumpamaan yang dibuat mereka.
(iii) Sebagai dalil penguat bagi percakapannya semata-mata.
(iv)Meriwayatkan hadits yang bertepatan maksudnya dengan maksud ayat al-Qur'an.
(v)Penentuan tempat turun ayat.
(vi) Penentuan nama-nama orang yang tersebut di dalam
ayat secara samar dan tidak jelas"
(vii) Menyatakan cara-cara menyebut perkataan yang
tersebut di dalam ayat-ayat al-Qur'an yang tertentu.
(viii) Menyatakan kelebihan surah-surah dan ayat'ayat tertentu.
(ix) Menyatakan cara-cara bagaimana mengamal dan
mempraktikkan perintah Allah di dalam al-Qur'an. Semua itu pada hakikatnya bukanlah merupakan sebab turun ayat-ayat yang sebenar. (Lihat al-Fauzul Kabir m/s 6l).
(2) Adakah umum lafaz yang diambil kira atau khusus sebabnya? Pandangan para ulama' usul berbeza-beza dalam masalah ini. Mereka terbahagi kepada tiga golongan.
(i)Golongan jumhur. Mereka berpendapat yang diambil kira ialah umum lafaz.
(ii) Yang diambil kira ialah khusus sebabnya.
(iii) Perlukan perincian.
Secara ringkasnya dapatlah dikatakan ayat-ayat yang diturunkan berhubung dengan sesuatu peristiwa dan ada sebabnya terbahagi daripada segi umum dan khususnya kepada empat bahagian berikut:
(i) Ayat-ayat yang turun khusus berkenaan dengan orang tertentu. Namanya bahkan disebutkan. Ayat-ayat seperti ini berdasarkan ijma' ulama' memang khusus dengan
orang berkenaan. Ia tidak melarat kepada orang-orang lain. Contohnya ialah firman Allah ini:
Bermaksud: Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama (al-Masad:1).
Al-Masad 111:1
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!
Ayat ini sememang turun khusus berkenaan Abu Lahab. Di dalamnya tersebut ancaman yang dahsyat kepadanya. Namanya juga disebut dengan jelas. Oleh itu orang-orang lain tidak termasuk di bawah ayat ini.
(ii) Ayat-ayat yang tersebut di dalamnya ciri-ciri dan sifat-sifat khusus bagi seseorang, satu kumpulan atau perkara tertentu tanpa disebut namanya dengan terang.
Bagaimanapun ada tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk yang mengisyaratkan kepada orang, kumpulan atau perkara tertentu, maka ayat-ayat seperti ini juga dikira khusus
dengan orang, kumpulan atau perkara berkenaan sahaja menurut tjma' "ulama'. Ia tidak merangkumi orang-orang lain, meskipun mereka juga mempunyai ciri-cici dan sifat-sifat khusus yang sama dengan orang, kumpulan atau perkara yang sememangnya dimaksudkan. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:
Al-Layl 92:17
وَسَيُجَنَّبُهَا ٱلْأَتْقَى
Al-Layl 92:18
ٱلَّذِى يُؤْتِى مَالَهُۥ يَتَزَكَّىٰ
Bermaksud: Dan (sebaliknya) akan dijauhkan neraka itu daripada orang yang paling bertaqwa; (17) yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya, (18) (al-Lail: 17- 18).
Al-Imam as-suyuthi berkata;Dua ayat di atas diturunkan berkenaan dengan Abu Bakar menurut ijma' 'ulama'. Imam ar-Raazi bahkan berdalil dengannya, di samping firman Allah s.w.t. berikut:
Al-Hujurat 49:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. (Al-Hujuraat:13),
bahawa Abu Bakar adalah manusia yang paling afdhal selepas Rasulullah s.a.w. Adalah keliru orang yang memakai ayat di atas untuk orang-orang lain juga, meskipun ia mendermakan juga hartanya seperti Abu Bakar dengan tujuan membersihkan diri dan harta bendanya. lni kerana perkataan yang digunakan di dalam ayat di atas tidak memberi erti umum. Ia menurut qaedahnya hanya memberi erti khusus. (Lihat al-Itqaan Fi 'Ulumil
Qur'an j.1 m/s 40).
(iii) Ayat-ayat yang sememangnya turun berkenaan dengan suatu peristiwa tertentu,tetapi lafaznya memberi erti umum. Selain itu ada pula dalil lain yang menunjukkan ia
memang memberi erti umum, tidak khusus dengan peristiwa yang merupakan sebab asal turunnya. Berhubung dengan ayat-ayat seperti ini, para "ulama' berijma" tentang ia melarat kepada selain sebab asalnya. Antara contohnya ialah ayat zihar yang pada asalnya diturunkan berhubung dengan peristiwa Salamah bin Shakhr. Ayat li'aan yang pada asalnya turun berkenaan dengan Hilal bin Umaiyyah dan lain-lain lagi. Semua ahli ilmu mengatakan, ayat- ayat itu meskipun ada sebab khususnya namun ia tidak khusus dengan orang-orang yang terlibat dalam peristiwa asal yang merupakan sebab bagi turunnya ayat-ayat berkenaan. Hukum yang tersebut di dalamnya umum untuk semua orang yang mempunyai kriteria yang sama.
(iv) Ayat-ayat yang ada sebab turunnya yang khusus, atau ia turun bersempena dengan peristiwa-peristiwa tertentu, tetapi lafaznya memberi erti umum. Tidak ada pula perkara
yang memalingkannya daripada erti umumnya, maka berhubung dengan ayat-ayat seperti ini terdapat perbedaan pendapat di kalangan ahli ilmu. Ada yang mengatakan, yang diambil kira ialah sebabnya yang khusus, bukan lafaznya yang umum. Maksudnya ialah Iafaz ayat diikat mereka dengan peristiwa yang menyebabkan ia turun Adapun perkara-perkara lain seumpamanya, maka hukumnya tidaklah diketahui daripada ayat berkenaan,
sebaliknya ia diketahui melalui dalil-dalil yang lain. Jumhur "ulama' pula mengatakan,yang diambil kira ialah lafaznya yang umum. Hukum yang terdapat di dalamnya umum
merangkumi semua orang yang mempunyai kriteria yang sama dengan orang yang terlibat dalam peristiwa asal yang merupakan sebab bagi turunnya ayat berkenaan.
Ringkasnya bagi mereka, ayat yang sama juga merupakan sumber hukum untuk orang-orang lain. Hukum untuk mereka tidak perlu dicari dari sumber-sumber yang lain lagi. Kalau ada pun dalil yang lain, maka ia tidak lebih daripada penguat dan penyokong kepada dalil yang sudah sedia ada di dalam al-Qur'an itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan