Selasa, Disember 01, 2020

Tafsir asas quran nota 9(178)11

Tafsir asas quran nota 9(178)11

kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan
agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk
mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil)sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalatran mereka dan sesungguhnya. Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi
mereka yang beramal shaleh). (Aali 'Imraan:195).
Tirmidzi, Abu ya'la, Haakim dan lain-lain juga mengemukakan lagi riwayat daripada Ummi Salamah bahawa beliau berkata, "(Kenapa) Orang-orang lelaki sahaja (boleh)berperang, orang-orang perempuan tidak. Dan kami (orang-orang perempuan) hanya mendapat pesaka separuh. Maka Allah menurunkan firmanNya:

An-Nisa' 4:32
وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَۚ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا 
Bermaksud: Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka)
melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(an-Nisaa':32).
(Lihat as-suyuthi - al-Itqaan Fi'ulumil Qur'an j.1 m/s a5).

Beberapa Peringatan Berhubung Dengan Sebab Nuzul:
(l) Sesetengah pelajar dan pembaca Tafsir terpedaya apabila melihat para mufassirin mengemukakan kisah atau peristiwa tertentu di bawah setiap ayat hukum dan jadal. Ia
menyangka kisah dan peristiwa yang disebutkan itu memang merupakan sebab sebenar bagi turunnya ayat-ayat berkenaan. Padahal bukan begitu keadaannya. Para Ahli Tafsir

178

Tiada ulasan:

Catat Ulasan