Daurah tafsir 2019 sesi 17(44)nota 14(294)s
044.Surah Ad dukhan
Da'wa atau maksud penting surah ini.
Ayat 6
رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
Surah ad dukhan
Tertib surah 44
Bilangan ayatnya 59
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 64
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-8 Pengenalan tentang al Quran dan seruan tauhid berpandukan al Quran
Paragraf 2 ayat 9-16 Sikap orang2 musyrikin,kritikan2 mereka dan keraguan serta penolakan mereka terhadap adanya hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 17-33 Kisah penentangan Firaun dan Bani Israel dan kisah Bani Israel terselamat daripada kekejaman Firaun
Paragraf4 ayat 34-37 Penolakan adanya hari akhirat oleh orang2 musyirikin Mekah dan ancaman untuk mereka dgn mengemukakan contoh kebinasaan kaum Tubba'
Paragraf 5 ayat 38- 42 Tujuan kejadian alam semesta
Paragraf 6 ayat 43- 50 Perincian layanan yg akan diberikan kepada orang2 musyrikin dan kafir di dalam neraka
Paragraf 7 ayat 51-57 Layanan yg akan diberikan kepada orang2 yang bertaqwa di dalam syurga.
Paragraf 8 ayat 58-59 Pengulangan seruan alQuran, menghiburkan Rasullah dan ancaman ketua2 kafir Quraisy
Mesej utama.
1.Balasan buruk yg akan diterima oleh orang2 yg menolak seruan alquran dan mengingkari aqidah tauhid dan akidah adanya hari akhirat ialah kebinasaan didunia dan akan masuk neraka.
2.Demikian juga balasan kepada orang2 yg mengikuti jejak Firaun memuja dunia dan mencari pengaruh dan kedudukan yg tinggi tanpa sebenar dimuka bumi.
Zaman Diturunkan
Surah ad-Dukhan diturunkan di permulaan peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, besar sekali kemungkinan ia diturunkan ketika berlakunya kemarau yang dahsyat pada tahun ke-7 Kenabian bersama-sama Surah al-Jaatsiyah.
Dalam rangkaian حَوامِيم ia merupakan surah yang ke-5.
Pada masa itu, macam-macam kritikan dan tuduhan dibuat oleh orang-orang musyrikin Mekah terhadap Rasulullah s.a.w., baginda dituduh gila, dirasuk hantu مُعَلَّم (seorang yang diajar), orang-orang Quraisy berada dalam keraguan tentang kewujudan hari akhirat, mereka diancam akan dihukum pada hari kiamat. Perangai orang-orang Quraisy betul-betul seperti perangai Fir'aun dan penyokong-
penyokongnya yang bermaharajalela di muka bumi. Menggunakan perkataan: 'Tunggulah' (فَارْتَقِب); Rasulullah s.a.w. dipujuk dan dalam masa yang sama orang-orang Quraisy diancam bahawa dalam masa beberapa tahun sahaja lagi keadaan akan menjadi terbalik.
Perkaitan Surah Ad-Dukhan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah az-Zukhruf telahpun dijelaskan tentang tauhid tasyri' dan tauhid haakimiyyah dalam bentuk positif, di dalam Surah ad-Dukhan ini pula perkara yang sama diperjelaskan dalam bentuk negatif dengan menjadikan sikap Fir'aun sebagai contohnya.
2. Sikap Fir'aun dalam عُلُوْ فِي الارض (berrmaharajalela) di muka bumi adalah hasil dan akibat daripada 'aqidah شِرك فِي التَّشرِيع (syirik dalam menerima orang lain selain Allah mempunyai hak untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia) dan شِرك فِي الحاكمية (syirik kerana menerima orang lain selain Allah sebagai hakim dan pemutus perkara).
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah ad-Dukhan al-Qur'an dikatakan sebagai كِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ (kitab yang jelas) (Ayat: 2), Qur'an juga dikatakan sebagai rahmat (Ayat: 6), melalui perkataan يَسَّرْنَٰهُ بِلِسَانِكَ diperjelaskan bahawa al-Qur'an diturunkan dalam Bahasa Arab supaya mudah difahami oleh orang-orang Arab yang mula-mula menerimanya (Ayat: 58).
Ad-Dukhan 44:2
وَٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُبِينِ
Demi Kitab (Al-Qur'an) yang jelas,
Ad-Dukhan 44:6
رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui,
Ad-Dukhan 44:58
فَإِنَّمَا يَسَّرْنَٰهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Sungguh, Kami mudahkan Al-Qur'an itu dengan bahasamu agar mereka mendapat pelajaran.
2. Tuduhan orang-orang Quraisy bahawa Rasulullah gila, dirasuk dan diajar oleh pihak tertentu yang tidak diketahui siapa sebenarnya dijawab dengan al-Qur'an berbahasa Arab yang mudah difahami dan terang maknanya (Ayat: 14).
Ad-Dukhan 44:14
ثُمَّ تَوَلَّوْا۟ عَنْهُ وَقَالُوا۟ مُعَلَّمٌ مَّجْنُونٌ
kemudian mereka berpaling darinya dan berkata, “Dia itu orang yang menerima ajaran (dari orang lain) dan orang gila.”
3. Awal-awal lagi seruan al-Qur'an kepada tauhid uluhiyyah dikemukakan, sifat qudrat dan rububiyyah Allah dijadikan sebagai dalil bagi kebenarannya (Ayat: 8).
