Isnin, Februari 01, 2021

K1101.Teknik Ruler ,teknik mudah macam mana kita nak fahamkan anak supaya anak belajar urus dan kenal emosi (contoh macam story ni.)

K1101.Teknik Ruler ,teknik mudah macam mana kita nak fahamkan anak supaya anak belajar urus dan kenal emosi (contoh macam  story  ni.) 


Anaknya jatuh basikal 
Itu hari Muawwiz belajar naik basikal. Saya tengok dari jauh. Tak lama kemudian Muawwiz jatuh tergolek. Macam mana tak tergolek, dia lipat habis time kona. Kengkonon tengah fefeling ride motor lumba.

Terus meraung kesakitan.

Terincut-incut jalan pada saya sambil sebelah tangan pegang peha kanan. Saya tengok lutut Muawwiz luka sikit dan berdarah.
 
Semacam orang pandai berpawang, saya terkuat-kamit baca serapah (sebenarnya selawat, saja buat drama lebih masa ni) lepas tu saya puhhh kuat-kuat dekat lutut tadi.

Tangisan Muawwiz sedikit reda tapi masih menangis. 

Saya tanya kenapa menangis lagi?

"Pedihhhh" Muawwiz jawab meleret. Alolo cian sangat tengok. Merah-merah muka hidung. Hingus tak payah cakap lah. Meleleh.

Saya jawab "mami tahu apa Awiz rasa ni. Sakit kan? Masa mami kecik dulu, mami pun selalu jatuh. Luka macam ginilah" saya tunjuk ke lutut Muawwiz.

Muawwiz mula diam. Terhinjut-hinjut bahu tahan esak menangis.

"Masa mami kecik dulu, bila baik luka je berdarah balik. Bila baik je, luka lagi. Kadang tak sempat baik, berdarah lagi" sungguh-sungguh saya story.

"Tapi Muawwiz tahu apa jadi lepas tu?"

Muawwiz mengangguk tanda nak tahu.

"Lama-lama mami pandai bawak basikal. Kali ni tak ada roda belakang tau!"

Bersinar-sinar mata Muawwiz dengar saya sembang.

"Bila mami dah terer, mami siap boleh kayuh basikal sambil lepas tangan" kata saya sambil depa dua-dua tangan. Macam tengah terbang gitu.

Kali ni Muawwiz tak cakap apa-apa. Terus dia berlalu pergi dan angkat basikal yang jatuh tadi.

Aik. Macam magik.

Lepas tu terus dia sambung main basikal macam tak ada apa-apa jadi. 

Sungguh lah budak-budak ni sebenarnya mendidik kita menjadi 'orang'. Baru je tadi saya dengar live pendek dari FB page Dr Rozanizam Zakaria. Beliau berkongsi teknik RULER.

Teknik ini teknik mudah macam mana kita nak fahamkan anak supaya anak belajar urus dan kenal emosi (contoh macam saya story dekat atas ni.) 

Tapi point utama dekat sini, ia mengajar saya supaya saya sendiri boleh cope dengan kesihatan mental sendiri.

Kalian tahu kan yang saya banyak berkongsi kisah #CatatanNaziaSuhaimi. Saya banyak buat sharing mengenai anxiety dan depression disorder.

Benda yang paling susah nak cope ialah urus emosi sendiri. Sebab bila dah bertahun-tahun jiwa berkecamuk dan tunggang-langgang, kadang kita susah nak faham apa kita tengah rasa. 

Contoh, it's okay not to be okay. Ada masa, bila kita dah berusaha buat macam-macam untuk sihat, kita rasa feelings kita makin baik. Kita pun happy. 

Tapi ada masa kita dah usaha makan ubat, jaga makan, cari hobi, bersenam dan tidur awal, emosi kita masih lagi berkecamuk. Lagi teruk bila emosi down dan makin sedih.

Nah. Dekat sinilah kita boleh pujuk diri. 

It's okay kalau kita jadi macam tu.
It's okay kalau kita ada rasa give up.
It's okay kalau nak menangis.
It's okay kalau rasa nak masuk gua.
It's okay kalau nak tidur je.

Sebab memang fitrah manusia, kejap naik kejap turun. Macam gitu juga dengan keadaan diri kita.

Sedangkan demam panas pun ambil masa untuk kebah. Apakah lagi dengan penyakit mental. 

Berilah ruang untuk kita berehat sebentar.

Nanti bila emosi dah reda, kita cuba lagi.

Cuba dan cuba lagi. Biar lambat asal selamat. Biar sedikit janji menjadi.

Dan kalau rasa perlukan ruang untuk masuk gua, bercakaplah pada pasangan atau ibu bapa, jangan biarkan mereka berteka-teki sendiri. Shian ke mak ayah. Shian ke isteri. Shian ke suami. Nanti terpinga-pinga diaorang tengok kita tiba-tiba senyap.

Bila dah okay, jangan lupa spend masa semula dengan mereka sebab mereka sentiasa risaukan keadaan kita. Siapa lagi yang kita ada selain mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan