Ahad, Januari 31, 2021

Tafsir asas quran nota 9(231)14

Tafsir asas quran nota 9(231)14

Bermaksud: Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka
berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (an-Nisaa' : 8).

Menurut sesetengah 'ulama', ia dimansukhkan dengan ayat pesaka yang sedia dimaklumi.
Menurut sesetengah yang lain pula, ia tidak mansukh. Ia juga merupakan salah satu ayat yang muhkam.

Golongan 'ulama' yang mengatakan ia mansukh berhujah dengan ayat-ayat pesaka yang nenunjukkan tidak semua kerabat berhak mendapat pusaka. Apa lagi anak-anak
yatim dan orang-orang miskin yang bukan pewaris. Kalau mereka termasuk juga dalam kalangan pewaris, tentu bahagian-bahagian mereka juga disebutkan dengan
jelas di dalam ayat-ayat pesaka seperti disebutkan bahagian-bahagian orang-orang yang memang berhak menerima pesaka.

Ada juga yang berpendapat ketika ayat itu diturunkan sememangnya mereka berhak mendapat sesuatu pemberian yang bukan merupakan pesaka sebagai suatu yang wajib. Kemudian setelah ayat pesaka diturunkan kewajibannya dimansukhkan pemberian itu hanya tinggal sebagai suatu yang digalakkan sahaja.

Sementara segolongan yang lain pula berpendapat, ayat itu tidak pernah mansukh, baik oleh ayat pesaka atau ayat-ayat yang lain. Ia dari awal lagi diturunkan sebagai galakan kepada para penerirna pesaka agar tidak terlepas pandang terhadap orang- orang itu. Mereka seeloknya diberikan sesuatu, bukan sebagai pesaka tetapi sebagai
hadiah dan penghibur hati. Jika ada antara penerima pesaka anak-anak yatim misalnya, maka tidak harus diambil daripada harta pesakanya untuk diberikan kepada
rnereka yang tersebut. Mereka sebaliknya dilayan dengan mesra dan diucapkan kepada mereka ucapan-ucapan yang baik. Misalnya, apa boleh buat kami tidak dapat berikan kepada kamu kerana ia adalah harta anak-anak yatim. Si mati pula tidak ada berwasiat apa-apa untuk kamu. Ibnu 'Abbaas dan Shah Waliyyullah adalah antara tokoh yang berpendapat begini. Bagi mereka ayat 8 Surah an-Nisaa' itu muhkam, ia tidak pernah dimansukhkan.


231

Tiada ulasan:

Catat Ulasan