Ad-Dukhan 44:8
لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْىِۦ وَيُمِيتُۖ رَبُّكُمْ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلْأَوَّلِينَ
Tidak ada tuhan selain Dia, Dia yang menghidupkan dan mematikan. (Dialah) Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu dahulu.
4. Di dalam ayat ke-9 dinyatakan keraguan orang-orang Quraisy dengan menggunakan perkataan إمتراء( تَمْتَرُونَ ) (Ayat: 50).إِنَّ هَٰذَا مَا كُنتُم بِهِۦ تَمْتَرُونَ
Sikap mereka dalam mengingkari dan tidak mempercayai hari akhirat dijelaskan dalam ayat ke-35.إِنْ هِىَ إِلَّا مَوْتَتُنَا ٱلْأُولَىٰ وَمَا نَحْنُ بِمُنشَرِينَ
Ad-Dukhan 44:9
بَلْ هُمْ فِى شَكٍّ يَلْعَبُونَ
Tetapi mereka dalam keraguan, mereka bermain-main.
Ad-Dukhan 44:35
إِنْ هِىَ إِلَّا مَوْتَتُنَا ٱلْأُولَىٰ وَمَا نَحْنُ بِمُنشَرِينَ
”Tidak ada kematian selain kematian di dunia ini. Dan kami tidak akan dibangkitkan,
Ad-Dukhan 44:50
إِنَّ هَٰذَا مَا كُنتُم بِهِۦ تَمْتَرُونَ
Sungguh, inilah azab yang dahulu kamu ragukan.
5. Antara jenayah yang dilakukan oleh Fir'aun ialah sikapnya yang bermaharajalela di muka bumi(عُلْوِ في الأرض ), Nabi Musa telah mengingatkannya supaya tidak bermaharajalela tetapi dia terus tetap
bermaharajalela (عالى في الأرض) (Ayat: 19 dan 31).
Ad-Dukhan 44:19
وَأَن لَّا تَعْلُوا۟ عَلَى ٱللَّهِۖ إِنِّىٓ ءَاتِيكُم بِسُلْطَٰنٍ مُّبِينٍ
dan janganlah kamu menyombongkan diri terhadap Allah. Sungguh, aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata.
Ad-Dukhan 44:31
مِن فِرْعَوْنَۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَالِيًا مِّنَ ٱلْمُسْرِفِينَ
dari (siksaan) Fir‘aun, sungguh, dia itu orang yang sombong, termasuk orang-orang yang melampaui batas.
6. Kisah bagaimana Bani Israil terselamat daripada kezaliman Fir'aun dikemukakan, kelebihan yang
diberikan kepada mereka daripada orang-orang lain juga dinyatakan (Ayat: 30).
Ad-Dukhan 44:30
وَلَقَدْ نَجَّيْنَا بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ مِنَ ٱلْعَذَابِ ٱلْمُهِينِ
Dan sungguh, telah Kami selamatkan Bani Israil dari siksaan yang menghinakan,
7. Salah satu sifat Allah dikemukakan bahawa Dia menghukum orang-orang yang zalim (Ayat: 16) dan
membinasakan penjenayah-penjenayah kemanusiaan (Ayat : 37).
Ad-Dukhan 44:16
يَوْمَ نَبْطِشُ ٱلْبَطْشَةَ ٱلْكُبْرَىٰٓ إِنَّا مُنتَقِمُونَ
(Ingatlah) pada hari (ketika) Kami menghantam mereka dengan keras. Kami pasti memberi balasan.
Ad-Dukhan 44:37
أَهُمْ خَيْرٌ أَمْ قَوْمُ تُبَّعٍ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۚ أَهْلَكْنَٰهُمْۖ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ مُجْرِمِينَ
Apakah mereka (kaum musyrikin) yang lebih baik atau kaum Tubba‘, dan orang-orang yang sebelum mereka yang telah Kami binasakan karena mereka itu adalah orang-orang yang sungguh berdosa.
8. Di dalam surah ini orang-orang Quraisy diberi amaran sebanyak 2 kali menggunakan perkataan فَٱرْتَقِبْ
(Tunggulah) (Ayat: 10 dan 59).
Ad-Dukhan 44:10
فَٱرْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِى ٱلسَّمَآءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ
Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas,
Ad-Dukhan 44:59
فَٱرْتَقِبْ إِنَّهُم مُّرْتَقِبُونَ
Maka tunggulah; sungguh, mereka itu (juga sedang) menunggu.
9. Pada hari kiamat nanti, langit akan kembali menjadi asap (Ayat: 10).فَٱرْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِى ٱلسَّمَآءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ
Di dalam Surah حم السجد atau Fusshilat yang lalu telahpun didedahkan tentang kejadian langit di peringkat permulaannya, ia hanya merupakan asap semata-mata (Fusshilat: 11).
Ad-Dukhan 44:10
فَٱرْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِى ٱلسَّمَآءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ
Maka tunggulah pada hari ketika langit membawa kabut yang tampak jelas,
Fussilat 41:11
ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ وَهِىَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ ٱئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَآ أَتَيْنَا طَآئِعِينَ
Kemudian Dia menuju ke langit dan (langit) itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, “Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan patuh atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang dengan patuh.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan