Jumaat, Disember 25, 2020

Tafsir asas quran nota 9(199)12

Tafsir asas quran nota 9(199)12

Para 'ulama' yang menerima konsep nasakh seperti yang dikemukakan di atas sepakat mengatakan al-Qur'an harus menasakhkan nas al-Qur'an yang lain apabila dalalah kedua-duanya adalah sama, kerana ia dikira sama di segi kekuatan. Adapun penasakhan al-Qur'an dengan Hadits, maka para 'ulama' berbeda pendapat tentang keharusannya. Perinciannya adalah seperti di bawah ini:
a. Pendapat jumhur 'ulama': Harus al-Qur'an dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir, kerana ia dikira setaraf di segi kekuatan. Alasan dan hujah jumhur ialah berkaitan dengan
hukum wajib berwasiat kepada ibu bapa dan kerabat, di mana Allah berfirman:

Al-Baqarah 2:180
كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ 
Bermaksud: Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut. jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang berlakwa. (al-Baqarah: 180).


Hukum wajib berwasiat tersebut dinasakhkan oleh satu Hadits mutawatir yang diriwayatkan oleh sekian ramai sahabat r.a. Hadits berkenaan ialah:
لَاوَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Bermaksud: Tiada wasiat untuk waris. 
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu al-Jarud, at-Thabaraani dan lain-lain).

b. Pendapat 'ulama' Hanafi: Harus al-Qur'an dinasakhkan dengan Hadits Mutawatir dan Hadits Masyhur, kerana Hadits Masyhul dikira hampir setaraf dengan al-Qur'an dari segi kekuatan. Walaupun begitu, al-Qur'an tidak boleh dinasakhkan dengan Hadits Aahaad, kerana ia lebih rendah di segi kekuatan. Ini adalah pendapat yang rajih di sisi mereka.
Pendapat sebahagian 'ulama' dan Imam Syafi'e: Tidak harus dinasakhkan al-Qur'an dengan Hadits, walaupun Hadits Mutawatir atau Masyhur. Hujah Imam Syafi'e berdasarkan
 firman Allah :

Al-Baqarah 2:106
مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ 
Ayat yang Kami batalkan atau Kami hilangkan dari ingatan, pasti Kami ganti dengan yang lebih baik atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu tahu bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu?


Bermaksud: Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.

199

Tiada ulasan:

Catat Ulasan