Isnin, Februari 01, 2021

K102.5 TIP PRAKTIKAL BINA SELF-ESTEEM ANAK-ANAK

K102.5 TIP PRAKTIKAL BINA SELF-ESTEEM ANAK-ANAK
 
#PSIKOLOGISIKECIL 

Kini ramai orang mula prihatin terhadap pembentukan keyakinan diri anak-anak. Ia sebenarnya sebahagian komponen penting pembentukan peribadi dan kestabilan emosi dan mental anak-anak. Self-confidence tak datang dengan bentuk coklat atau vitamin, ia perlukan sentuhan ibubapa dan suasana pembesaran anak-anak.   

Self-esteem bukan sekadar isu anak berani kehadapan atau tidak. Tapi yang lebih penting adalah kemampuan anak melihat harga diri (self-worth). Hilangnya self-worth adalah antara putik bermulanya masalah mental di kalangan anak-anak. 

1. PUJI DAN BERI GALAKAN

Yang ini orang selalu buat, tetapi buat dengan silap. JANGAN puji anak kerana kepandaiannya. Tetapi puji usahanya. Gunakan ayat "Adik memang bagus SEBAB adik cuba jawab dengan baik" berbanding "Adik memang pandai". Anak-anak perlu diajar bahawa dia layak dipuji kerana USAHA bukan KEISTIMEWAAN. Ini yang didapati daripada kajian psikologi kanak-kanak. Kalau anak-anak membesar dalam keadaan dipuji kerana 'pandainya anak papa', 'anak mama memang bijak'.. mereka akan terperangkap dengan pujian ini dan takut berusaha sesuatu yang lebih sukar - kerana takut tidak lagi menerima pujian yang selalu diberikan. Akhirnya, pujian ini hanya membunuh keyakinan anak-anak. 

2. SET SASARAN YANG REALISTIK 

Jangan jadi ibubapa 'reality show' - maksudnya, jangan bina imej perfect son/daughter anda berdasarkan apa yang dicapai oleh orang lain. Setiap anak anda diberi anugerah dengan bakat/kelebihan masing-masing. Jangan biarkan anak anda jadi 'tikus eksperimen' untuk feed ego anda. Jangan paksa anak anda pandai berpidato, pandai berenang, pandai kumon, pandai 7 bahasa dan pandai tenis semata-masa rakan-rakan dalam wassap group anda share gambar anak mereka menang pertandingan tersebut minggu lepas. 

3. JUJUR DENGAN ANAK ANDA

Mereka perlu tahu yang anda juga sebagai orang dewasa tidak sempurna. Kajian psikologi menunjukkan kanak-kanak berusia 12 tahun sudah tahu menilai seorang dewasa menipu atau tidak bila berkongsi sesuatu dengan mereka. Jangan puji anak jika mereka tidak berjaya semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Beri kritikan, tapi yang membantu mereka untuk bangkit semula. 

4. BERI MEREKA RUANG UNTUK LAKUKAN KESILAPAN

Jangan cuba tutup kelemahan mereka, semata-mata tidak mahu mereka kecewa. Terus terang adalah jalan terbaik. Beri mereka galakkan dan kesedaran bahawa tidak mengapa gagal/tewas dalam sesuatu, asalkan kita memperoleh sesuatu daripadanya - contohnya 'at least you had fun with your friends'. Ketahuilah bahawa kegagalan lebih banyak memberi kita pengajaran dalam hidup berbanding kejayaan. 

5. PASTIKAN MEREKA ADA IDOLA YANG TERBAIK

Modelling Theory - Belajar dari contoh adalah kaedah belajar paling berpengaruh dikalangan kanak-kanak. Jika mereka cari idola yang salah, mereka akan kecewa. Ajar anak-anak mengenal peribadi Rasulullah seawal mungkin dan jadikan baginda contoh terbaik dalam hidup. Anda sendiri sebagai ibubapa perlu jadi antara idola mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan