Daurah tafsir 2019 sesi 18(46)nota 14(303)
Zaman Diturunkan Surah Dan Latar Belakangnya.
Surah al-Ahqaaf besar kemungkinan diturunkan bersama Surah al-Jin di suatu tempat bernama Nakhlah ketika Rasulullah s.a.w. pulang dari Tha'if, peristiwa itu berlaku pada bulan Syawwaal tahun ke-10 Kenabian, 3 tahun sebelum berhijrah ke Madinah. Tuduhan sebagai tukang sihir dan pendusta kepada Rasulullah tersebar dengan meluas pada ketika itu. Dari segi tertib kitabi, Surah al-Ahqaaf merupakan surah yang ketujuh dan yang terakhir daripada rangkaian surah-surah حَوامِيم (surah-surah yang dimulakan dengan حم.
Kesinambungan Surah Al-Ahqaaf Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Jaatsiyah telahpun dijelaskan punca-punca manusia bersikap seperti Fir'aun,
sombong, takabbur, cintakan dunia, mempertuhankan nafsu dan lain-lain. Di dalam Surah al-Ahqaaf ini
pula dijelaskan sikap negatif kaum'Aad yang sombong.
2. Di dalam Surah al-Ahqaaf disebutkan tentang kaum yang telah dibinasakan oleh Allah secara langsung, sementara di dalam Surah Muhammad yang merupakan salah satu Surah Madaniyyah umat Islam diperintah supaya berjihad menentang pencerobohan orang-orang Quraisy. Dengan cara begitu Allah kadang-kadang membinasakan orang-orang kafir secara tidak langsung.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Ahqaaf terdapat tema-tema yang membuktikan kebenaran ajaran tauhid, kekarutan
syirik, penjelasan tentang kedudukan dan pangkat kerasulan. Di dalamnya juga terdapat kritikan dan
bantahan yang keras terhadap 'aqidah orang-orang Quraisy tentang keperluan adanya wasilah (orang tengah di antara manusia dan tuhan). Selain itu kelemahan tuhan-tuhan selain Allah juga dinyatakan dengan jelas.
2. Surah ini juga termasuk dalam salah satu surah jalaliyyah, di dalamnya tersebut kisah kebinasaan dan
kemusnahan kaum 'Aad di Wadi Ahqaaf di dalamnya juga dikemukakan beberapa sebab bagi kebinasaan sesuatu kaum. Orang-orang musyrikin Mekah ditegur kerana kesyirikan dan kesombongan mereka dan mereka diancam dengan bencana yang telah menimpa kaum 'Aad dan ayat terakhir surah ini mengandungi ancaman kebinasaan dan kemusnahan kepada kaum yang derhaka. (Ayat:35).
Al-Ahqaf 46:35
فَٱصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْعَزْمِ مِنَ ٱلرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوٓا۟ إِلَّا سَاعَةً مِّن نَّهَارٍۭۚ بَلَٰغٌۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا ٱلْقَوْمُ ٱلْفَٰسِقُونَ
Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati dan janganlah engkau meminta agar azab disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah mereka tinggal (di dunia) hanya sesaat saja pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaikan. Maka tidak ada yang dibinasakan kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah).
3. Manusia dimalukan apabila dikatakan golongan jin lebih baik dari kamu, setelah mereka mendengar al-Qur'an mereka bukan sahaja menjadi orang-orang Islam malah menjadi penda'wah dan pejuang Islam(Ayat:31).
Al-Ahqaf 46:31
يَٰقَوْمَنَآ أَجِيبُوا۟ دَاعِىَ ٱللَّهِ وَءَامِنُوا۟ بِهِۦ يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
Wahai kaum kami! Terimalah (seruan) orang (Muhammad) yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Dia akan mengampuni dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.
303
Tiada ulasan:
Catat Ulasan