Tafsir asas quran nota 9(240)15
membiarkan mereka memilih hukum agama mereka sendiri. Pilihan seperti itu diberikan kepada Rasulullah s.a.w. untuk seketika sahaja. Panduan yang diberikan
kepada Nabi s.a.w. jika Baginda hendak menyelesaikan kes mereka ialah mempastikan hukuman dijatuhkkan dengan penuh keadilan. Setelah kedudukan agama Islam lebih kuat, tiada lagi pilihan seperti itu diberikan. Nabi s.a.w. diperintah supaya melaksanakan hukum Islam yang diturunkan oleh Allah sahaja ke atas setiap ra'yat dan warganegara di bawah pemerintahan Baginda, baik ia muslim, Ahlil Kitab atau siapa saja. Perintah ini diberi Allah kepada NabiNya melalui ayat 49 Surah al-Maa'idah. Dengan itu termansukhlah pilihan yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui ayat 42 Surah al-Maa'idah. sama ada mahu menghukum Ahlil Kitab menurut hukum Islam atau menyerahkan kepada mereka sendiri untuk menyelesaikan apa-apa kes dan perkara yang berlaku di kalangan mereka berdasarkan peraturan dan hukum yang ada pada mereka.
Menurut Shah Waliyyullah dan ahli-ahli Tafsir dari golongan kedua yang tidak menerima ayat 42 Surah al-Maa'idah di mansukhkan oleh ayat 49, mereka mengatakan ayat 49 sebenarnya hanya menjelaskan maksud ayat 42. القسط
(keadilan) yang tersebut di dalam ayat 42 itu mujmal, ma'nanya masih samar-samar.Ayat 49 menjelaskannya. Ayat 49 menjadi mubayyin dan mufasshil bagr ayal 42.
Perkataan القسط (keadilan) yang tersebut di dalam ayat 42 itu tidak lain dan tidak bukan ialah "apa yang diturunkan oleh Allah". Perintah Allah di dalam ayat 42 supaya NabiNya menghukum di antara mereka dengan adil itu ialah menghukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Ini kerana keadilan yang betul-betul terjamin kebenarannya hanyalah yang datang dari Allah. Soal pilihan yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui ayat 42 itu, ia tetap diberikan kepada Baginda khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan, adat resam dan sebagainya. Ra'yat bukan muslim di dalam negara Islam dibenarkan meruju' dalam perkara itu kepada pendeta-pendeta atau ketua-ketua mereka sendiri.Kalau ada pun kes-kes jenayah yang diminta mereka supaya Nabi s.a.w. menyelesaikannya dan Nabi s.a.w. pula menyuruh meruju' kepada hukum yang
terdapat di dalam agama mereka, tentulah ia yang tidak bercanggah dengan apa yang diturunkan oleh Allah juga. Sebagai contohnya hukuman ke atas penzina muhshan.
Hukuman ke atas penzina Muhshan yang terdapat di dalam Kitab Taurat yang ada dizaman Nabi s.a.w. jiga sama dengan hukuman menurut hukum Islam iaitu rejam. Jadi
240
Tiada ulasan:
Catat Ulasan