Tafsir asas quran nota 9(228 )14
dikira bersalah kerana meninggalkannya. Sebagai contohnya orang yang tidak mampu berwudhu', hendaklah bertayammum. Ia tidak dipaksa menggunakan air juga
walaupun ketika tiada air atau ketika tidak boleh menggunakannya kerana sakit dan sebagainya. Demikian juga orang yang tidak mampu bersembahyang sambil berdiri, boleh saja bersembahyang sarnbil duduk. Allah tidak mengira salah apabila manusia meninggalkan apa yang tidak mampu dibuatnya. Memang begitulah Sunnatullah (ketetapan Allah). Jadi tidak perlu langsung ayat 102 Surah Aali 'Imraan itu dimansukhkan. Ia tetap dengan halnya menuntut orang-orang yang beriman agar
benar-benar beriman dan menjauhi kesyirikan serta kekufuran hingga ke akhir hayat mereka. Memang itu pun yang diisyaratkan oleh siaq (halaman) ayat berkenaan
apabila ia ditutup dengan firman Allah: "...dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". Pada kebiasaannya ketika hampir mati manusia
tidak mampu rnelakukan apa-apa amalan zahir lagi selain daripada amalan hati yang boleh tetap teguh dengan kepercayaan dan akidah yang dipegang selama ini. Itu jua
yang dapat dilakukan seseorang yang hampir mati, iaitu bertaqwa kepada Allah dengan erti berpegang teguh dengan agamaNya, mentauhidkanNya serta memelihara diri daripada kesyirikan dan kekufuran.
Berbeza dengan ayat 16 Surah at-Taghabun, ia sedari awal lagi menuntut orang-orang yang beriman supaya beramal sebanyak mungkin, tetapi tidak pula ia menuntut
mereka melakukan sesuatu yang di luar daripada kemampuan seorang manusia.
(8) Firman Allah di dalam Surah an-Nisa'
An-Nisa' 4:33
وَلِكُلٍّ جَعَلْنَا مَوَٰلِىَ مِمَّا تَرَكَ ٱلْوَٰلِدَانِ وَٱلْأَقْرَبُونَۚ وَٱلَّذِينَ عَقَدَتْ أَيْمَٰنُكُمْ فَـَٔاتُوهُمْ نَصِيبَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدًا
Bermaksud: Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati). kami telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu ibu bapa dan kerabat yang dekat dan mana-mana orang yang kamu telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisaa':33).
228
Tiada ulasan:
Catat Ulasan