Sabtu, Januari 30, 2021

Tafsir asas quran nota 9(230)14

Tafsir asas quran nota 9(230)14

berhak mendapat bahagiannya berupa wang ehsan, sagu hati dan lain-lain daripada keluarga si mati yang merupakan pewaris-perwarisnya. Adapun saudara seagama yang
terjalin persaudaraannya melalui 'aqad muaakhaat itu mereka sebenarnya tidak pernahpun diberikan hak sebagai pewaris. Apa yang diberikan kepada mereka itu tidak lebih daripada wang ehsan atau sagu hati sahaja. Tetapi sesetengah pihak menganggap apa yang diberi kepada mereka sebagai pesaka. Pendapat Shah Waliylullah ini nampaknya lebih sesuai dan selari dengan terjemahan dan tafsir al-Qur'an terbitan Departmen agama Indonesia. Lihatlahn terjemahannya itu di bawah ini:


Bermaksud: Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapak dan karib kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan (jika ada) orang-orangyang kamu telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu. (an-Nisaa':33).

Bahagian yang diberikan kepada orang-orang yang kamu telah bersurnpah setia dengan rnereka itu adalah berupa wang ehsan atau sagu hati dan sebagainya. Iabukanlah berupa pesaka seperli yang diberikan kepada pewaris-pewaris si mati. Ayat 6 Surah al-Ahzaab juga menceritakan perkara yang sama, iaitu orang-orang yang
mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak dalam waris-mewarisi harta peninggalan. Adapun orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin yang bukan kerabat si mati, maka mereka haruslah dilayani dengan baik dan penuh sirnpati. Boleh juga diwasiatkan sesuatu yang bernilai untuknya. Walaupun mereka tidak berhak mendapat pesaka daripada si mati, mereka juga sewajarnya diberikan sesuatu oleh penerima pesaka sebagai sagu hati, bukan sebagai sesuatu yang mesti atau wajib diberikan.

Menurut Shah Waliylullah, perkataan    أولو الأرحام  yang tersebut di dalam aya 33 Surah al-Ahzaab itu merupakan bayan atau mubayyin bagi perkataan موالي yang tersebut di
dalam  ayat ayat 33 Surah an-Nisaa'. Oleh itu nasakh dengan erti yang dipakai oleh 'ulama' muta'akkhirin tidak terdapat juga di sini.

(9) Firman Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisaa, berikut:

An-Nisa' 4:8
وَإِذَا حَضَرَ ٱلْقِسْمَةَ أُو۟لُوا۟ ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينُ فَٱرْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا۟ لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا 
Dan apabila sewaktu pembagian itu hadir beberapa kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekedarnya) dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.


230

Tiada ulasan:

Catat Ulasan