Sabtu, Januari 30, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 17(45)nota 14(298)

Daurah tafsir 2019 sesi 17(45)nota 14(298)

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya
Surah al-Jaatsiyah merupakan surah ke-6 dalam rangkaian surah-surah حَوامميم , Surah al-Jaatsiyah diturunkan di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Madinah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, ia diturunkan bersama-sama Surah ad-Dukhan, besar sekali kemungkinan ia diturunkan di zaman berlakunya kemarau yang dahsyat di Mekah pada tahun ke-7 Kenabian. Ketika itulah al-Qur'an
yang menyampaikan 'aqidah tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat banyak menggunakan dalil-dalil آفاقي،تاريخي،نقلي،عقلي dan أنفسي .   Dalil-dalil itu beberapa kali disebutkan sebagai آية  atau آيات di dalam surah ini. Orang-orang musyrikin pula menerimanya dengan ejekan dan olokan, mereka terlibat dengan kesyirikan dalam kekuasaan mutlaq Allah, selain tidak percaya kepada hari akhirat, mereka juga tenggelam dalam pemujaan dunia, mempertuhankan hawa nafsu dan begitu teruk mengidap penyakit sombong dan cintakan dunia. Orang-orang musyrikin Quraisy difahamkan bahawa jika mereka
memahami maksud kejadian alam semesta ini berpandukan dalil-dalil al-Qur'an nescaya mereka akan
berjaya dan selamat.

Kesinambungan Surah Al-Jaatsiyah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah ad-Dukhan manusia dicegah daripada bermaharajalela di bumi seperti Fir'aun, di dalam Surah al-Jaatsiyah ini pula disebutkan sebab-sebab manusia boleh menjadi seperti Fir'aun yang bermaharajalela di bumi. Perangai-perangai dan sikap-sikap seperti Fir'aun yang keji itu berpunca daripada menurut hawa nafsu, bersikap sombong dan memperolok-olokkan kebenaran yang datang dari Allah (Ayat:23).

Al-Jasiyah 45:23
أَفَرَءَيْتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ 
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapa yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat? ) Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam surah ini 2 kali disebutkan العزيز الحكيم sebagai sifat Allah, di permulaan surah dan di akhirnya. Melaluinya dikatakan bahawa dengan sifat itulah Allah menguasai langit dan bumi (Ayat:2 dan 37).

Al-Jasiyah 45:2
تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ مِنَ ٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ 
Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.

Al-Jasiyah 45:37
وَلَهُ ٱلْكِبْرِيَآءُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ 
Dan hanya bagi-Nya segala keagungan di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.


2. Tujuan diturunkan al-Qur'an.
(a) Al-Qur'an diturunkan secara beransur-ansur daripada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Ayat:2).


298

Tiada ulasan:

Catat Ulasan